Baru-baru ni tular pula pasal berita yang memaparkan aksi kucing “K-9” yang menyiasat kes bunuh Zayn Rayyan.
Tapi persoalannya memang ada ke unit kucing dalam polis?
Ya, memang ada.
Tapi diorang tak la sebanyak anjing atas sebab yang sangat jelas, kerana kucing ialah kucing.
Jangan libatkan oyen di sini.
Polis kucing sebenarnya agak janggal di Malaysia. Tapi ia sangat popular di United Kingdom walaupun beberapa dekad kebelakangan ni bilangannya semakin menurun.
Apa je kerja diorang ni?
Polis kucing dikenal sebagai “kucing balai.” Tugas utama diorang untuk kawal populasi tikus semasa berada di balai polis.
Tapi disebabkan dah ada kawalan perosak yang lebih canggih, kucing dah tak digunakan lagi.
Walau bagaimanapun, masih ada balai polis di UK yang masih ada kucing balai. Selalunya di kawasan luar bandar.
Tapi ni di UK. Macam mana pula kucing yang pakai uniform “K9” ni?
Mungkin dia ialah kucing dari unit Feline atau F-9 yang bertindak dalam pasukan khas.
Apa fungsi F-9 ni?
Kalau korang kenal anjing K-9 yang kesan bahan letupan, unit F-9 ni pun tak jauh beza dia. Kucing ni dah dilatih untuk meronda, menghidu dan menghalang ancaman.
Kucing seperti yang kita tahu memang ada deria bau yang tinggi, kucing pun lebih mampu membezakan pelbagai jenis bau. Deria bau anjing lebih 10 kali ganda daripada deria bau kucing. Tapi deria bau kucing ni 40 kali ganda lagi sensitif daripada manusia!
Seekor kucing ada lebih daripada 200 juta reseptor bau dalam hidung dia. Sebab tu dia boleh kesan bahan-bahan letupan dan terlarang.
Antara negara yang ada unit F-9 ni ialah Amerika Syarikat, Singapura dan New Zealand. Salah satu kucing pengesan United States Coast Guard (USCG) unit Feline ni bernama Milo.
Milo merupakan sebahagian daripada Pasukan Kucing Pengesan Letupan (FEDT). USCG ada lebih daripada 400 ekor kucing digunakan sebagai kucing pengesan pada penghujung 2018.
Untuk Malaysia, saya pun tak berapa pasti sama ada kucing tu betul-betul dari unit F-9 atau tak. Itu kena ada kenyataan rasmi dari PDRM sendiri.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://shope.ee/4KtY6RfzYf

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply