Tiada siapa tahu namanya. Tidak diketahui umurnya atau latar belakangnya. Tidak diketahui bagaimana kehidupannya membawa dirinya ke Paris dan akhirnya membuatkan di m4ti l3mas di Sungai Seine. Ketika tubuhnya ditarik dari sungai pada akhir kurun ke-19, wanita tersebut yang dikenali sebagai “L’Inconnue de la Seine” (wanita misteri Seine) telah menjadi sebuah kisah kem4tian yang menarik.

Sejarah apa yang berlaku kepada L’Inconnue sebelum dan selepas dia l3mas telah menjadi perdebatan. Kisah sebenarnya terlalu kabur sehingga menjadi legenda. Kemudiannya, kisah ini mempunyai versinya tersendiri yang sering diceritakan kepada ramai orang selepas apa yang berlaku pada 150 tahun kemudian.

L’Inconnue dianggarkan berumur 16 tahun ketika meninggal dunia. Mungkin dia membvnuh diri. Tiada siapa yang pasti. Disebabkan tiada tanda-tanda pada tubuhnya, ramai yang berkesimpulan bahawa dia telah membvnuh dirinya.

Setelah ditarik keluar dari Sungai Seine, tubuhnya dibawa ke bilik mayat di Paris dan kemudiannya dipaparkan kepada awam bersama dengan mayat yang tidak diketahui punca kem4tiannya bertujuan untuk mengenalpasti identiti mereka melalui orang ramai yang mungkin mengenali mayat-mayat tersebut. Pertunjukan mayat yang tidak bernama ini begitu popular pada ketika itu. Tiada tingkap di Paris yang paling menarik perhatian berbanding pertunjukan ini.

Walaupun ramai berkumpul melihat mayat-mayat tersebut, tiada seorang pun yang mengenali L’Inconnue. Walaupun tiada siapa yang dapat mengenalpasti identiti L’Inconnue, itu tidak bermakna mayatnya tidak mendapat perhatian. Terdapat pelawat yang hadir ke bilik mayat tersebut yang tertarik dengan wajah L’Inconnue, lalu wajahnya diukir dan menjadi topeng.

Topeng L’Inconnue begitu popular dalam kalangan masyarakat sehingga dijual di seluruh Paris. Kemudian, masuk ke Jerman dan ke seluruh Eropah. Topeng L’Inconnue telah menjadi ikon budaya. Albert Camus menggambarkan L’Inconnue sebagai “drowned Mona Lisa”.

Wajah L’Inconnue yang separuh senyum itu digantung di galeri di seluruh benua. Ia diletakkan di bengkel-bengkel dan rumah sebagai model yang tidak bergerak. Pada awal abad ke-20, L’Inconnue telah bertukar menjadi watak dalam kalangan penulis pada waktu itu. 50 tahun selepas kemahsyuran wajahnya, L’Inconnue bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna dengan bantuan seorang lelaki yang lahir 10 tahun selepas kem4tiannya.

Nama lelaki itu ialah Asmund Laerdal, seorang pembuat mainan dari Norway. Syarikatnya ditubuhkan pada awal tahun 1940. Pada awalnya, syarikat Laerdal mencetak buku kanak-kanak dan kalendar sebelum berpindah ke perniagaan mainan berasaskan kayu. Selepas P3rang Dunia, Laerdal menghasilkan permainan berasaskan plastik. Patung buatan Laerdal yang terkenal ialah patung Anne.

Pada suatu hari, sekumpulan penyelidik mendatangi Laerdal dan memintanya membuat patung yang sesuai untuk dijadikan sebagai alat demontrasi teknik terbaru untuk menyelamatkan manusia iaitu CPR. Peter Safar merupakan salah seorang penyelidik tersebut dan dikenali sebagai pelopor teknik CPR. Laerdal telah mencipta sejarah apabila beliau dapat membuat patung yang dapat digunakan untuk latihan teknik menyelamatkan manusia.

Sebagai seorang pembuat mainan, membuat patung yang realisitik menghampiri wajah manusia adalah kerja yang sulit. Selain daripada isu teknikal, wajah apakah yang sesuai untuk patung ini? Pada waktu inilah Laerdal teringat wajah enigma yang separuh senyum tergantung di dinding rumah mertuanya. Sudah tentulah wajah itu ialah wajah L’Inconnue.

Laerdal memberikan nama patung itu “Resusci Anne” tetapi wajahnya diubah mengikut wajah L’Inconnue. Tubuhnya pula dibentuk berasaskan tubuh orang dewasa. Bagi Laerdal, penting untuk patung itu dibentuk seperti wanita kerana Laerdal mengesyaki lelaki pada tahun 1960-an tentu tidak sanggup menjalankan latihan CPR ke atas bibir patung lelaki.

Ketika patung CPR L’Inconnue telah dijual di pasaran pada tahun 1960-an, patung tersebut merupakan patung pertama dan paling berjaya menjadi “pesakit simulator” untuk melatih CPR yang bertanggungjawab menyelamatkan ratusan juta nyawa.

Lebih 60 tahun, patung L’Inconnue telah menjadi patung yang paling banyak dicium wajahnya sepanjang sejarah. Pada hari ini, syarikat Laerdal menganggarkan seramai dua juta nyawa yang telah diselamatkan oleh CPR.

Ironinya, kebanyakan kejadian penyelamatan ini adalah hasil daripada orang yang mencium sebuah replika berwajah gadis misteri yang m4ti lemas di Paris jauh sebelum teknik CPR dapat menyelamatkannya.

RUJUKAN:

  1. Here’s How a Dead Girl in Paris Ended Up With The Most-Kissed Lips in History. https://www.sciencealert.com/here-s-how-a-dead-girl-in-paris-ended-up-with-the-most-kissed-lips-in-history
  2. Resusci Anne and L’Inconnue: The Mona Lisa of the Seine. https://www.bbc.com/news/magazine-24534069

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.