Uslub menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada kaedah, cara. Seperti yang kita ketahui, Nabi Musa AS merupakan seorang lelaki dari kalangan Bani Israil yang kekar tubuhnya, yang keras orangnya. Pernah suatu ketika, Nabi Musa AS terlibat dalam satu pergaduhan dek kerana ingin meleraikan perbalahan antara orang Mesir dan Bani Israil. Nabi Musa AS terpukul orang Mesir itudan ternyata, orang Mesir itu mati akibat pukulan Nabi Musa yang kuat.

Daripada ini jelas kita dapati bahawa kekuatan Nabi Musa AS bukanlah biasa biasa. Namun, ketika sampai perintah Dakwah kepadanya, Allah SWT tidak memerintahkan Nabi Musa AS untuk berdakwah dengan kekerasan walaupun sudah diketahui kekuatan Nabi Musa AS mampu menewaskan lawannya tetapi Allah SWT memerintahkan agar Nabi Musa AS berdakwah kepada Firaun, seorang Musuh Allah yang mengakui dirinya Tuhan.

Pengakuan Firaun ini dirakamkan dalam Al-Quran, Surah An-Naziat: 24.
فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلْأَعْلَىٰ
Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”.

Namun, tetap sahaja, Allah SWT memerintahkan agar mendakwahkan Firaun dan Pengikutnya dengan perkataan yang baik baik sahaja. Firman Allah SWT,
ٱذْهَبَآ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ () فَقُولَا لَهُۥ قَوْلًۭا لَّيِّنًۭا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ ()
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.” “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. (Surah Taha: 43-44)

Daripada ayat ini, kita dapat mengambil ibrah bahawa dalam Dakwah mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mendekatkan diri mereka yang jauh dari Tuhan dekat dengan Tuhannya. Senario ini dapat kita terapkan pada hari ini. Apabila seseorang itu sudah tidak hadir berjemaah di Surau dan dia hadir untuk kembali kepa Allah, ada sahaja suara yang mencercanya dan menghinanya, atas alasan mahu menasihatkannya.

Walhal, Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS berdakwah kepada seorang Musuh Allah, tetap jua Allah SWT memerintahkan agar Nabi Musa untuk berdakwah dengan cara yang baik dan berhikmah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.