Bila kita sebut berkenaan mitos naga dalam Tamadun Melayu, mesti nama Naga Tasik Chini takkan lekang dari bibir orang Melayu sendiri.

 

Kisah naga Tasik Chini ni memang femes macam kisah raksasa Loch Ness. Kononnya di tasik berkenaan, wujud seekor naga yang dikatakan jadi punca kewujudan tasik berkenaan.

 

Bukan sekali orang dakwa nampak naga termasuk seorang jurutera British bernama Arthur Potter pada 1956. Tapi sampai sekarang, takde bukti yang tunjuk ia wujud termasuk fosil.

 

Ada dua cerita yang femes pasal naga Tasik Chini ni. Dalam kisah pertama, sekumpulan orang asli Jakun bina petempatan di kawasan tasik tersebut.

 

Diorang diingatkan oleh seorang nenek tua dari hutan untuk minta izin dari semangat hutan sebelum membuka tanah. Nenek tua ni pun pacakan tongkatnya ke tanah sebagai sempadan tanah kawasan orang Asli Jakun dengan hutan.

 

Banyak kali nenek tua ni pesan supaya jangan cabut tongkat tu. Tapi, diorang lupa. Benda ni jadi bila diorang hairan kenapa anjing menyalak pada sebatang kayu balak yang reput.

 

Disebabkan rasa ingin tahu yang mendalam, diorang balik batu ke kayu balak tu, tiba-tiba darah keluar dari kayu tu dan hujan turun mencurah-curah.

 

Masa diorang berlari cari tempat berteduh, salah seorang dari diorang terlanggar tongkat nenek tua tadi sampai tercabut. Air tiba-tiba memancut dari lubang tempat tongkat tu dipacak dan membentuk Tasik Chini.

 

Sebenarnya, tongkat yang dipacak oleh nenek tua tu menandakan sempadan untuk makhluk yang menghuni kawasan tersebut, iaitu naga yang bernama Seri Gumum.

 

Dalam kisah kedua, terdapat Taman Larangan di atas Tasik Chini yang didiami oleh seorang puteri bernama Seri Gumum akibat satu sumpahan.

 

Namun, segalanya berubah apabila Putera Kemboja tiba di Tasik Chini dan cinta pandang pertama berputik antara mereka.

 

Walaupun diorang saling mencintai, Seri Gumum taknak tinggalkan Taman Larangan kerana sumpahan yang dikenakan padanya.

 

Setelah dipujuk oleh Putera Kemboja, Seri Gumum akhirnya bersetuju untuk pecahkan sumpahan tersebut, yang mengakibatkan diorang berubah menjadi naga. Taman Larangan pun hilang selama-lamanya di dasar Tasik Chini.

 

Pada suatu malam, ketika Sungai Pahang dilimpahi air, Seri Gumum dan Putera Kemboja berenang ke laut. Seri Gumum teringat bahawa dia tertinggal setagen (ikat pinggang untuk perempuan) di Tasik Chini.

 

Dia berpusing balik untuk mendapatkannya, tetapi tersangkut pada sebuah pulau. Seri Gumum terlalu letih dan kemudiannya mangkat apabila tibanya waktu siang. Jasadnya kemudian menjadi Pulau Tioman.

 

Putera Kemboja tengah seronok sebab jadi naga tak sedar kekasihnya hilang. Apabila dia sedar, dia mencari Seri Gumum sehingga siang. Disebabkan hari telah siang, Putera Kemboja turut berubah dan menjadi Pulau Lingga.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tertarik nak baca banyak lagi cerita-cerita lagenda berkenaan Melayu? Dapatkan KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera di Shopee kami:

https://shope.ee/6zuOAQYyBR


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply