Sebuah jam atom yang sensitif mengesan pelompatan masa pada jarak yang kecil. Ini sekaligus menjadikan teori relativiti Albert Einstein betul. Mengikut teori beliau, jam akan berdetik lebih pantas apabila ia jauh daripada bumi atau objek yang mempunyai daya graviti yang padat. Teori ini betul tanpa mengira saiz jam dan bagaimana ia kelihatan pada tahap atom.

Para penyelidik yang menggunakan jam ini kini mengesan pelompatan masa pada sampel-sampel atom yang lebih kecil dan berukuran milimeter. Dapatan mereka mendapati masa bergerak sedikit pantas pada bahagian atas sampel berbanding bahagian bawah sampel.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Atom boleh digunakan sebagai jam kerana kekerapan cahayanya yang spesifik mengubah tahap tenaganya. Kekerapan ini bersamaan dengan jarum jam yang berdetik. Semakin jauh atom daripada tanah, ia akan mengalami pergerakan masa pada kadar yang lebih pantas. Lantas, kekerapan cahaya yang tinggi diperlukan untuk mengubah tahap tenaga mereka.

Sebelum ini, perubahan ini yang turut dikenali sebagai anjakan merah graviti dikesan pada ketinggian 33 cm. Bagi melihat kesan ini, ahli fizik Jun Ye dari Universiti Colorado menggunakan sebuah jam yang diperbuat daripada 100,000 atom strontium yang amat sejuk. Semua atom disusun dalam satu kekisi dengan ketinggian yang berbeza selang milimeter.

Dengan pengiraan melebihi 90 jam, kadar detikan jam dikira amat tepat sekaligus membolehkan para saintis mengetahui atom mana yang mempunyai pergerakan masa yang lebih pantas. Bagi ahli teori fizik Victor Flambaum dari Universiti New South Wales, beliau melihat ini sebagai satu perkembangan baik.

Ini kerana dengan ketepatan sebegitu rupa, jam atom boleh digunakan untuk mencari jirim gelap. Ini kerana bahan tersebut boleh saja mempengaruhi pergerakan jam. Flambaum juga percaya jam ini boleh digunakan untuk mencari partikel-partikel baru yang masih belum ditemui.

RUJUKAN

Smith, Adam. (2021, 19 Oktober). RESEARCHERS’ ATOMIC CLOCK DISCOVERS TINY TIME WARP – AND IT COULD HELP HUNT UNKNOWN PARTICLES AND DARK MATTER. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.