Fitrah mutasi memainkan peranan semulajadi dalam dunia virus, terutamanya SARS-CoV-2 yang menyebabkan pαηdemik COVID-19. Semua orang sudah tahu pasal Alpha, Delta dan Lambda.
Sekarang kena ambil tahu pasal varian AY4.2 pula. Dalam bahasa mudah, varian ini dikategorikan sebagai Delta Plus. Bagi yang mengikuti perkembangan Delta secara kasar, mungkin kalian akan rasa pelik kerana Delta Plus sudah lama diuar-uarkan.
Sebab itu kena teliti balik maksud “dikategorikan” kerana varian Delta sebenarnya beranak pinak.
Dulu yang kalian dengar pasal Delta Plus adalah jenis AY.1, AY.2 dan AY.3. Sekarang kisah pasal AY4.2, baru dalam lama – lama dalam baru.
Jujurnya kewujudan AY4.2 sebenarnya tidak mengejutkan pun. Delta sudah menjadi dominan selepas menimpa 185 buah negara sebelum bercambah-cambah dengan “anak-anak varian”.
Semua “anak Delta” mudah merebak dan menyebabkan kerosαkαη sangat serius pada tubuh badan.
Dan AY4.2 boleh jadi 10 hingga 15 peratus lagi kuat daripada induk Delta, kalau ikut pendapat pakar daripada dua buah institut terkemuka di bandar Cambridge dan London (Khan, 2021). Jangkaan ini sebenarnya masih bersifat awalan (preliminary).
Boleh jadi betul; boleh jadi salah. Itu yang membimbangkan: kalau salah, apa angka sebenar – lebih tinggi atau rendah? Kalau betul, pun masalah – boleh dicegah dengan vaksin atau tidak? Sesuatu yang belum pasti kalau melibatkan ηyαwα orang ramai boleh meninggalkan kesan tidak diingini.
Golongan Paling Beri.si.ko
Semua mesti ingat dulu kecoh pasal varian Alpha. Tiba-tiba datang varian Delta yang mengambil alih di merata tempat. Sekarang saintis bimbang jika AY4.2 boleh ganti induk Delta yang lain.
Perkara ini sedang berlaku tetapi agak perlahan (Schuster-Bruce, 2021), kerana jutaan orang sudah menerima vaksin. Perlahan, bukan berhenti terus. Jadi AY4.2 masih lagi boleh merebak, walaupun dalam komuniti bervaksin.
Setakat ini dua negara – Israel dan United Kingdom – sudah melaporkan AY4.2. Kedua-dua negara ini mempunyai rekod vaksinasi yang sangat baik, siap dengan Comirnaty lagi.
Dalam tempoh masa seminggu, seramai 324,509 warga British didapati positif kerana jangkitan COVID-19. Dalam lingkungan 15,120 sah terkena AY4.2.
Walaupun masih bawah lima peratus, saintis sangat berwaspada kerana kadar perkembangannya semakin meningkat. Untuk rakyat yang sudah menerima dua dos vaksin, memanglah mudah mencegah. Tetapi sekarang ini, masih ramai belum boleh menerima vaksin.
Kanak-kanak dan bayi antaranya membentuk sebuah komuniti minoriti paling besar, selain golongan yang mempunyai masalah imuniti badan (iaitu immunocompromised) seperti peηghidαp HIV/AIDS atau kαηser.
Israel pula sejak kerajaan Benjamin Netanyahu lagi memandang serius pada COVID-19. Mereka paling pantas menggerakkan vaksin, sampai berani menguji dos ketiga.
Mungkin kerana mereka sedar yang Israel selalu ada aktiviti masuk keluar negara untuk urusan pelancongan, pelaburan dan perniagaan.
Apa-apa varian baru mesti sampai di Israel. Dan pada 19 Oktober, pihak kesihatan sana sedar yang kes AY4.2 semakin bertambah pula.
Seorang kanak-kanak berusa 11 tahun terkena AY4.2 selepas pulang daripada Moldova. Bukan bermaksud kena di Moldova. Mungkin jangkitan berlaku semasa di lapangan terbang. Apabila didapati positif, budak ini terus dihantar untuk berkuarantin. Disangka COVID-19 biasa. Alih-alih tengok jenis AY4.2.
Dengan bertambahnya AY4.2, lagilah senang kerajaan Naftali Bennett/Yair Lapid untuk gerakkan kempen dos ketiga. Buat masa sekarang, dunia masih boleh bertenang. Semua vaksin dibuat atas dasar sentiasa bersedia untuk menghadapi apa-apa jua mutasi (Rubin, 2021).
Namun manusia hanya boleh merancang. Kerana yang menentukan bukan kuasa sesiapa selain Dia.
RUJUKAN:
Khan, N. (2021, Oktober 22). Delta Subvariatn AY.4.2. Rising in UK: Is It More (ditapiskan)? The Quint.
Rubin, R. (2021). COVID-19 Vaccines vs Variants – Determining How Much Immunity Is Enough. JAMA. 325 (13): 1241-1243.
Schuster-Bruce, C. (2021, Oktober 19). Scientists are closely tracking a new variant spreading in the UK that could be 10% more (ditapiskan) than Delta. Business Insider.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih