Korang tahu atau tidak, ada muslim dalam WWE? Apa yang lebih menarik, dia tak lupa akhirat. Sami Zayn sempat lagi tunaikan umrah ke Baitullah.
Sami Zyn dapat gelaran MVP sebab bergasak sama-sama dengan Roman Reigns dan The Bloodline. Perlawanan dalam Royal Rumble membuktikan kemampuannya mencabar The Tribal Chief di Montreal. Semasa WrestleMania 39, Zayn dan kawan baiknya, Kevin Owens berjaya menumbangkan The Usos.
Semua kemenangan ini membawanya ke Arab Saudi. Di sana, dia dicabar untuk bergelut dalam Undisputed Tag Team Championships bersempena Night of Champions Saturday. Lawannya adalah wresteler tersohor, Roman Reigns dan Solo Sikoa. WWE ada partnership dengan Saudi General Sports Authority.
Tetapi ada isu di sebalik itu. Walaupun Sami Zyn ini warganegara Kanada, namun dia berasal daripada Syria. Kalau nak tahu, hubungan di antara Arab Saudi dan Syria tak berapa baik sejak 2011 apabila Perang Saudara Syria tercetus. Ramai pelarian Syria yang terpaksa melarikan diri ke luar negara. Jadi, kalau Sami Zyn nak buat umrah, dia kena masuk dan cop passport di negara yang tak disukainya, iaitu Saudi.
Tahun 2022, hubungan diplomatik Arab Saudi dan Syria dah semakin pulih.
Bulan April tahun itu, Saudi dah longgarkan syarat orang Syria untuk masuk dan buat umrah. Dipendekkan cerita, akhirnya dapatlah Sami Zyn menziarahi dua kota suci Umat Islam, Mekah dan Madinah.
Sami Zyn tulis kat Twitter (X): “Being a pro wrestler and being with WWE has taken me to places I never dreamed I’d get to see and do things I never thought I’d get to do. It has provided me a life filled with incredible experiences that I will cherish forever. This one is at the top of the list.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih