Setiap negara pasti ada hidangan kebangsaan mereka sendiri. Seperti negara kita iaitu Malaysia, hidangannya ialah nasi lemak. Negara Filipina pula hidangannya ialah adobo dan negara China mempunyai hidangan Peking Duck.
Di Thailand, pad thai ialah hidangan kebangsaan yang mereka banggakan. Pad thai banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan. Cara masaknya pula seperti memasak mi goreng tapi ada rasa manis, masam dan ranggup.
Ada sejarahnya mengapa pad thai dipandang sebagai hidangan kebangsaan walaupun rupanya seperti mi goreng yang sangat mudah didapati di mana-mana restoran dan gerai masakan Cina.
Pada zaman sebelum abad ke-20 Masihi, orang Thai diperkenalkan hidangan mi goreng oleh imigran dari China. Masuk ke tahun 1930-an, wujudnya mi goreng versi Thailand bernama ‘Kuai Tiao Pad Thai’, iaitu mi goreng gunakan mi beras atau mi kwetiau.
Semasa Perang Dunia Kedua, Thailand mengalami kekurangan sumber makanan iaitu beras akibat peperangan dan bencana banjir. Perdana menteri pada ketika itu bernama Plaek Phibunsongkhram menggalakkan rakyatnya memakan mi sebagai alternatif dari memakan nasi.
Pada masa itu, kerajaan dalam usaha membentuk sebuah negara pemerintahan raja berperlembagaan (constitutional monarchy) dari pemerintahan raja secara mutlak (absolute monarchy) selepas Revolusi Siam pada tahun 1932.
Jadi, Phibunsongkhram mencadangkan pad thai sebagai hidangan kebangsaan bagi membentuk sebuah negara identiti baru bernama Thailand, selain tukarkan nama dari nama Siam. Dari sinilah, pad thai kekal sebagai hidangan kebangsaan warga Thailand.
Pad thai terdiri dari mi beras, telur hancur bersama tofu, sayur seperti taugeh dan daun bawang, serta udang, isi ketam, isi ikan, dan sotong. Kesemua bahan digoreng dalam kuali di diperasaian dengan air asam jawa, gula merah, dan sos ikan (tambahan bawang putih, bawang merah, dan udang kering).
Kemudian, pad thai yang siap dimasak akan dihidang bersama limau yang dihiris nipis dan ditaburkan dengan kekacang yang telah ditumbuh. Nah, inilah pad thai kebanggaan warga Thailand.
Rancangan televisyen CNN Go telah senaraikan pad thai masuk ke tangga kelima dalam senarai 50 makanan paling sedap di dunia, menurut undian penonton pada tahun 2011. Sampai sekarang, warga Thailand masih menikmati mi goreng yang membentuk negara mereka serta menyatukan seluruh warga negara gajah ini!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih