Dalam banyak-banyak teknologi yang tercipta di era ketamadunan Mesir Purba, mungkin ramai yang tak percaya “pregnancy test” dah wujud pada masa itu!
Malah lagi power, keberkesanannya diakui oleh saintis yang mengkaji sekarang!
Menurut beberapa teks perubatan Mesir Purba yang berada dalam Koleksi Papyrus Carlsberg di Universiti Copenhagen Denmark, orang Mesir Purba dulu gunakan bijirin khususnya barli dan gandum untuk ujian kehamilan.
Sekitar 1400 SM, sebuah teks papyrus tertulis seorang wanita itu mengandung atau tidak dapat ditentukan dengan kencing pada 2 bekas berasingan. Satunya berisi barli dan satunya berisi gandum.
Kalau bijirin ni bertunas, maka sahlah wanita ini mengandung. Tapi bukan setakat tu je, cara ni siap boleh tahu jantina bayi yang berada dalam wanita tersebut!
Kalau barli yang tumbuh cepat, maka anak dalam kandungan tu ialah lelaki. Dan kalau gandum yang tumbuh cepat, maka ia perempuan.
Unik dan aneh bunyinya. Tapi sebenarnya saintis pun percaya kaedah ni sememangnya berhasil!
Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Cambridge pada 1963 mendapati keberhasilan dan keberkesanan kaedah ini sebenarnya tepat kira-kira 70-85% dalam menguji kehamilan seorang wanita! Sumpah padu!
Ujian kehamilan yang moden sekarang bergantung pada protein yang boleh mengesan hormon yang dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG).
Sperma yang bersenyawa dengan ovum kemudian mula membesar menjadi embrio dan mengeluarkan hormon yang dipanggil hCG.
Tugas hormon hCG ni ialah memberitahu rahim untuk menghentikan kitaran haid wanita dan mempersiapkan wanita untuk mengalami fasa kehamilan.
Oleh kerana hormon tersebut dikumuhkan ke dalam air kencing selepas selesai hantar isyarat mereka, air kencing wanita hamil ada hCG di dalamnya, kalau tak hamil tak adalah hCG.
Tetapi untuk kaedah Mesir Purba ni pula, saintis mendapati ia berfungsi dengan tepat sebab tahap estrogen yang tinggi dalam air kencing wanita menggalakkan pertumbuhan bijirin.
Penggunaan air kencing wanita mengandung mungkin mempunyai simbolik tertentu dalam amalan ini, mungkin berkaitan dengan ritual kesuburan atau kepercayaan bahawa ia lebih berkesan disebabkan oleh perubahan hormon dalam wanita mengandung.
Tapi sayang betul, kebanyakan teks papyrus khususnya dalam bidang perubatan dah lenyap apabila terbakarnya Perpustakaan Agung Iskandariah. Dianggarkan hanya sekitar 0.01 % daripada teks perubatan Mesir Purba yang masih wujud sampai sekarang.
Walaupun begitu, ilmunya telah berkembang dan tersebar luas ke seluruh benua Afrika dan banyak idea yang berasal dari teks papyrus Mesir Purba muncul kembali dalam teks Yunani dan Rom kemudiannya.
Dari sini, ia tersebar lebih jauh ke teks perubatan Zaman Keemasan Islam di Timur Tengah dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina dan anda boleh menemukan jejaknya sehingga ke perubatan moden.
Hebatkan Tamadun Mesir Purba?
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.
Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih