Manusia sering mencuba makanan yang pelik dan eksotik, sama ada makanan itu telah sebati dalam kepercayaan mereka dan percaya akan khasiat dari makanan tersebut. Contohnya katak yang telah dijadikan sebagai makanan oleh kaum-kaum tertentu seperti kaum Cina di negara China.

 

Tapi, nun jauh di negara Peru terdapat sebuah warung kecil di tengah ibu kota Lima yang diusahakan oleh penjual bernama Carmen Gonzales yang mana beliau menjual minuman eksotik bernama jus katak!

 

Ergh, kembang tekak jadinya! Menurut Gonzales, beliau telah menjual minuman ini selama 26 tahun. Dikatakan jus katak ini mampu memulihkan sakit asma, penyakit darah tinggi, dan kembalikan tenaga batin lelaki. Jadi, tidak hairanlah mengapa majoriti pelanggan yang tiba ke gerai Gonzales ialah lelaki!

 

Jika nak memesan jus katak, sebut saja ‘Jugo de Rana’, pasti Gonzales dan pekerjanya buatkan air eksotik itu! Mereka kutip dulu katak yang masih hidup di dalam akuarium dan dimatikan dengan mengetuk di atas batu beberapa kali.

 

Kalau ada pelanggan was-was tentang kesegarannya, mereka boleh melihat sendiri beberapa ekor katak yang masih hidup dalam akuarium dan boleh pilih nak saiz kecil atau besar!

 

Kulit katak tersebut disiang, seterusnya direbus selama beberapa minit. Kemudian, dagingnya dikisar bersama ramuan iaitu madu, herba bernama akar maca Peru, lidah buaya, dan kacang soya. Setelah dikisar, airnya ditapis dan siap dihidangkan kepada si pelanggan!

 

Bagi pelanggan yang pertama kali cuba jus katak ini, mereka tidak akan biasa kerana bau hanyir dari jus sangat kuat. Hanya pelanggan tetap saja mampu minum sampai habis segelas jus hanya sekali teguk!

 

Setiap hari, Gonzales dapat menjual sebanyak 80 ekor katak dan ramai pelanggan tiba pada waktu pagi. Mereka jadikan jus eksotik ini sebagai tonik tenaga sebelum memulakan kerja. Bagi mereka, jus katak adalah ‘booster’ tenaga badan!

 

Sama ada jus katak mampu memberikan tenaga batin atau sembuhkan mana-mana penyakit masih tidak ada kajian lanjut. Tapi, apa yang pasti spesis katak yang dijadikan sebagai jus ialah spesis yang terancam.

 

Nama spesis katak itu ialah ‘Telmatobius culeus’, iaitu katak Tasik Titicaca. Spesis katak ini hanya ditemui di Tasik Titicaca dan Tasik Saracocha di sempadan negara Bolivia-Peru.

 

Katak ini diklasifikasikan sebagai spesis terancam akibat tangkapan manusia besar-besaran, serangan penyakit kulat, pencemaran, dan pengenalan spesis asing yang mengancam ekosistem seperti ikan trout.

 

Negara Peru dan Bolivia bekerjasama untuk memulihara dan menaikkan populasi spesis katak Tasik Titicaca, sama ada perlindungan dari diburu dan memelihara dalam zoo tempatan.

 

Setelah larangan penangkapan spesis katak ini, ada lagi para penjual beroperasi menjual jus katak. Yelah, jus ini telah lama sebati dalam diri masyarakat Amerika Selatan. Begitu mustahil untuk hilangkan ketagihan meminum jus eksotik ini!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.