Bagi penonton filem yang pernah menonton filem Titanic, semua tahu bahawa watak Jack dan Rose itu adalah watak fiksyen semata-mata. Filem Titanic digambarkan sebagai ibarat kisah Romeo dan Juliet di alam moden berjaya meluluhkan hati-hati mereka yang menonton filem ini.

Di dalam filem Titanic, seutas rantai berlian biru dijadikan sebagai plot penceritaan cerita ini. Rantai ini dipercayai tenggelam bersama-sama kapal Titanic ketika malam kejadian dan dipercayai rantai ini merupakan antara yang termahal di dunia.

Beli novel terbaru keluaran The Patriots di Shopee kami: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Walaupun watak Rose dan rantai itu hanya sekadar fiksyen semata-mata, penceritaan ini hampir sama dengan salah seorang penumpang sebenar di atas Titanic. Penumpang ini turut memakai antara rantai yang termahal di dunia di malam kejadian dan juga terselamat dari malam tersebut.

Kate Florence Phillips merupakan salah seorang penumpang kelas kedua di atas Titanic. Kate menaiki Titanic bersama pengurus syarikat tempat pekerjaan merangkap kekasihnya, Henry Samuel Morley. Henry merupakan salah seorang dari pemilik L Morley Confectioners dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak.

Kate dan Morley telah bertunang secara diam-diam dan  membuat keputusan untuk berhijrah ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk memulakan kehidupan baru. Mereka menaiki Titanic dengan menggunakan nama palsu, Encik dan Puan Marshall.

Gambar lakaran Kate dan tunangnya, Henry Morley

Pada malam kejadian, Henry dan Kate berjaya menaiki dek dan ketika itu hanya sebuah bot keselamatan sahaja yang tinggal, iaitu bot keselamatan #11. Pada malam itu, Kate hanya memakai pakaian malam dan hanya membawa kunci kerana dia tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi.

Henry memegang erat tangan Kate supaya tidak terlepas. Setelah tiba di bot keselamatan #11, Kate telah ditarik dan dibawa masuk ke dalam bot. Di dalam keriuhan itu,  Morley sempat mengalungkan seutas rantai berlian biru ke leher Kate. Rantai itu merupakan tanda hadiah perkahwinan buat Kate dari Morley. Rantai biru itu bernama Love Of The Ocean. Ironinya, nama rantai ini hampir sama dengan rantai yang terdapat di dalam filem Titanic, iaitu Heart Of The Ocean.

Kate Winslett sebagai Rose Dawson

Jika dibandingkan kisah Kate Florence dengan Rose Dawson, jalan cerita mereka hampir sama. Kedua-dua individu ini memakai rantai berlian yang mempunyai warna yang sama, iaitu biru. Mereka juga bercinta dengan individu dari darjat yang berbeza. Jika di dalam filem, Rose Dawson berasal dari golongan yang berada manakala Jack Dawson merupakan lelaki miskin. Di dalam kisah Kate pula, berlaku sebaliknya.

Beli buku terbaru keluaran The Patriots di Shopee kami: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Kedua-dua individu ini juga turut mengucapkan selamat jalan kepada pasangan masing-masing. Tetapi, di dalam kisah Rose, Rose memanjat semula ke dalam kapal dari keselamatan kerana tidak sanggup berpisah dengan Jack Dawson. Namun apa yang pasti, tiada lukisan Kate memakai rantai di atas sofa sebagaimana yang dilakukan oleh Rose.

Berbalik kepada kisah Kate, setelah berjaya diselamatkan dan menuju ke New York, Kate akhirnya pulang semula ke pangkuan keluarganya di Worchester, England.  Pada Januari 1913, Kate telah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama, Ellen Mary. Kate sering mengatakan Ellen adalah anak perempuan hasil hubungan bersama Morley.

Kate bersama anaknya, Ellen Mary.

Namun, Ellen tidak mendapat layanan yang baik dari ibunya itu. Kate dikatakan sering memukul Ellen dan mengabaikan kebajikan Ellen sehingga menyebabkan hubungan mereka renggang. Kate pula akhirnya berkahwin lain dan turut mempunyai seorang anak perempuan. Namun, di akhir-akhir hayat Kate, suaminya turut meninggalkan Kate kerana Kate dipercayai menghidap masalah mental sehinggalah membawa kepada kematiannya pada 27 Mac 1964.

RUJUKAN:

Newsroom, T. (2017, December 15). Why great-grandparents’ romance may have inspired Titanic Movie. Belfast News Letter. Retrieved April 5, 2022, from https://www.newsletter.co.uk/lifestyle/why-great-grandparents-romance-may-have-inspired-titanic-movie-1063787

Titanica, E. (2021, March 14). Kate Florence Phillips : Titanic survivor. Encyclopedia Titanica. Retrieved April 5, 2022, from https://www.encyclopedia-titanica.org/titanic-survivor/kate-phillips.html

Caroll, L. (2022, January 30). The real woman who wore Rose’s necklace on the Titanic. Medium. Retrieved April 5, 2022, from https://historyofyesterday.com/the-real-woman-who-wore-roses-necklace-on-the-titanic-d7adefa7403a?_branch_match_id=1039888312395353803&_branch_referrer=H4sIAAAAAAAAA8soKSkottLXz8nMy9bLTU3JLM3VS87P1Q%2BzyAvMLk5Ji8hPAgAZSy%2F3IwAAAA%3D%3D&gi=3694108f6a2d


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Leave A Reply