Kepada yang tidak mengetahui, baru-baru ini tular poster sebuah teater yang memaparkan raja-raja yang tidak bercirikan perwatakkan Nusantara atau Alam Melayu, tetapi memakai busana dan headgear yang sangat seiras dengan headgear dan busana raja-raja Nusantara dari raja Jawa, Siam, Sumatera dan sudah tentu, raja-raja Melayu. Ciri-ciri fizikal sang raja ialah orang Tamil yang tidak pernah diketahui membina sebarang kerajaan di Nusantara melainkan hadir sebagai pedagang, pekerja imigran dan juga penjarah pada suatu masa dahulu.
Dalam poster tersebut, dengan jelas cuba mengambarkan bahawa raja-raja Melayu silam dari susur galur Srivijaya seperti raja asing daripada Benua India. Habis, dalam poster ini busana suku-suku lain yang merupakan pribumi dan pembina kerajaan awal di Asia Tenggara teruk diclaim sebagai raja-raja berketurunan Tamil. Dalam acara yang lain pula anjuran Ramasamy yang merupakan orang kuat parti DAP di Pulau Pinang pula, sebuah forum untuk menuntut prestij sejarah nenek moyang orang Melayu pula bakal diadakan yang menampilkan seorang “pemegang phd” untuk bercakap mengenai Lembah Bujang sebagai sebuah tapak tamadun orang Tamil yang bermigrasi dari Selatan India, yang selepas diselidik latar belakangnya, bukanlah orang yang berautoriti langsung dalam bidang sejarah untuk membuat dakwaan yang sangat berbahaya ini.
Berdasarkan pengalaman-pengalaman kami, kami percaya bahawa hujah-hujah untuk membenarkan dakwaan tidak berasas mereka berlegar dalam sekitar agama Hindu-Buddha yang merupakan kerajaan anutan kerajaan purba ini, dan juga serangan Rajendra Chola ke atas Empayar Srivijaya. Jadi, kita nak mulakan hujah ini dari mana? Saya cadangkan kita perhalusi dahulu usia Tamadun Tamil dan juga Tamadun Sungai Batu itu sendiri dan usia Lembah Bujang dengan serangan Rajendra Chola ke atas Kedah Tua.
Saya meneliti setiap kerajaan yang didirikan oleh bangsa Tamil dan mendapati rekod terawal mengenai tamadun yang didirikan oleh mereka adalah sekadar 300 tahun sebelum Masihi semasa Fasa Sanggam. Fasa Sanggam mengambil tempat antara tahun 300SM dan 200 Masihi. Fasa Sanggam ini adalah waktunya kerajaan pra-Tamil-Dravidian dibicarakan dalam karya-karya sastera.
Kemudian, di selatan India ketika itu berlaku pula fasa yang dipanggil sebagai Interregnum dan tidak banyak informasi tentang Dinasti Chola ketika itu. Fasa Interregnum di selatan India berlaku apabila sebuah kerajaan purba yang bernama Kalabhra mengambil alih tampuk pemerintahan tanpa meninggalkan apa-apa rekod mengenai raja-raja mereka – membuatkan era ini langsung tidak diketahui secara jelas seperti tiada maklumat mengenai pemerintah selatan India.
Pada tahun 848, seorang pengasas Medieval Chola, iaitu seorang raja agung yang dikenali dunia sebagai Vijayalaya Chola mengasaskan sebuah empayar yang dikenali sebagai Chola ini dan menundukkan dua kerajaan musuh mereka: Pandya dan Chera. Ketika ini, barulah bangsa Tamil bangkit dari Zaman Gelap mereka, ketika era Interregnum.
Persoalan saya buat saudara, bagaimanakah mereka boleh mendakwa Lembah Bujang yang mewarisi peradaban di Sungai Batu ini sebagai bukan milik Melayu sedangkan peradaban di selatan India pun bermula pada tahun 300SM (walaupun tiada bukti kukuh selain daripada kandungan hikayat-hikayat Tamil yang menceritakan tentangnya) sedangkan Sungai Batu sudah ada pada tahun 582SM?
Perlu saya ingatkan zaman 582 ini, Sidartha Gautmaha Buddha pun belum lahir lagi di India. Pada zaman ini, kerajaan Maurya dan Nanda yang menjadi empayar terkenal hanya wujud pada sekitar 321 SM, iaitu 200 tahun selepas wujudnya Sungai Batu. Sungai Batu wujud pada waktu ketika kerajaan-kerajaan di India belum disatukan oleh sebuah empayar, dan saling berperang saling tak tumpah seperti negara-negara kota China sebelum kedatangan Qin Shi Huangdi menubuhkan Dinasti Qin.
Bagaimana ada yang boleh mendakwa tamadun Lembah Bujang itu milik Tamil sedangkan di selatan India ketika itu, belum wujud mana-mana tamadun yang kukuh dan berkuasa? Bagaimana orang Tamil boleh mengasaskan sebuah kerajaan di bumi asing lebih awal daripada di tanah sendiri? Bagaimana orang Tamil boleh menubuhkan kerajaan di semenanjung Tanah Melayu sedangkan Fasa Sanggam itu pun mungkin sahaja sebenarnya sekadar legenda kerana tiada bukti kukuh menyokong kewujudannya? Bagaimana orang Tamil boleh menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu sedangkan dari 200 Masihi sehingga abad ke-9 barulah mereka dapat keluar dari Zaman Gelap di mana tiada rekod tentang kerajaan Tamil yang terperinci dicatatkan?
Ada yang mengatakan pengikut Rajendra Chola I yang membangunkan tapak Lembah Bujang dan Sungai Batu. Ini merupakan kesalahan fakta. Keturunan Chola yang berjaya menyerang (bukan menakluk) semenanjung ini ialah Rajendra Chola I, yang memerintah sekitar 1012-1044 Masihi. Baginda hanya menyerang dan tidak bersemayam di sini. Tapak purba di Kedah Tua ini berusia 600 tahun Sebelum Masihi. Semasa baginda datang ke sini, peradaban di Kedah Tua telah lama wujud. Bagaimana hendak dikatakan Lembah Bujang itu dibina oleh Rajendra Chola sedangkan bapa kepada moyang Rajendra Chola I, iaitu Vijayalaya Chola yang memerintah sekitar 848-891 Masihi pun belum dilahirkan lagi?
Lagipun, kerajaan yang diserang oleh Rajendra Chola ketika itu ialah sebuah empayar Melayu Srivijaya, sewaktu sudah ada kuasa pemerintahan Melayu yang memerintah Lembah Bujang, Sungai Batu, atau Kedah Tua ketika itu. Kerajaan Chola hanya menjarah Kedah bukannya menjajah. Mereka sekadar mahu mengacau perdagangan di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya, iaitu sebuah empayar Melayu yang hebat. Srivijaya pada masa itu berjaya menguasai jalan perdagangan antarabangsa di Kepulauan Melayu antara India dan China. Inilah tujuan Chola menyerang Srivijaya dan Kedah Tua.
Chola datang ke Nusantara dengan tentera, diketuai Rajendra I kemudian merompak hasil mahsul Kadaram, Langkasuka, Tambralingga, Kedah Tua, kemudian Palembang. Ini berlaku pada tahun 1025. Pada ketika itu negara kota yang saya sebutkan diatas adalah negara kota naungan Srivijaya yang wujud sebelum pembentukan empayar Chola. Srivijaya berkembang pesat dan menjadi maritime trading nation sejak abad ke 7 Masihi. Negara kota ini telah wujud dan maju, dihuni masyarakat tempatan Nusantara yang jelas adalah rumpun Melayu dan menjalankan aktiviti perdagangan dengan Empayar China serta Arab.
Rekod dari pentadbiran maharaja China menyebut sebelum Chola menyerang Srivijaya, jumlah kapal dagang yang datang dari Srivijaya membawa komoditi dagang adalah yang ketiga paling banyak selepas Arab dan Jawa. Setelah serangan, jumlah kapal yang masuk ke Guangzhou menurun secara mendadak lantas empayar China mengutus wakil untuk mendapatkan jawapan dan mendapati bahawasanya Srivijaya telah diserang raja perompak dari Chola yang menyebabkan jumlah dagangan berkurang. They have to focus on defending their cities thus the drop in trade.
Tetapi jumlah kapal kembali meningkat pada tahun 1028, dan wakil kerajaan Srivijaya juga kembali ke China untuk urusan diplomasi dan perdagangan. Chola hanya ganggu menggugat Srivijaya secara ekstensif selama 3 tahun sahaja. Mereka datang merompak saja dengan tujuan Chola di Tanjore dan Nagapattinam akan menguasai jumlah dagang tetapi ternyata usaha ini gagal.
Chola masih cuba serang, rompak dan ganggu Srivijaya selepas itu. Mereka masih cuba nak campur tangan dan kacau keupayaan dagang Srivijaya dan tahun 1060 merupakan tahun akhir mereka mencuba. Ini jelas menunjukkan Chola tak dapat pun kuasai mana-mana negara kota Srivijaya kerana mereka datang menyerang dari negeri mereka sendiri. Lepas tu Chola teruk dibantai dan ditakluk Pagan dari Myanmar dan Sri Lanka dan kehilangan beberapa taklukan mereka dan selepas itu, semakin mengecil dan hilang terus dari sejarah.
Mungkin dari sini, munculnya hujah-hujah menyeleweng yang meletakkan keturunan Parameswara sebagai keturunan Chola hanya kerana mereka cuba untuk mendakwa bahawa pembina Kedah Tua, Srivijaya dan Lembah Bujang itu adalah Chola dan orang Tamil. Malangnya, ini telah dibuktikan pun salah oleh sejarawan. Al-Attas misalnya menulis bahawa Parameswara sendiri mengaku dirinya sebagai seorang raja berbangsa MELAYU berdasarkan catatan Tom Pires sendiri!
Suka kami tegaskan bahawa tiada inskripsi dari India yang menceritakan tentang Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka tetapi ia ada diceritakan dalam manuskrip Melayu. Ya, manuskrip Melayu. Sulalatus Salatin, atau nama lainnya Sejarah Melayu menceritakan hal nenek moyang Parameswara yang bernama Sang Nila Utama yang membuka Singapura Purba. Sang Nila Utama adalah dari keturunan bangsawan Srivijaya.
Dari keturunan Sang Nila Utama, lahirnya Parameswara, selepas Singapura Purba diperintah oleh pelbagai generasi. Maka Parameswara atau nama lainnya Raja Iskandar Shah naik takhta sebelum ‘dilanggar’ oleh Majapahit sebelum mencari perlindungan dan seterusnya membuka Melaka. Malangnya kisah Parameswara tidak diceritakan dalam mana-mana manuskrip sejarah dari India. Bahkan, bagaimana berdirinya Kedah Tua turut diceritakan dalam manuskrip purba Melayu seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Manuskrip Undang-Undang Kedah.
Tak malu ke nak mengaku kerajaan dan tamadun orang lain sebagai tamadun sendiri? Srivijaya sendiri mempunyai bukti kukuh yang sehingga kini tidak mampu untuk dijawab oleh geng Chola. Katakanlah bahawa Srivijaya itu sendiri sebuah empayar Tamil, mengapakah kebanyakan Batu Bersurat Srivijaya dicatat dan ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno? Saya bagi senarai kalau ada yang mahu mencarinya.
· Prasasti Kedukan Bukit (683 Masihi)
· Prasasti Telaga Batu (683 Masihi)
· Prasasti Talang Tuwo (684 Masihi)
· Prasasti Kota Batu (686 Masihi)
Prasasti Dinasti Sailendra dalam bahasa Melayu Kuno:
· Prasasti Soejomorto (abad ke-7 Masihi)
· Prasasti Manjusirgha (792 Masihi)
Prasasti Singhasari (leluhur Majapahit yang merupakan empayar orang Jawa turut diclaim sebagai Tamil oleh Chola) dalam bahasa Melayu Kuno:
· Prasasti Padang Roco (1286 Masihi)
Sekali lagi, sebelum saya habiskan artikel ini, saya nak tegaskan di sini, tak malu ke nak claim tamadun bangsa lain?
Untuk mengelakkan diri daripada ditipu dan dipijak kerana kekurangan pengetahuan sejarah Melayu, KAMI INGIN MENCADANGKAN setiap anak Melayu memiliki buku di bawah. Pembelian boleh dibuat di pautan ====> https://goo.gl/4XmGuR (KLIK LINK BIRU KALAU NAK BELI BUKU DI BAWAH).
.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih