Pada era Khulafa Rasyidin, setepatnya pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Pada waktu itu, sebuah wabak yang telah melanda kawasan Syam, Filistin dan sekitarnya dengan wabak Taun ini ataupun wabak Kolera. Wabak ini akan mencemari sumber air seperti telaga air dan sumber air yang lain. Hal ini telah menyebabkan ramai penduduk Syria dan Filistin telah mulai jatuh sakit disebabkan penularan wabak ini di dua kawasan ini.

Melihat situasi ini, Khalifah Umar Al-Khattab telah melaksanakan beberapa dasar “MAGERAN” bagi menyelamatkan lebih ramai penduduk Syam dan Filistin daripada terus terkena penyakit Wabak Taun Amwas ini. Khalifa Umar Al-Khattab telah melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang bertujuan bagi mengelakkan mereka yang mendapat wabak atau penyakit untuk keluar dan menyebarkan ke kawasan yang lain.

Bagi yang sihat pula, mereka tidak juga boleh keluar dan akan kekal dalam kawasan Syam dan Filistin sahaja. Hal ini bagi mengelakkan penularan penyakit ini lebih melarat di kawasan ini.

Wabak ini telah meragut banyak nyawa bahkan gabenor Syam pada waktu itu turut ditimpa penyakit ini. Abu Ubaydah Al-Jarrah yang telah terkena dengan wabak mereka ini akhirnya telah meninggal dunia akibat dari wabak Taun ini.

Wabak ini pada awalnya berasal dari sebuah daerah di Filistin iaitu Amwas. Lama kelamaan wabak ini menular dengan pantas terutama di kawasan Syam dan wabak ini terus menular di kota kota yang besar seperti Damsyik.

Selain dari langkah Khalifah Umar Al-Khattab, Amru Al-As telah melaksakan dasar pengasingan bagi mereka yang terkena dengan wabak ini hendaklah diasingkan pada suatu tempat. Dan yang terakhir, para Gabenor telah menasihatkan agar rakyat mereka agar terus menjaga kebersihan dan berwuduk dengan air yang bersih bagi mengelakkan wabak ini berterusan.

Akhirnya, penyakit ini kemudiannya beransur tamat dengan sendirinya setelah beberapa langkah proaktif kerajaan dan akhirnya Filistin dan Syam mengisytiharkan wilayah ini bebas dari wabak Taun Amwas.

Dari sini kita dapat melihat kebijaksaan pemimpin Islam seperti Khalifah Umar Al-Khattab yang bertindak tuntas dan pantas bagi mengelakkan wabak ini terus menular.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.