Siapa Uthman Bin Thalhah? Dan apa perkaitannya dengan Kaabah. Kisahnya begini, sewaktu Fath Makkah, Rasulullah SAW telah membuka Kota Mekah. Sewaktu Fath Makkah, tiada hak dan tiada apa apa yang akan diambil dan dirampas oleh pasukan Islam. Hari itu adalah hari pembukaan. Hari dimana dikalahkan Bathil dan dimenangkan Haq ke atasnya.
﴿إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ١ وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجٗا٢ فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا٣﴾
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam Agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah Al-Nasr 1-3)
Ada satu kisah menarik dimana tentang isu Sayyidina Ali KWH kemudiannya meminta agar penjaga kunci Kaabah ditukar kepada pihak mereka. Tetapi, Rasulullah SAW kemudiannya, tetap meneruskan amanah kepada kabilahnya Uthman Bin Thalhah yang merupakan penjaga kunci Kaabah pada ketika itu.
Dalam Sirah An-Nabawiyyah, Rasulullah SAW bersabda, “Ambillah kunci ini buat selama-lamanya. Tidak ada yang boleh merampas kunci ini daripadamu, hai Uthman, melainkan orang yang zalim. Sesungguhnya Allah telah mengamanahkan kepadamu untuk menjaga rumah-Nya. Oleh itu makanlah hasil yang diperolehi daripada rumah ini dengan cara yang baik.”
Dan posisi menjaga kunci Kaabah itu berlanjutan sehingga ke hari ini daripada keturunannya Uthman Bin Thalhah. Keturunan ini jugalah yang bertanggungjawab dalam urusan pengurusan Kaabah bermula dari kuncinya, pembersihan dan penggantian Kiswah.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih