Pada tahun 921, Seorang pengembara Arab bernama Ahmad ibn Fadlan dilantik menjadi ahli utusan mewakili Khalifah Abbasiyyah di Baghdad kepada Raja Bulga Volgars. Ibnu Fadhlan menuliskan sebuah kisah perjalanan beliau di dalam Kitāb ilā Mulk al-Saqāliba.

Ahmad Ibn Fadlan

Dinasti Abbasiyah masih kekal sebagai satu-satunya empayar paling berkuasa di timur Empayar Byzantine dan Barat China.

Melalui kekuatan ketenteraan, khalifah Umayyah (661-750) telah meluaskan pengaruh Arab dari Sepanyol ke India; walaupun Bani Abbasiyah (750-1258) terbukti kurang agresif dari segi ketenteraan, mereka tetap menjadi pembawa yang bersemangat kepada penyebaran agama Islam.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Ibnu Fadhlan telah memperincikan dengan teliti mengenai budaya dan sosio-masyarakat di Asia Tengah dan Eropah Timur dalam catatannya di sepanjang perjalanan.

Beliau sempat singgah dan berhubung dengan orang-orang Turkic yakni kaum Khazar, namun dalam banyak-banyak kisah interaksi bersama pelbagai kaum, paling terkenal dalam risalahnya adalah semasa beliau berada di wilayah Rus di mana beliau bertemu dengan orang-orang Viking.

Oleh itu tujuan misi Ibn Fadlan adalah untuk menjelaskan tentang undang-undang Islam kepada Raja Volga Bulgar yang baru memeluk agama Islam. Volga Bulgars telah berhijrah ke Eropah Timur dari sempadan China sekitar abad ke-6 dan ke-7.

Penghijrahan Raja Volga Bulgar menjadi faktor kepada gelombang penghijrahan besar-besaran orang Turkic ke arah Barat.

“Turks,” istilah yang merangkumi beberapa negara-negara moden di Asia Tengah masa kini yang bertutur dalam keluarga Bahasa Turkic dan mempunyai sejarah asal usul di Asia Tengah.

Peta Pengembaraan Dari Baghdad Ke Volga, Rus

Penghijrahan besar-besar dari sempadan China membawa kepada perpecahan antara dua kumpulan, satu kumpulan ke Eropah Timur dan selebihnya tidak bersama-sama menuju ke destinasi tersebut sebaliknya mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba di Pantai Barat Laut Hitam.

Etnik Bulgars di Laut Hitam yang berpecah telah menerima agama Kristian dan menetap di situ dan hari ini negara mereka dinisbahkan pada nama etnik mereka iaitu Bulgaria. Sementara itu Pengikut Volga Bulgars  menetap di sepanjang Pantai Timur Sungai Volga di kawasan yang kini dikenali sebagai Rusia.

Teks-teks Arab menggambarkan pertemuan kali pertama orang Arab dengan orang Scandinavia berlaku di kawasan sekitar Laut Kaspia dan Sungai Volga.

Ibnu Fadhlan Dan Orang Viking

Dalam catatan sejarah, Orang Viking selalu digambarkan sebagai bangsa gasar dan bangsa penakluk yang ganas, namun catatan Arab mempunyai pandangan berlainan.

Lukisan Mengenai Ibnu Fadlan Pada Kurun Ke-10

Gaya hidup masyarakat Viking awalnya lebih cenderung dengan cara hidup nomad, sama seperti bangsa-bangsa lain, Viking juga berhubung dengan dunia luar. Viking sangat mahir di lautan sehingga digelar pelayar handal disebabkan suka menjelajah ke serata benua untuk meneroka, berdagang dan berp3rang demi survival bangsa.

Setibanya ke destinasi yang dituju, Ibnu Fadhlan lebih tertumpu pada sekumpulan manusia yang ditemuinya semasa berada di kalangan orang Bulgar, satu bangsa berambut perang dan bermata biru yang kelihatan agak aneh dan asing melalui pandangan pertamanya.

Dalam Risalah Ibnu Fadhlan, beliau menggambarkan tentang sikap negatif sekumpulan manusia itu selama beliau tinggal bersama mereka dalam beberapa tempoh tertentu;-

“Mereka adalah makhluk Allah yang paling kotor. Mereka tidak mempunyai tertib semasa membuang kencing dan ketika buang air besar…. mereka seperti keldai liar.”

Sebagai seorang Muslim berpendidikan dan berpegang pada agama Islam yang menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang melibatkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, Ibnu Fadhlan meluahkan perasaan jijik dengan tabiat dan gaya hidup orang-orang Viking yang dianggap tidak bertamadun.

Namun Ibnu Fadhlan memuji fizikal orang Viking pada halaman lain…”Saya tidak pernah melihat fizikal yang lebih sempurna, tinggi seperti pokok kurma, berambut perang dan kemerah-merahan….”

Sikap lain yang meloyakan adalah orang-orang Viking biasanya mencuci muka menggunakan mangkuk, pada masa sama mereka juga mencuci hidung dan meludah ke dalam mangkuk yang sama di mana tempat mereka mencuci tangan dan membasuh muka!

Selain itu, amalan berkenaan hubungan s-ksual juga menjadi hal yang tidak disenangi olehnya kerana terdapat ‘bunyian’ yang memalukan tanpa mereka mengendahkan keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan penduduk.

Sebagai seorang Arab di zaman pertengahan, kebersihan adalah keperluan agama serta kesihatan. sebaliknya berlaku masa zaman itu, tabiat orang Eropah yang tidak bersih.

Secara keseluruhannya, Risalah Ibnu Fadhlan merupakan sebuah travelog yang tinggi nilainya, menerangkan secara terperinci mengenai budaya masyarakat yang ditemui di sepanjang pengembaraan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.