Baru-baru ini ada satu video, seorang gadis yang beritahu tentang diskriminasi yang dialami oleh kawannya yang berasal dari Malaysia sewaktu mereka di Korea. Katanya, kawannya ini seolah-olah dipulaukan terus oleh orang Korea walaupun pandai berbahasa Korea.

Persoalannya, benarkah keadaan ini memang dialami oleh rakyat asing di Korea? Dan adakah ini ada kaitan dengan sejarah orang Korea itu sendiri?

Sebelum itu, kita telusuri dulu sejarah orang Korea ini. Sebenarnya, bagi masyarakat Korea, asas perkauman dan etnik mereka ni dipegang daripada mitos pembentukan negara bangsa mereka, iaitu Dangun. Jadi, walaupun pada hari ini keadaan Semenanjung Korea yang telah terbahagi kepada Utara dan Selatan, namun mereka tetap percaya bahawa mereka masih berada dalam satu negara, etnik dan bangsa. Malah, mereka juga percaya bahawa perpecahan ini tak wajar, serta ada harapan untuk akhirnya mereka bersatu semula di bawah satu negara bangsa yang sama.

Satu lagi, kesan daripada penjajahan Jepun turut memainkan peranan penting dalam mengubah corak pemikiran masyarakatnya. Keadaan perit yang dialami akibat daripada kolonialisme ini sedikit sebanyak membuatkan mereka agak berhati-hati dengan kedatangan orang asing ke negara mereka. Malah sehingga kini, dengan dikelilingi kuasa besar seperti China, Jepun dan Rusia, rasa terancam mereka itu masih wujud.

Jika kita lihat pada hari ini, tidak dinafikan bahawa memang wujud keadaan xenophobia di Korea. Negara ini sendiri pun memang sebuah negara homogen, iaitu hanya 5 peratus sahaja penduduknya yang bukan dalam kalangan etnik Korea. Tetapi, sebenarnya, di Korea ni, sejak 2006 lagi, kerajaannya sudah letakkan kepelbagaian budaya (multiculturalism) sebagai satu polisi inisiatif untuk beri pendedahan kepada rakyatnya. Jadi, disebabkan itulah sehingga hari ini pun, sudah banyak berlaku asimilasi dari segi perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat Korea ini.

Untuk kita letakkan bahawa semua rakyat Korea itu bersikap rasis atau ada xenophobia terhadap orang asing, rasanya tidaklah begitu wajar. Kerana berdasarkan pengalaman sendiri, tidak pernah lagi situasi sedemikian berlaku. Kadangkala, apa yang menyebabkan masyarakat di sana bersikap begitu adalah kerana mereka tidak memahami budaya serta agama masyarakat asing, terutamanya seperti orang Malaysia yang beragama Islam serta berhijab.

Malah, kalau kita lihat di negara lain sekali pun, keadaan xenophobia ini jauh lebih teruk daripada keadaan di Korea. Di Malaysia sendiri, adakala kita juga turut mempunyai perasaan kurang senang terhadap para pekerja asing yang datang ke negara kita.

Jadi, dalam apa jua keadaan, sikap kita sendiri turut menentukan bagaimana penerimaan seseorang terhadap diri kita. Walaupun benar keadaan xenophobia wujud, namun situasi yang membawa kepada keadaan xenophobia tu juga haruslah kita fahami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang hukuman atau tuduhan.

Oleh: Farahi Kamaruddin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply