Setiap watak dari karakter Eternals diadaptasi daripada tokoh dongeng atau dewa-dewi purba. Seperti watak Ikaris diambil daripada tokoh dongeng Yunani, Icarus yang jatuh terhempas ke dalam laut setelah gam pada sayap yang dipakainya cair terkena sinaran pancaran matahari.

Kalau watak Thena diambil daripada mitos Dewi Athena yang terkenal menjaga kota Athens, Yunani. Ia juga bertanggungjawab menyumpah Medusa dan mengutus seorang pahlawan untuk membunuhnya. Kepala Medusa dipenggal lalu diletakkan pada perisai milik Dewi Athena.

Kalau karakter Ajak diambil daripada watak Ajax, iaitu watak pahlawan mitos dalam Perang Trojan. Ia pernah bertempur satu lawan satu menghadapi putera Troy, Hector selama beberapa kali sehinggakan Ajax menyerah dan berundur.

Kalau watak Makkari diambil daripada nama Dewa Mercury dari Tamadun Rom, yang mana ia juga dikenali sebagai Dewa Hermes dalam Tamadun Yunani.

Dewa ini mempunyai sepasang kasut bersayap yang dikenali sebagai Talaria of Mercury yang mampu memberikan ia kuasa berlari dengan laju.

Kalau watak Gilgamesh, diambil daripada kisah puisi legenda dari Mesopotamia Kuno, Epic of Gilgamesh yang mengisahkan tentang seorang raja yang mengembara mencari Utnapishtim untuk mendapatkan rahsia kekal hidup abadi.

Watak Sersi pula diambil daripada dewi Yunani, Dewi Circe yang mana ia mempunyai kuasa menukarkan manusia ke bentuk haiwan, mahir dalam mencipta herba dan posyen.

Ia juga dikenali sebagai Dewi Ahli Sihir.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Sprite pula diambil daripada kisah mistik dari Eropah.

Sprite diumpamakan seperti pari-pari dan jin tetapi ia wujud dalam bentuk manusia kecil, bersayap dan mempunyai kekuatan sihir tersendiri.

Druig pula diambil daripada gelaran nama pendeta dari masyarakat Celtic, Druid yang bertugas sebagai pemuisi, ahli perubatan, penyusun undang² dan ketua agama pagan Myriad. Druid mendominasi masyarakat Celtic sekitar 500 SM.

Perayaaan Halloween juga berasal daripada mereka.

Watak Kingo diolah daripada Dewa Qingu (Kingu) dari mitologi Babylonia.

Setelah kematian suaminya, Dewa Apsu, Dewi Tiamat ingin mengangkat anaknya, Dewa Qingu sebagai raja dewa di Babylonia. Sebelum sempat Qingu naik menjadi raja, ia dibunuh oleh Dewa Marduk.

Akhir sekali, watak Phastos, diambil daripada sosok dewa mitos Yunani, Dewa Hephaestus atau Phaitos.

Ia dikenali sebagai dewa pencipta atau pembina kerana ia berkemahiran dalam mencipta sesuatu melalui bidang pandai besi, bertukang, pemahat dan selainnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.