Pernah tak anda berada dalam situasi perhubungan yang toksik? Perhubungan yang di mana anda digunakan oleh pasangan anda untuk kepentingan diri. Begitulah Uthmaniyyah. Sebuah negara yang sentiasa dianggap ikhlas dan “beria” dalam hubungan tetapi sentiasa di gunakan.

 

Uthmaniyyah menerima tawaran dan permohonan dari Perancis untuk menjalinkan hubungan persekutuan. Mengapa Perancis mencari Uthmaniyyah? Hal ini disebabkan Perancis pada ketika itu mula kehilangan kekuatannya dalam menguasai Hagemoni Eropah pada ketika itu. Dengan kebangkitan House of Habsburg dan Austria yang telah menewaskan pasukan Perancis dalam peperangan Pavia (1525).

 

Keadaan ini menyebabkan Perancis berada dalam kesempitan dan perlu mencari sekutu yang kuat bagi menghadapi kekuatan Eropah pada ketika itu. Hanya satunya yang boleh mereka buat kawan iaitu Uthmaniyyah.

 

Hal ini kerana Uthmaniyyah pada ketika itu sedang menjadi salah satu kuasa besar di Eropah dan mempunyai ketenteraan yang kuat pada ketika itu. Justeru, Francis I mengirim surat kepada Suleiman Qanuni untuk menjalin persekutuan ini.

 

Suleiman Qanuni kemudiannya bersetuju dengan persekutuan ini. Maka terbentuklah persekutuan Ottoman – Franco yang termetrai pada 1536. Perancis memanfaatkan sepenuhnya kebolehan Uthmaniyyah ini di daratan Eropah dengan meminta bantuan ketenteraan bagi menghadapi Eropah.

 

Pada tahun 1536, armada Perancis – Uthmaniyyah telah menyerbu Marseille yang diancam oleh Genoa. Pada tahun 1537, armada Uthmaniyyah yang dipimpin Hayreddin Barbarossa dan Perancis menyerbu selatan Itali dan Naples.

 

Persekutuan antara Perancis dan Uthmaniyyah ini kemudiannya berakhir dengan tindakan Napoleon Bonaparte yang menyerbu Mesir yang pada ketika itu dibawah kekuasaan Uthmaniyyah pada 1803. Begitulah kisah persekutuan dan “perhubungan” antara Uthmaniyyah.

 

Ya, Uthmaniyyah diibaratkan seperti pasangan yang setia tetapi dikhianati. Digunakan sepenuhnya tanpa mendapat imbalan. Yang Cuma diharapkan adalah keikhlasan semata mata.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply