Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Lembaran Malaysia

Utara Malaysia Tengah Panas Membahang!

Raya ni habis berpeluh-peluh baju pergi beraya. Utara Malaysia sekarang memang tengah “panaih lit lit” tahap lain macam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sahkan sebanyak 13 kawasan di utara Semenanjung sekarang berada dalam keadaan cuaca panas yang serius.

Paling mencuri perhatian, Padang Terap di Kedah dah masuk Tahap 2 gelombang haba. Suhu dia cecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Kawasan lain pun tak kurang bahangnya. Seluruh Perlis dan beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu semuanya berada pada Tahap 1 berjaga-jaga. Maksudnya suhu harian mereka dah berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Pulau Pinang di kawasan Timur Laut, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak, Jerantut di Pahang, malah sampai Rembau di Negeri Sembilan pun kena tempias panas ni.

Pendek kata, utara Semenanjung sekarang macam satu zon panas yang luas. Sabah dan Sarawak je yang masih selamat dengan suhu bawah 35 darjah Celsius. Setakat ini belum ada kawasan yang capai Tahap 3 gelombang haba ekstrem, tapi apa yang ada sekarang pun dah cukup buat orang resah.

Yang lagi gila, dekat Padang Terap, ada penduduk buat eksperimen goreng telur bawah matahari. Lepas beberapa minit, telur tu betul-betul masak.

Benda macam ni bukan kali pertama berlaku dalam sejarah Malaysia. Setiap kali fenomena El Niño datang, suhu memang akan naik. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, pola panas makin menjadi-jadi. Sekarang dia dah mula masuk kategori bahaya.

Kementerian Kesihatan pun dah keluarkan amaran. Setakat tahun ni sahaja, dah ada 15 kes berkaitan cuaca panas direkodkan. Tiga daripadanya kes strok haba dan yang paling menyedihkan, satu kematian melibatkan kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Strok haba ni boleh datang senyap-senyap. Mula dengan pening, rasa dahaga melampau, badan jadi terlalu panas, lepas tu boleh terus pengsan kalau tak cepat bertindak.

Golongan paling berisiko pula antaranya kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan mereka yang kerja luar memang berada di barisan paling depan untuk terkena.

Sebab tu sekarang ni kita kena minum air banyak-banyak, elakkan aktiviti luar waktu tengah hari, cari tempat teduh dan paling penting jangan sesekali tinggalkan sesiapa dalam kereta walaupun sekejap.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet