Sesiapa yang pernah menonton dua filem MonsterVerse, Kong: Skull Island dan Godzilla vs Kong pasti pernah mendengar terma Bumi Rongga/Hollow Earth. Ia dikatakan satu ruang kosong dalam bumi yang mempunyai bentuk muka bumi sama di permukaan seperti hutan, gunung-ganang dan tasik dengan pintu masuknya terletak berhampiran dengan dua kutub bumi.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Idea Bumi Rongga bukan hanya berlegar dalam dunia sains fiksyen malah turut menjadi obsesi sesetengah figura dunia saintifik sehingga awal abad ke-20. Antara orang terawal memperjuangkan teori ini ialah Kapten John C. Symmes. Symmes mendakwa Bumi Rongga mempunyai rupa muka bumi sama seperti di permukaan dan mempunyai matahari kecil sebagai sumber tenaga.

Rajah 1: Kapten John C. Symmes

Untuk membuktikan teori ini bukan teori karut, beliau mengadakan kempen kutipan dana  untuk membiayai ekspedisi ke Artik untuk mencari pintu masuk dunia tersebut. Malah, Symmes cuba melobi sokongan Kongres Amerika Syarikat untuk membiayai usaha tersebut. Bagaimanapun, cita-citanya tidak kesampaian apabila beliau kembali menemui Ilahi pada 1829.

Sembilan tahun kemudian, barulah ekspedisi yang dminta Symmes berjaya direalisasikan. Bagaimanapun, matlamat ekspedisi lebih kepada meninjau keadaan sebenar dua benua yang terselamat daripada penjajahan iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan. Ekspedisi yang diketuai Charles Wilkes berada di sana selama empat tahun tetapi tidak dapat menemui pintu yang dicadangkan Symmes itu.

Rajah 2: Ilustrasi pintu menuju ke Bumi Rongga yang terdapat Harper’s New Monthly Magazine (1882).

Bagi para penulis abad ke-19, teori Bumi Rongga dilihat sesuai dengan latar sains fiksyen kisah-kisah yang dibawa mereka. Antara penulis yang menjadikan teori ini sebagai latar cerita mereka ialah Jules Verne menerusi Journey to the Centre of the Earth dan Edgar Allan Poe (The Narrative of Arthur Gordon Pym of Nantucket).

Selain Symmes, ahli sains Inggeris Edmond Halley juga antara yang bertanggungjawab memperjuangkan teori ini. Selepas beberapa kali memerhatikan lapangan magnetik bumi, beliau berpandangan bumi terdiri daripada dua sfera, satu di bahagian luar tetapi keras dan satu lagi di bahagian dalam tetapi mempunyai rongga. Konklusi Halley dibuat berdasarkan anomali yang diperhatikan pada kedua-dua kutub termasuk suhu air dan udara yang panas.

Rajah 3: Edmond Halley

Disebabkan anomali sebegini, ia membawa kepada lebih banyak teori-teori yang bersifat karut. Ada berpandangan Bumi Rongga merupakan kediaman kepada haiwan-haiwan yang disangka pupus seperti dinosaur dan mamot. Menariknya, teori-teori ini mendapat sokongan oleh orang yang tidak disangka-sangka, Misai Pembaris.

Semasa berkuasa di Jerman pada tahun 30-an dan tempoh Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII), Misai Pembaris percaya Bumi Rongga ialah tempat pertemuan golongan Ar.y.an semasa mendominasi dunia satu masa dahulu. Malah, kepercayaannya turut dikongsi oleh orang-orang kepercayaannya termasuk yang menjadi ahli kumpulan rahsia Th.u.le Society. Mereka percaya Bumi Rongga ialah tinggalan kerajaan bawah tanah bersifat mitos seperti Agartha dan Shambhala.

Mengikut kepercayaan orang Tibet, Agartha ialah ruang bawah tanah yang indah dan dihuni oleh makhluk yang lebih cantik/tampan dan bijak dari makhluk di permukaan. Ia dikatakan diperintah oleh Raja Bawah Tanah yang mempunyai kelebihan luar biasa seperti mampu membaca jiwa manusia. Para cendekiawan Tibet sejak ribuan tahun didakwa selalu berhubung dengan baginda selain mengajarkan perihal Bumi Rongga ini kepada pelajar-pelajar mereka.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Mengikut mitos Agartha, Dalai Lama ialah wakil dunia tersebut kepada dunia luar. Mitos ini turut mendedahkan wujud banyak terowong di seluruh dunia yang menghubungkan Agartha dengan dunia luar seperti piramid di Mesir dan Mesoamerika serta Lembangan Amazon. Raja Bawah Tanah dikatakan bersemayam di ibu kotanya, Shambhala dengan para cendekiawannya bertanggungjawab mengajarkan manusia tentang sains, kesenian, agama dan falsafah.

Dalam konteks hari ini, Shambhala berkemungkinan terletak di satu kawasan yang dipanggil Balkh di Afghanistan hari ini. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, Balkh ditukar namanya kepada Shamsibhala semasa kempen perluasan kuasa yang digerakkan sama ada semasa era Khalifah Uthman bin Affan r.a (Khulafa’ al-Rashidin) atau Muawiyah bin Abi Sufian r.a (Bani Umayyah). Shamsibhala dalam Bahasa Parsi bermaksud lilin tinggi dan jika diamati, sebutannya hampir serupa dengan Shambhala.

RUJUKAN:

Ancient-Origins. (2015). The Ancestral Myth of the Hollow Earth and Underground Civilizations.

Kredit gambar: Warner Bros/HBO Max.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.