Kita anda semua melayari media sosial buat masa ini, pasti anda akan ternampak gerakan #Blockout2024 yang menjadi bualan utama masyarakat ketika ini.
Persoalannya #Blockout2024 ni apa?
Menarik persoalan ini sebenarnya, #Blockout2024 ialah gerakan sosial yang bermula di Amerika Syarikat ni dilancarkan secara maya di dalam media sosial sebagai solidariti terhadap krisis kemanusiaan di Ghazzah.
Apa #Blockout2024 ni buat?
Mudah kata, mereka “block” akaun artis-artis terkenal yang mengambil bahagian di dalam Met Gala 2024. Kejap, apa signifikannya Met Gala dengan Blockout ni?
Met Gala ni ialah sebuah festival fesyen yang menempatkan artis-artis seluruh dunia dari pelbagai bidang untuk menunjukkan kemewahan mereka. Tapi malangnya, mereka tak gunakan pengaruh yang mereka ada untuk menyuarakan menghentikan keganasan Isráīl terhadap Filastīn.
Lagi menyedihkan dikala artis-artis terkenal ini meraikan Met Gala ketika 6 Mei 2024 haritu, dalam masa yang sama berlakunya serangan pengeboman mengejut terhadap Rafah yang menjadi benteng terakhir buat penduduk Ghazzah untuk berselindung.
Tak cukup dengan itu, seorang pempengaruh yang agak terkenal di dunia barat sana bernama Haylee Baylee buat sebuah hantaran yang amat mengundang makian dan cacian di Met Gala tersebut. “Let Them Eat Cake”, pembaca KITAB TAMADUN EROPAH mungkin tahu dari mana asal usul perkataan ini.
Yep, anda tidak salah, Marie Antoinette yang menjadi pemicu utama Revolusi Perancis. Tatkala rakyat Perancis berlapar akibat kenaikan harga roti yang menjadi makanan ruji mereka, dikatakan Ratu Perancis, orang paling tinggi hierarkinya dalam kerajaan Perancis waktu itu mengeluarkan kenyataan “Let Them Eat Cake” kepada rakyatnya.
Walhal kek lagi mahal daripada roti. Bukan nak bersimpati atau menghulurkan bantuan, tetapi ratunya merendahkan rakyatnya sendiri. Langsung tak menghiraukan penderitaan dan nasib yang ditimpa rakyatnya. Kerana mulut badan binasa, Marie Antoinette dan suaminya Raja Louis XIV pun mati dihukum “guillotine” setelah digulingkan oleh rakyat.
Tindakan Haylee Baylee ini seperti ditujukan kepada rakyat Gaza yang sedang menderita. Di luar tempat acara Met Gala tersebut juga berlakunya demonstrasi Pro-Filastīn dan 27 orang daripadanya ditahan pihak polis.
Sememangnya pelajar-pelajar universiti di sana kerap turun di jalanan untuk menyeru kerajaan mereka bertindak sewajarnya. Lebih-lebih lagi apabila Amerika Syarikat sendiri guna kuasa veto menghalang Filastīn daripada PBB untuk iktiraf negara Filastīn.
Disebabkan hal-hal tersebut, media sosial Amerika meletup dengan gerakan #Blockout2024 ini. Nama-nama seperti Kim Kardashian, Taylor Swift, Beyonce, Kylie Jenner, Miley Cyrus, Selena Gomez, Ariana Grande, Doja Cat, Demi Lovato, Nicki Minaj, Kanye West, Katy Perry, Justin Timberlake dan ramai lagi diblock oleh pengikut mereka sendiri.
Tujuan gerakan Blockout ini juga sangat objektif iaitu untuk menghalang pengaruh atau algoritma media sosial mereka daripada terus menjadi pekak dan bisu serta tidak cakna pada isu yang sepatutnya disuarakan melalui platform yang mereka ada.
Yang jadi bisu satu hal, yang pro-Israīl pun satu hal. Artis-artis ni kehilangan berjuta-juta pengikut dalam masa yang sangat singkat seperti Kim Kardashian kehilangan lebih 3 juta pengikut dalam masa hanya 1 malam. Inilah kuasa guillotine digital atau digitine.
Akhirnya gerakan ini mencapai matlamat mereka. Artis-artis ini yang membisu selama ini, akhirnya ada yang keluar bersuara menyatakan sokongan bersama Filastīn.
Dan gerakan ini turut merebak ke tanah air kita Malaysia. Tetapi, anda rasa adakah matlamat kita dah tercapai?
Oleh: Azizul Farhan
___
Benarlah, sejarah sentiasa berulang kalau kita tidak mempelajarinya. Nak tahu bagaimana Revolusi Perancis meruntuhkan monarki Perancis? Dapatkan KITAB TAMADUN EROPAH di Shopee kami:
https://shope.ee/20W1OuVjEw
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih