Filem Indiana Jones the Kingdom of The Crystal Skull ialah Indiana Jones paling teruk dan tak patut wujud dalam sirinya. Tapi disebalik tu, timbul juga persoalan berkaitan artifak yang direbut di dalam filem tersebut iaitu “Tengkorak Kristal”.

 

Mungkin terdapat tengkorak kristal yang jarang ditemui ni dalam koleksi peribadi dan awam. Kesemuanya dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Tengah.

 

Ramai yang percaya tengkorak ni diukir berpuluh ribu tahun dulu oleh tamadun Mesoamerika purba. Ada juga pendapat ia mungkin peninggalan dari Atlantis atau bukti bahawa makhluk luar angkasa melawat Aztec sebelum penaklukan Sepanyol.

 

Cerita tentang tengkorak ni selalunya tertumpu pada kuasa ghaib. Ada dakwaan berkaitan dapat menyembuhkan pesakit dan kebolehan psikik jika seseorang berada di hadapan tengkorak tu.

 

Tengkorak kristal ni juga selalu muncul dalam karya seni Mesoamerika purba, terutamanya di kalangan Aztec. Secara tak langsung memang ada hubungan antara artifak ini dan tamadun.

 

Bagaimanapun, kajian Muzium British dan Institusi Smithsonian menganggarkan bahawa tengkorak ni bertarikh pada pertengahan hingga akhir 1800-an. Masa tu minat orang ramai terhadap budaya purba sangat tinggi dan muzium tak sabar-sabar untuk pamerkan.

 

Kajian Muzium British sebenarnya menunjukkan pembuatan kebanyakan tengkorak tu dibuat di dengan pembuatan reka bentuk kuarza dan kristal yang rumit pada akhir abad ke-19. Kristal tu dikatakan ditemui di Brazil atau Madascar dan kristal ni tak dapat diperoleh oleh orang Aztec sebelum kedatangan Columbus di Amerika.

 

Disebabkan oleh fakta tiada tengkorak kristal pernah ditemui oleh penggalian arkeologi secara rasmi menyebabkan Muzium British mengandaikan bahawa semua tengkorak kristal berkemungkinan palsu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lagi banyak tentang perkaitan manusia dan budayanya, sila baca Genesis II: Sapien & Neo Manusia. Boleh beli di sini bit.ly/3M4EAhX


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply