Banyak spesis-spesis ikan yang berkeliaran dalam lautan, sungai, dan tasik, ada satu kumpulan ikan air tawar yang unik, di mana giginya seperti rupa gigi manusia! Wujud ke ikan macam ini ataupun sekadar mitos saja?
Kumpulan ikan tersebut ialah ikan pacu, iaitu ikan omnivor dari Amerika Selatan. Ikan ini biasa ditemui di Sungai Amazon dan Orinoco. Yang menariknya, kumpulan ikan ini dari keluarga Serrasalmidae, berkeluarga dengan ikan piranha yang terkenal dengan membaham mangsa dengan gigi tajamnya!
Kalau betul berkeluarga dengan ikan piranha, mengapa ikan pacu mempunyai gigi yang sangat berbeza dengan gigi ikan piranha yang sangat tajam?
Sebenarnya, diet pemakanan menyebabkan kedua-dua ikan ini mempunyai gigi yang berbeza. Kita tahu bahawa ikan piranha hanya memakan daging, maka gigi tajam bak pisau diperlukan untuk menyiat daging sehingga menjadi kepingan kecil.
Manakala ikan pacu pula sejenis ikan omnivor, memakan bermacam-macam makanan termasuklah tumbuhan. Jadi, ia hanya mempunyai gigi yang rata dan tersusun seperti gigi manusia. Dengan adanya gigi unik ini, ikan pacu mampu hancur dan lumatkan daging, tumbuhan, dan buah-buahan.
Saiz ikan pacu pula lebih besar dari ikan piranha dengan kepanjangan 1.08 meter dan berat mencecah 40 kilogram, berbeza dengan ikan piranha hanya hanya 33 sentimeter panjang dan berat hanya 3.5 kilogram.
Ikan pacu walaupun tidak berbahaya seperti ‘sepupunya’, tapi kumpulan ikan ini berupaya menjadi spesis asing yang mengancam akibat perlepasan ikan ini ke negara-negara luar Amerika Selatan.
Ramai pencinta ikan dari Amerika Syarikat (AS), Eropah, dan Asia memelihara ikan pacu sebagai ikan akuarium. Apabila membesar sehingga tak terkawal, mereka lepaskan ikan pacu di sungai dan laut terdekat, kemudian secara tak sedar ia mengancam ekosistem haiwan laut tempatan.
Ikan pacu banyak dipancing oleh para nelayan dan dijual sangat laku di pasar ikan Brazil. Tapi, penangkapan ikan pacu yang tidak terkawal menyebabkan nelayan tidak lagi dapatkan ikan ini di Sungai Amazon. Tapi, ikan ini mudah diternak kerana tidak memerlukan kos yang tinggi.
Menurut bekas presiden AS bernama Theodore Roosevelt, beliau pernah menulis pengalaman menangkap dan memakan ikan pacu dalam bukunya berjudul ‘Through the Brazilian Wilderness’ dengan menyatakan ikan ini begitu besar dan sedap dimakan.
Bagi warga Amerika Selatan, rasa isi ikan pacu seperti isi ikan tilapia tapi lebih sedap dari isi ikan keli kerana ada rasa manisnya. Jadi, ikan pacu selamat dimakan dari sepupunya. Mungkin anda boleh cari ikan pacu ini dan cuba masak, mana tau sedap dimakan?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih