Walaupun siri Vikings terbitan History telah berakhir, ia bukan bermakna ia sudah berakhir. Bagi para saintis, ia membuka pelbagai kemungkinan dan persoalan baru seperti benarkah wujud perbuatan helang berda.ra.h (bl.oo.d eagle) yang dipaparkan pada musim keempat? Adegan tersebut sememangnya mengerikan tetapi baru-baru ini, saintis mengesahkan bahawa ia tidak mustahil berlaku.

Upacara helang berda.r.ah ke atas Raja Aelle pada episod ke-18, musim keempat Vikings:

Tetapi sebelum itu, apa itu upacara helang berda.r.ah? Upacara ini secara ringkas ialah perlaksanaan hukuman di mana belakang si polan akan dibuka seluas-luasnya sebelum tulang rusuknya dipo.to.ng. Setelah itu, paru-paru si polan akan dikeluarkan daripada bahagian belakang yang telah dibuka. Perbuatan ini dikatakan berlaku dari abad kelapan hingga abad ke-11 seperti diabadikan dalam banyak saga Norse.

Selama bertahun-tahun, helang berda.r.ah dianggap sebagai legenda Viking semata-mata. Tetapi dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Journal of the Medieval Academy of America. Kumpulan pengkaji diketuai oleh Dr Luke John Murphy dari Universiti Iceland mendapati ia boleh dilakukan dengan menggunakan lem.bi.ng khas Viking yang berduri atau berupaya membe.la.h bahagian yang dinyatakan.

Selain itu, mereka mendapati si polan yang menjalani hukuman sebegini tidak akan bernyawa untuk tempoh masa lama. Ini kerana si polan boleh saja ma.ti sebelum orang Viking mengeluarkan paru-parunya daripada bahagian belakang yang dibuka. Lem.bi.ng khas digunakan untuk memo.to.ng tulang rusuk dari bahagian belakang.

Bukti kewujudan upacara helang berda.r.ah? Hanya perlu amati monumen batu Stora Hammars yang dihasilkan pada abad ketujuh di Pulau Gotland, Sweden. Imej pada batu berkenaan bukan saja menunjukkan imej sen.ja.ta yang digunakan. Malah, ia turut memaparkan bagaimana upacara tersebut dijalankan termasuk cara tulang-tulang rusuk dibentuk menjadi sayap burung helang. Menurut pasukan pengkaji, sekiranya ritual dilakukan dengan betul, si polan akan ma.ti dengan cepat.

Rajah 1: Monumen batu Stora Hammars di Pulau Gotland, Sweden.

Ini disokong dengan penemuan kubur seorang bangsawan wanita abad ke-10 di Birka, Sweden. Kepala si ma.ti didapati telah dipe.ng.gal dan diletakkan di bawah lengannya. Sementara sebahagian rahangnya yang hilang telah digantikan dengan rahang babi.

Rajah 2: Gambaran artis tentang ma.ya.t bangsawan wanita yang dikenakan hukuman helang berda.ra.h abad ke-10 di Birka, Sweden. Sumber:Dr Luke John Murphy.

Jadi, apa sebab yang mendorong upacara ini diadakan? Ia lebih kepada demonstrasi kekuasaan golongan elit dalam kalangan komuniti Viking. Sesiapa saja yang melihat upacara ini sedar bahawa orang Viking bukan calang-calang musuh dan patut ditakuti sekiranya mereka muncul di mana-mana wilayah. Ditambah dengan jeritan mangsa semasa upacara dibuat, ia mampu menggentarkan sesiapa yang mendengarnya.

Di samping itu, upacara ini bertujuan untuk mengembalikan semula maruah orang Viking sekiranya maruahnya teran.c.am. Contohnya, si ma.ti bertanggungjawab menghukum bapa atau ahli keluarga musuhnya dengan cara kema.ti.an yang memalukan. Bagi menebus kembali maruahnya seperti dilakukan oleh anak-anak Ragnar Lothbrok dalam Vikings, maka si ma.ti akan menjalani upacara dahsyat ini.

RUJUKAN

Cowie, A. (2021, 23 Disember). Br.ut.al Viking Bl.oo.d Eagle Ex.ec.ution ‘Could’ Have Happened. Ancient-Origins.

Randall, I. (2021, 20 Disember). Br.ut.al Viking ritual called ‘Bl.oo.d Eagle’ that involved ca.rv.ing the victim’s back open, cu.tt.ing their ribs away and pulling out their lungs WAS anatomically possible and not just legend, study claims. Daily Mail.

Sumber gambar: Vikings/History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply