Perginya insan yang membawa Kedah ke kemuncak kegemilangannya menuju ke negeri abadi merupakan sebuah berita sedih bagi penyokong bola sepak tempatan khususnya di Kedah.

 

Rekod Double Treble yang dicapai Kedah ni kali pertama berlaku dalam sejarah bola sepak Malaysia sebelum rekod ni dipecahkan oleh JDT pada 2022 dan 2023.

 

Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah, pengendali legenda Kedah yang selalu memakai baju kemeja merah jambu ni lah yang bawa Kedah ke satu level yang berbeza dengan pasukan lain ketika tu.

 

Mungkin ada yang tak faham maksud “Double Treble” ni apa. Double Treble ni ialah istilah apabila sesebuah pasukan berjaya melengkapkan tiga buah trofi kejohanan domestik dalam dua tahun berturut-turut.

 

Allahyarham berjaya membimbing skuad Kedah merangkul Juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dua tahun berturut-turut pada edisi 06/07 dan 07/08. Allahyarham turut dinobatkan sebagai jurulatih terbaik pada kedua-dua musim tersebut.

 

Pemain-pemain bimbingan beliau sememangnya mempunyai kualiti tersendiri. Orang Kedah pasti kenal dengan Mohd Hasmawi Hassan, Hasmizan Kamarodin dan kapten, Victor Andrag.

 

Allahyarham juga berjaya menaikkan pemain-pemain muda yang berkualiti daripada skuad pelapis seperti Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen.

 

Tak lupa juga, pemain-pemain import yang dibawa oleh beliau sangat memberi impak positif dalam pasukan.

 

Marlon Alex James dan Nelson San Martin serta Cornelius Bernard Huggins antara pemain yang banyak menyumbang kepada kejayaan skuad Kedah ketika itu.

 

Ketajaman rembatan Marlon Alex James sememangnya dirindui peminat Kedah apabila menjaringkan 40 gol pada ‘Treble’ pertama dan 45 gol pada ‘Treble’ kedua.

 

Para pemain disatukan dengan semangat dan keserasian dibawah strategi idea Allahyarham Azraai Khor. Strategi “high pressure” yang menekan pasukan lawan untuk memburu gol awal sangat-sangat membuahkan hasil.

 

Dalam musim 06/07, Perlis tumbang dalam perlawanan akhir Piala FA menerusi sepakan penalti. Kedah menang bergaya 7-0 keatas Negeri Sembilan dalam perlawanan terakhir liga mengesahkan kejuaraan milik mereka. Perak yang dibarisi oleh Keita Mandjou pula menjadi mangsa seterusnya apabila Kedah menang 3-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia melengkapkan ‘Treble’ pertama untuk Kedah.

 

Dalam musim 07/08 pula, Kedah sah menjadi juara Liga Super lebih awal ketika liga masih belum berakhir. Selangor dijinakkan oleh Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

 

Hasilnya, satu sejarah tercipta yang belum ada pasukan sebelum itu yang mampu lakukan dalam Malaysia iaitu kejuaraan “Double Treble” dibawah seorang jurulatih tempatan dan anak jati Kedah sendiri iaitu Allahyarham Azraai Khor.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya.

 

Korang boleh baca macam mana Jürgen Klopp bawa Liverpool menjulang Liga Juara-juara Eropah dengan lebih terperinci di dalam LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH:

https://shope.ee/5fPTPWY9UL


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply