Wei Zhongxian sering dianggap sebagai sida-sida yang paling berkuasa dan jahat dalam sejarah China. Dia memegang kuasa yang hampir setaraf dengan maharaja dan sesiapa sahaja yang menentangnya akan dihapuskan dengan kejam.

MENGAPA WEI ZHONGXIAN MENJADI SIDA-SIDA

Wei Zhongxian hidup pada tempoh antara kurun ke-16 dan kurun ke-17 Masihi, era di mana China sedang diperintah oleh Dinasti Ming. Beliau berkhidmat untuk Maharaja Tianqi, yang memerintah pada tahun 1620 hingga 1627 Masihi. Wei Zhongxian dianggap sebagai satu figura yang sangat berpengaruh dalam istana Ming hinggakan empayar tersebut sebenarnya diperintah oleh beliau.

Maharaja Tianqi

Sebagai seorang sida-sida, Wei Zhongxian pertama sekali berkhidmat untuk Puan Wang, iaitu ibunda kepada Zhu Youjiao (yang kelak menjadi Maharaja Tianqi). Ketaatan Wei Zhongxian kepada putera muda itu membolehkan hubungan yang akrab terjalin di antara mereka berdua. Selain itu, Wei Zhongxian juga sempat berkenalan dengan seorang lagi individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Zhu Youjiao, iaitu ibu asuhannya, Puan Ke.

Wei Zhongxian dilahirkan pada tahun 1568 di Suning (kini sebahagian dari Wilayah Hebei). Beliau mula menumpahkan khidmat di istana sebagai sida-sida setelah menyerahkan diri untuk dikembiri secara sukarela. Keputusan ini dibuat lantaran beliau berhadapan dengan kemuflisan akibat hutang yang ditanggungnya dari tabiatnya yang gemar berjudi.

Sida-sida di sekeliling maharaja pada zaman Dinasti Ming

Peluang untuk Wei Zhongxian mencampuri urusan negara secara lebih berkesan hadir pada bulan Oktober 1620. Maharaja Taichang mangkat secara tiba-tiba pada lewat September, selepas memerintah kurang dari sebulan. Lantaran itu, putera sulungnya, iaitu Zhu Youjiao pun menaiki takhta sebagai Maharaja Tianqi. Maharaja yang baru berusia 15 tahun ini kurang berminat dalam hal-ehwal pentadbiran empayar.

WEI ZHONGXIAN MULA MERAIH KUASA

Sebaliknya, beliau lebih gemar menghabiskan masa dalam kerja-kerja pertukangan. Malahan, catatan sejarah turut menyifatkan Maharaja Tianqi sebagai seorang yang buta huruf dan bersifat terlalu lemah serta tidak tetap pendirian. Sifat-sifat sebegini tidak memungkinkan beliau untuk menjadi seorang pemerintah yang cekap.

Kekurangan-kekurangan yang dimiliki oleh Maharaja Tianqi ini dimanfaatkan oleh Wei Zhongxian. Hubungan akrab di antara mereka berdua membolehkan sida-sida itu mengambil kesempatan di atas situasi ini, sekaligus menjadikannya sebagai pemerintah de facto.

Wei Zhongxian dilantik sebagai Pengarah Upacara Pemegang-Berus, serta Pesuruhjaya Tiga Perbendaharaan Dari Pendapatan Negara. Demi meneguhkan kedudukannya dalam istana, Wei Zhongxian membentuk satu kumpulan sida-sida istana. Di samping itu, beliau turut memberikan jawatan-jawatan penting kepada sida-sida yang dipercayainya.

Sekumpulan sida-sida. Mural dari makam putera Zhanghuai, 706, Qianling, Shaanxi

KESAN KEKUASAAN WEI ZHONGXIAN

Wei Zhongxian juga melebarkan pengaruhnya dalam lingkungan pegawai dan menteri-menteri istana. Kebanyakan daripada mereka menumpahkan sokongan kepada beliau, sama ada kerana takut digugurkan jawatan atau kerana mengharapkan ganjaran.

Hanya sekumpulan kecil sahaja yang berani menentang Wei Zhongxian serta para pengikutnya. Kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Donglin ini terdiri daripada para pegawai dan menteri Konfusian yang giat mempromosikan reformasi dalam kerajaan.

Wei Zhongxian menangani penentangan tersebut dengan menghapuskan kesemua ahli kumpulan itu, termasuklah para penyokong mereka di serata empayar. Salah satu institusi atau badan perundangan diraja yang membolehkan beliau melaksanakan hukuman ini adalah Ibu Pejabat Timur. Badan perundangan yang satu ini merupakan agensi polis rahsia merangkap agensi perisikan yang dikelolakan oleh sida-sida yang telah dikuasai oleh Wei Zhongxian sejak tahun 1623.

Lantaran itu, ramai menteri dibvnuh atau dilucutkan jawatan. Selain itu, kumpulan penentang ini juga diisytiharkan sebagai kumpulan haram dan akademi-akademi mereka ditutup. Apapun, sejumlah penentangan tetap diteruskan di beberapa tempat, di mana para pendokong kumpulan tersebut tidak mengambil peduli larangan Wei Zhongxian. Dalam beberapa keadaan, ada pula yang membvnuh pegawai algojo yang dihantar oleh Wei Zhongxian.

Sekolah Donglin di Wuxi

Dalam masa yang sama, terdapat suara-suara yang menyeru supaya sida-sida ini didakwa. Akhirnya, maharaja menjatuhkan hukuman buang negeri ke atas Wei Zhongxian, di mana beliau diusir ke Fengyang, Anhui. Dalam perjalanan ke Fengyang, maharaja diperingatkan bahawa Wei Zhongxian berkemungkinan cuba melakukan pemberontakan, justeru maharaja dinasihatkan agar menangkap sahaja Wei Zhongxian.

Pemerintahan Wei Zhongxian tidak berlangsung lama. Pada tahun 1627, Maharaja Tianqi mangkat dan takhta diambil oleh adiknya, Zhu Youjian yang memerintah sebagai Maharaja Chongzen. Walaupun Wei Zhongxian menghantar surat peletakan jawatannya secara rasmi, permohonan ini ditolak oleh maharaja.

Tatkala sida-sida itu menerima berita tentang arahan penangkapannya, beliau langsung sahaja membvnuh diri kerana enggan berhadapan dengan pendakwaan dan hukuman m4ti. Jasad Wei Zhongxian kemudiannya dik3rat-k3rat dan dipamerkan di kampung halamannya sebagai amaran dan peringatan.

Maharaja Chongzen

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (15 Jun 2017). Wei Zhongxian: When China Yielded to the Terrifying Power of a Notorious Eunuch. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/wei-zhongxian-when-china-yielded-terrifying-power-notorious-eunuch-008245


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.