Sekali sekala dalam filem seram, mesti ada tunjuk tiang totem. Memang agak stereotaip jujurnya. Asal nampak tiang totem, cepatlah orang fikir pasal sihir. Tetapi sebenarnya, tiang totem membawa kisah tersendiri yang berbeza sesama tiang.

Untuk faham tentang sesuatu tiang, kena faham dulu cara pembuatannya yang penuh dengan nilai kebudayaan pribumi Amerika. Pertama sekali, mereka akan pilih pokok paling sesuai dengan kisah yang ingin disampaikan.

Selepas meημmbαηgkan pokok diingini, mereka akan membuang kulit kayu dan beberapa lapisan supaya sesuai dilukis. Kemudian mereka pilih bahagian “muka” dan “belakang”. Hanya “muka” saja diperlukan. Bahagian “belakang” akan dibuang (digunakan untuk tujuan selain totem).

Contoh pokok yang “dibuang belakang”.

Orang dulu kala guna peralatan batu dan tulang. Arus teknologi memodenkan peralatan besi dan gergaji bermotor (Feldman, 2012). Jika dibuat dengan betul, sebatang tiang totem boleh berdiri selama 60 tahun. Ada yang sudah melepasi 100 tahun.

Tujuan Di Sebalik Curahan Keringat

Suku pribumi Amerika paling terkenal dengan seni totem mendiami wilayah sebelah barat laut, iaitu daripada negeri Washington ke sejauh-jauh Canada bahagian British Columbia (Patterson, 2004). Seperti yang diberitahu, setiap tiang totem ada kisah sendiri.

Ada yang memperingati nenek moyang silam. Ada yang bercerita tentang anutan budaya, terutamanya berkaitan dengan lagenda tertentu.

Malah, ada totem membawa makna tentang susur galur dan salasilah kesukuan. Apa-apa jua peristiwa menarik mesti akan diriwayatkan dengan sebatang tiang totem.

Maksud tersurat dan tersirat tiang totem menjadi saksi pada kekayaan budaya kaum pribumi Amerika. Mereka selalu akan mengukir bentuk pokok, ikan atau serangga.

Kalau ukir bentuk burung Thunderbird, kira ada kaitan dengan makhluk halus (Stewart, 2009).

Contoh bentuk burung Thunderbird.

Bukan semua burung membawa makna sama. Hanya Thunderbird saja bercerita perihal makhluk halus. Burung gagak akan diberi paruh panjang dan lurus. Manakala burung helang mempunyai paruh melengkung.

Dan sebenar-benarnya, maksud setiap totem ini berbeza mengikut suku. Ambil contoh bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ada perkataan Indonesia bermaksud elok. Tetapi guna perkataan sama dalam bahasa Melayu memang jadi mencαrμt.

Sekadar contoh untuk faham tiang totem. Suku ini lukis helang mungkin maksud A. Tetapi suku itu lukis helang barangkali maksud B.

Sebab itu kena hati-hati dengan tiang totem. Tanpa pengetahuan semua, ada tiang totem yang sebenarnya menghina secara berseni.

Kalau Melayu hina secara kias-berkias. Tetapi pribumi Amerika malas cakap apa. Tiada bawa mulut. Takkan pasang telinga. Mereka ukir dan lukis tiang totem terus (Kramer, 2012). Sesiapa yang enggan bayar hutang akan dianugerah sebatang tiang totem. Yang cμrαηg dengan pasangan, memang sangkut.

Pengaruh Teknologi Yang Mengubah Tiang

Apabila bangsa Eropah membuka koloni baru di Amerika Utara, mereka perasan suatu trend dalam kalangan kaum pribumi yang sudah lama mendiami bumi tersebut. Sebelum tahun 1800, semua tiang totem didapati amat sedikit dan sangat kecil.

Kadang totem sekadar paras pinggang. Namun selepas abad ke-19, kaum pribumi membina totem-totem besar. Malah terdapat tiang yang diukir begitu cermat dan terperinci, jauh lebih hebat dan berkarya untuk dibandingkan dengan zaman-zaman terdahulu.

Perubahan ini berlaku kerana kedatangan teknologi yang memudahkan kerja. Tanpa peralatan mengukir yang sesuai, memang susah untuk buat sebatang tiang totem. Kaum pribumi selalu bergantung pada batu, cangkerang dan gigi haiwan memerang untuk mengukir (Marsh, 2011).

Dengan teknologi bersesuaian untuk membentuk kayu, kaum pribumi mampu meluaskan kemahiran seni mereka dengan kualiti jauh lebih hebat berbanding nenek moyang sendiri.

RUJUKAN:

Feldman, R. (2012). Home Before the Raven Caws: The Mystery of a Totem Pole. Indiana Historical Society. Halaman 21-22.

Kramer, P. (2012). Alaska’s Totem Poles. Graphic Arts Books.

Marsh, C. (2011). Alaska Native Americans. Gallopade International. Halaman 15.

Patterson, M. (2004). Early American Indian Tribes. Halaman 20.

Stewart, H. (2009). Looking at Totem Poles. D&M Publishers. Halaman 34.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.