Selain daripada orang Melayu berketurunan Aceh dan Kedah, terdapat juga kawasan lain di Pulau Pinang yang dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera Barat.

 

Antara tokoh yang disebutkan dalam sejarah masyarakat tempatan Pulau Pinang ialah Haji Mohammad Salleh dan Dato’ Jenatun.

 

Kawasan Batu Uban dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera Barat. Kawasan ni dibuka oleh Haji Mohammad Salleh yang dikenali sebagai Nakhoda Nan Intan atau nama sebenar beliau, Raja Nan Intan Ibni Almarhum Tengku Pateh Sebatang.

 

Beliau berasal dari Kampung Buadi, Paya Kuriboh, Sumatera dan ada hubungan darah dengan kerabat diraja Melayu Pagaruyung.

 

Tarikh sebenar kedatangan Haji Mohammad Salleh ke Pulau Pinang tak begitu jelas, namun dipercayai pembukaan Batu Uban berlaku antara tempoh tahun 1710 hingga 1734.

 

Beliau bersama para pengikutnya berhijrah ke Pulau Pinang kerana berlaku perebutan kuasa di Pagaruyong antara puak yang berpegang teguh kepada adat dengan golongan yang ingin kembali kepada ajaran Islam yang betul.

 

Haji Mohamad Salleh yang berpihak kepada golongan agama dan tak suka pertelingkahan membuat keputusan untuk merantau keluar dan menetap di Pulau Pinang tepatnya di Batu Uban.

 

Beliau bina sebuah surau kecil untuk dijadikan tempat beribadat penduduk setempat.

 

Surau yang terbina pada tahun 1734 tersebut kemudiannya diperbesar menjadi masjid berdasarkan catatan di papan tanda masjid itu pada hari ini.

 

Kubur Nakhoda Nan Intan terletak bersebelahan dengan masjid tersebut.

 

Semakin hari, bilangan penduduk Batu Uban semakin meningkat berikutan perpindahan masuk lebih ramai orang Melayu dari Sumatera termasuk kaum kerabat Nakhoda Nan Intan sendiri dari Sumatera Barat.

 

Sehingga tahun 1734, kawasan yang dibangunkan oleh Haji Mohammad Salleh berkembang sehingga ke kawasan Tanjung (Georgetown) yang diuruskan oleh adiknya Nakhoda Kechil.

 

Apabila pulau tersebut diserahkan kepada Inggeris, Nakhoda Kechil terpaksa akur. Beliau kemudian teruskan hubungan baik dengan Francis Light.

 

Malah beliau diberi kepercayaan oleh Francis Light untuk mengawasi perairan pantai dan pasar-pasar kecil yang dibina oleh orang Kedah yang membawa masuk barangan ke Pulau Pinang untuk didagangkan.

 

Catatan awal Inggeris sendiri menyebut bahawa Nakhoda Kechil dan kaum keluarganya ada jaringan perniagaan dengan pedagang-pedagang Inggeris sehingga ke Calcutta.

 

Diorang ni bukanlah hanya nelayan kecil atau petani sawah semata tetapi adalah pelayar dan pedagang antarabangsa.

 

Batu Uban selalu dikunjungi oleh Sultan Kedah dan pendakwah Arab. Apabila Sultan datang ke Batu Uban, penduduk setempat bergotong royong menyediakan santapan untuk baginda dan pengikutnya yang biasanya tinggal beberapa hari di situ.

 

Pendek kata, wujudnya hubungan baik antara Haji Mohammad Salleh dengan pihak Kesultanan Kedah.

 

Orang Arab yang belayar untuk berdagang dan mengembangkan Islam berlabuh di Batu Uban setelah mendengar adanya pemimpin Melayu di situ.

 

Kehadiran orang Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur dan mewujudkan golongan Arab Peranakan di Pulau Pinang.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Admin nak bongkarkan yang KITAB TAMADUN MELAYU II akan diterbitkan tak lama lagi. Jadi, korang kena dapatkan KITAB TAMADUN MELAYU terlebih dahulu sementara stok masih ada!

https://shope.ee/10dEKWJgEG


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply