Setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam mengusir penyakit yang membelenggu populasi mereka. Di Jepun, ramai warganya melukis Amabie kerana percaya yokai itu dapat melindungi mereka daripada Covid-19. Tetapi di Taiwan, satu festival tradisi Taoisme di Donggang membabitkan pemba.ka.ran kapal Wang Ye diharap dapat mengangkat sumpahan pandemik Covid yang membelenggu mereka.

Upacara pemba.ka.ran kapal ini merupakan tanda penghormatan kepada dewa-dewi pelindung Wang Ye dan amat signifikan kepada penduduk. Mengikut kepercayaan mereka, Wang Ye meronda dunia setiap tiga tahun untuk membasmi kejahatan dan penyakit sebelum membawanya kembali ke syurga. Sesetengah percaya Wang Ye menghalang taufan dan epidemik SARS daripada melanda negara itu.

Rajah 1: Sukarelawan meletakkan penyokong pada kapal dan menabur duit kertas di bahagian bawah kapal. Ramai orang berharap menerusi upacara ini, ia dapat melenyapkan pandemik Covid-19. Sumber: Alicia Chen/The Washington Post.

Tahun ini, harapan pengunjung festival ini sedikit berbeza. Mereka berharap upacara keagamaan yang diadakan selama lapan hari dengan pemba.ka.ran kapal pada hari terakhir diharap dapat melenyapkan pandemik Covid-19. Bagi ramai warganya, festival ini melambangkan pengembalian ke rutin normal selepas hidup selama berbulan-bulan dibelenggu oleh sekatan-sekatan yang dikenakan kerajaan.

Bagi salah seorang peserta dan anak jati Donggang, Chang Jung-hui, 65, dia berharap Wang Ye dapat melenyapkan pandemik dari seluruh dunia termasuk Taiwan. Dia sudah mengikuti upacara Taosime ini sejak dari tadika lagi.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Sesetengah penduduk Donggang merasakan keajaiban Wang Ye sudah muncul sejak pandemik Covid-19 bermula pada awal tahun lepas. Ini kerana di bandar yang mempunyai populasi 43,000 orang itu, hanya tiga kes Covid-19 dilaporkan dengan sifar kes sejak lima bulan lepas. Ini sama sekali berbeza dengan bandar-bandar lain yang teruk dibadai penularan varian Delta.

Bagi mereka, hanya satu jawapan kepada keajaiban ini: upacara pemba.ka.ran kapal yang dibuat pada 2018 menjadi! Dan apabila Taipei meluluskan penganjuran festival itu, ia dianggap sebagai tanda kekuasaan Wang Ye.

Jika dahulu, ramai orang dapat mengunjungi Donggang dan menjadi peserta upacara ini. Tetapi kali ini, hanya 30,000 orang saja dibenarkan menyertai upacara berikutan had bilangan peserta yang ditetapkan kerajaan.. Kebanyakan peserta datang dari seluruh Taiwan dari golongan nelayan hinggalah golongan profesional. Ada yang sanggup bercuti atau berhenti kerja agar tidak ketinggalan menyertai upacara pemba.ka.ran kapal Wang Ye.

Upacara ini dibuat sebagai cara menghormati cendekiawan-cendekiawan Dinasti Song yang ma.ti semasa berada di laut dan dikatakan bermula sejak 300 tahun lepas. Bagi penduduk Taiwan, upacara ini dibawa oleh imigran dari tanah besar dengan harapan ia dapat melindungi mereka daripada segala petaka buruk.

Pada minggu festival diadakan, penduduk bertandang ke Kuil Donggang untuk menyalakan setanggi dan membaling blok pengesanan nujum – mengharapkan jawapan daripada dewa-dewi. Kapal akan diarak ke seluruh bandar untuk mengutip penyakit dan semangat jahat dengan setiap keluarga menyalakan mercun bila ia melalui rumah mereka.

Rajah 2: Kapal Wang Ye diarak ke seluruh kota Donggang untuk mengutip penyakit dan semangat jahat yang ada. Sumber: Alicia Chen/The Washington Post.

Tetapi bagi sesetengah penduduk, festival ini merupakan cara terbaik untuk menginspirasikan mereka selepas berbulan-bulan dibelenggu sekatan Covid-19. Bagi graduan-graduan universiti, mereka tidak melepaskan peluang bergambar di hadapan kapal.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia merupakan festival untuk bersuka ria. Tetapi masih ada pantang larang yang perlu dipatuhi terutama semasa upacara pemba.ka.ran kapal Wang Ye dibuat. Antara pantang larang yang dinyatakan ialah peserta dan pengunjung tidak boleh berpaling dan tidak membuat bising. Sekiranya pantang larang ini gagal dipatuhi, ia dikhuatiri bakal mengundang semangat jahat dan merosakkan upacara pemba.ka.ran.

Dalam era moden yang serba canggih ini, ada yang menyifatkan upacara pemba.ka.ran kapal Wang Ye sebagai mengarut dan ketinggalan zaman. Tetapi bagi anak jati Donggang seperti jurugambar Chen Yi-hong, 54, mengekalkan upacara ini merupakan tanggungjawab mereka. Ini kerana pada mereka, mereka merupakan anak-anak Wang Ye dan  mempunyai tanggungjawab masing-masing.

RUJUKAN

Chen, A. dan Kuo, L. (2021, 10 November). In Taiwan, a boat-bu.rn.ing festival aims to ward off si.ck.ne.ss. Can it end the coronavirus pandemic?. The Washington Post.

Sumber gambar: Alicia Chen/The Washington Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.