PRU 2018 umpama pukulan mati yang menjatuhkan Umno ke kancah kepimpinan. Bukan sahaja kalah pilihanraya, malahan dalaman parti ikut terumbang-ambing apabila Najib Razak diheret ke mahkamah. Kerusi kepimpinan kemudiannya bertukar ke tangan Dato’ Zahid Hamidi.
 
Kalau tengok hari ini, korang rasa mampu ke Umno bangkit semula?
 
Kalau korang nak tahu, sebelum ini Umno pernah pulih daripada kemerosotan undi. Paling kurang, ia telah berjaya menyambung nyawa parti untuk memerintah 15 tahun seterusnya. Apa formulanya?
 
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia nampak yang Zahid Hamidi patut letak jawatan seperti apa yang pernah Dr Mahathir buat. Keputusan itu dilakukan setelah menyaksikan penurunan undi kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1999.
 
Umno cerdik time tu. Diorang lantik Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang dijuluki “Mr Clean” sebagai presiden Umno pada 31 Oktober 2003. Tak lama lepastu, Umno dapat pulih dan bangunkan semula momentum. Pilihanraya selepas itu iaitu tahun 2004 menyaksikan lebih 90% kerusi menjadi milik parti.
 
Jenifi Amir, ahli senior National Counsil Of Professors berpendapat kalau Zahid Hamidi letak jawatan pun, belum tentu Umno pulih. Banyak lagi rombakan yang perlu dibuat sebelum meraih semula kepercayaan pengundi. Iyalah, dah berpuluh-puluh tahun tuduh Dap jahat, alih-alih berpakat dalam kerajaan perpaduan dengan Dap. Macam mana nak justify?
 
Apa pendapat korang? Presiden kena let go atau tak?
Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply