Ramai sejarahwan Afrika tidak menyangka bahawa masyarakat Afrika telah lama mengamalkan budaya penulisan sejak penemuan begitu banyak manuskrip yang bertarikh seawal abad ke-8 Masihi.
Sebanyak 1 juta buah manuskrip dari utara negara Guinea, Ghana, dan persisiran pantai Mediterranean telah diselamatkan setelah berhadapan dengan bahaya kerosakan seperti jilatan api, gigitan serangga, dan rompakan. Menurut National Geographic, 700,000 buah manuskrip telah diselamatkan dari kota Timbuktu.
Institut-institut dan keluarga tempatan masih memiliki dan menguruskan 60 buah perpustakaan dalam Timbuktu, sebahagiannya ialah koleksi manuskrip yang terselamat dari perubahan kota dan iklim. Institut Ahmed Baba yang ditubuhkan pada tahun 1979 adalah contoh pertubuhan akademik yang selamatkan manuskrip Afrika kuno. Antara manuskrip-manuskrip tersebut adalah:
1. Kitab Al-Quran, koleksi hadis, koleksi tulisan para Sufi dan juga berkaitan dengan ibadah orang Muslim.
2. Aktiviti sekolah perundangan Islam di Maliki
3. Karya kajian saintifik muslim seperti matematik dan astronomi
4. Karya bersejarah dan sastera seperti perjanjian kontrak, puisi, ulasan, hikayat, dan catatan-catatan wargaAfrika kuno. Karya-karya ini antara yang terbanyak dan kaya dengan sejarah.
Maka, rata-rata manuskrip Afrika kuno yang ditemui ini berasal dari fasa kegemilangan khalifah yang mentadbir Afrika Utara ini.
Ada sesetengah manuskrip telah lama bertukar tangan seperti manuskrip yang dikatakan milik kerabat diraja sebenarnya milik kelas hamba mengikut sejarah manuskrip tersebut.
Bagi sejarahwan Afrika, penemuan dan kempen menyelamatkan manuskrip begitu penting kerana sejarahnya bermula dari fasa pendudukan penjajah Perancis. Ketika penjajah ini menubuhkan koloni, manuskrip-manuskrip ini disembunyikan dan juga ditanam.
Tambahan lagi, dasar penjajah yang memaksa warga Afrika Utara mengamalkan bahasa asing menjadi faktor kesukaran generasi pemilik manuskrip tidak berupaya menafsir dan menterjemah manuskrip yang lahir dari fasa kegemilangan khalifah.
Sehingga pada tahun 1985 barulah warga Afrika kembali meneraju dunia akademik mereka setelah sekian lama dijajah oleh Perancis. Walaupun begitu, mereka perlu mengambil masa yang lama untuk manuskrip-manuskrip kuno ini diterjemah.
RUJUKAN:
“700,000 Ancient African Books Have Survived In Mali’s Timbuktu University”. Islamic Law Blog. Published from 3 February 2020.
Rainier, Chris (May 27, 2003). “Reclaiming the Ancient Manuscripts of Timbuktu”. National Geographic News.
Hammer, Joshua (2016). The Bad-Ass Librarians of Timbuktu And Their Race to Save the World’s Most Precious
Manuscripts. 1230 Avenue of the Americas New York, NY 10020: Simon & Schuster. p. 25.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih