Pada tahun 1931, tentera imperialis Jepun telah mencero.boh dan menduduki wilayah Manchuria di timur laut China sebelum terus menye.ran.g dan menduduki lebih banyak tanah besar China, Asia Tenggara dan kepulauan di barat Pasifik. Jentera-jentera per.ang Jepun memerlukan sumber semula jadi dari wilayah-wilayah yang ditak.luki mereka ini untuk terus mengembangkan pendudukan mereka di wilayah-wilayah lain dan menyebarkan pengaruh doktrin “Asia Untuk Orang Asia”.
Meski pun begitu, melancarkan satu pepe.ran.gan bukan satu perkara semudah memetik jari, p.era.ng adalah sangat mahal harganya, sama ada dalam bentuk nyawa mahu pun harta benda. Tetapi Jeneral Ishii Shiro, seorang doktor tentera yang ada hubungan rapat dengan para pemimpin politik Empayar Jepun, mempunyai pendekatan yang lebih mesra ekonomi untuk melancarkan pe.rang.
Penggunaan b.om, bahan let.upan, dan kerahan tentera di daratan boleh diminimakan dengan menerapkan taktik pera.ng bakteriologi, perbelanjaan boleh dikurangkan dengan lebih ramai orang di pihak mus.uh yang boleh dibun.uh atau sekurang-kurangnya boleh dicac.atkan. Cadangan ini disokong oleh kerajaan dan Ishii diberikan autoriti untuk memulakan projek rahsia peran.g biologi Jepun.
Setelah beberapa kali berpindah lokasi, projek yang dikenali sebagai Unit 731 atau Detasmen Manshu ini ditempatkan di Pinfang, berhampiran bandar Harbin di Manchuria. Pembinaan lokasi bangunannya berlangsung antara tahun 1936-1939. Unit ini berbentuk sebuah kota kecil bertembok dengan lebih dari 70 buah bangunan di atas tanah seluas 60 kilometer persegi. Seramai kira-kira 20,000 orang terdiri daripada juruteknik awam, tentera, jururawat, dan doktor bertugas di Unit 731 dan makmal pe.ran.g biologi yang lain.
Nama unit ini secara rasminya dikenali sebagai Jabatan Pencegahan Epidemik dan Rawatan Air Tentera Kwantung sebelum peranannya diambil alih oleh Jeneral Ishii Shiro. Semenjak itu, ia lebih dikenali sebagai Unit 731.
Unit 731 ada dua misi: untuk membangunkan penyelidikan bagi mencari kaedah yang lebih efektif terhadap rawatan untuk tentera Jepun yang menderi.ta penya.kit berjangkit tempatan serta mengkaji penya.kit yang boleh digunakan dalam pera.ng secara bakteriologi, dan pelbagai lagi tujuan keji dalam membangunkan agen yang digunakan dalam pe.rang bakteriologi serta melakukan eksperimen berkaitan had toleransi manusia terhadap tekanan dan suhu yang melampau.
Kebanyakan man.gsa-man.gsa eksperimen ini adalah penduduk awam China yang ditangkap dan dikumpulkan oleh unit kenpeitai, unit polis tentera Jepun. Man.gsa yang lain adalah tawanan per.ang dari beberapa negara lain yang diduduki Jepun dan mana-mana bangsa yang dianggap bertaraf lebih rendah oleh Jepun. Man.gsa-man.gsa eksperimen akan dipanggil sebagai maruta, yang bermaksud “kayu balak”. Orang awam tempatan dimaklumkan bahawa lokasi tersebut adalah sebuah kilang papan. Semasa m.ayat dan bahagian-bahagian badan tertentu hendak dibakar, mereka diberitahu semua itu adalah pembakaran kayu balak.
Unit ini akan membiakkan bakteria kolera dan menyebarkannya ke dalam populasi orang awam. Tempoh inkubasi untuk menunjukkan simptom kolera agak panjang, iaitu sekitar 20 hari, jadi kolera bukanlah senja.ta yang taktikal. Wa.bak ini bagaimanapun, mula memb.unu.h man.gsa tiga hari selepas jangkitan. Eksperimen menunjukkan bakteria wa.bak yang dijatuhkan oleh pesawat yang terbang dalam ketinggian dan kelajuan rendah mampu menjangkiti sejumlah besar manusia.
Kutu dan tikus ‘diternak’ secara besar-besaran demi mendapat bekalan perumah dan pembawa wa.bak secara berterusan. Dianggarkan sekurang-kurangnya 300,000 orang mau.t akibat penya.kit berjangkit yang didalangi oleh Unit 731 dan beberapa lagi makmal-makmal yang berkaitan seumpama dengannya.
Sebelum P.era.ng Dunia Kedua bermula, Empayar Jepun telah pun berper.ang dan mengalahkan Empayar Rusia pada tahun 1904-1905 semasa P.eran.g Rusia-Jepun. Kali ini, pemerintah Jepun menjangkakan bahawa tentera Jepun juga akan memer.angi tentera Rusia dalam pe.rang yang terbaru ini. Maka, pengalaman diperlukan bagi merawat radang beku yang dijangka akan berlaku pada musim sejuk, lalu Unit 731 melakukan eksperimen pembekuan terhadap tahanan.
Man.gsa yang terlibat akan didedahkan dengan suhu serendah -70 darjah celcius. Dalam suhu ini setiap otot dan tisu lembut yang membeku boleh ditanggalkan hanya dengan ditarik begitu saja dari mana-mana anggota badan. Tahanan Unit 731 turut dite.mbak agar doktor dapat merasai pengalaman merawat luka temba.kan. Man.gsa yang sama juga akan digunakan sebagai subjek latihan dalam melakukan trakeostomi, pembedahan apendiks, dan pem.otongan anggota badan.
Tahanan hidup yang dibedah, (atau digunakan untuk latihan bayonet) biasanya tidak dibius kerana perkembangan penya.kit akan dinilai melalui yang tidak dibius dan sedar sepenuhnya. Ujian eksperimen bagi tujuan menguji kesan pendedahan terhadap gas bera.cun pada tahap kepekatan yang berbeza dan untuk jangka masa yang berbeza juga turut dilakukan.
Apabila keadaan sudah jelas menunjukkan bahawa Empayar Jepun sedang kalah dalam pe.rang, bangunan-bangunan Unit 731 dan makmal penjara yang seumpananya dim.usn.ahkan dengan perintah dari Jeneral Ishii Shiro sendiri. Setiap maruta yang masih hidup dari pelbagai bangsa dibu.nuh. Jeneral Ishii menyuruh semua anggota Unit 731 agar bersumpah untuk menutup mulut mereka selama-lamanya berkenaan aktiviti pera.ng mereka.
Pihak Jepun yang sudah kalah sedar bahawa setelah Amerika Syarikat mengetahui tentang aktiviti unit itu, Amerika pasti mahu melihat hasil eksperimen mereka tetapi tidak mahu hasilnya diketahui oleh Soviet. Ketika itu sudah jelas ada persaingan sedang terbentuk antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.
Amerika Syarikat mendapat data tertentu dari Unit 731 dengan menawarkan mereka kekebalan daripada pendakwaan atas tuduhan melakukan jenayah pera.ng bagi anggota Unit 731. Bagaimanapun, pihak Soviet tetap mendakwa dan membicarakan sejumlah kakitangan Unit 731 yang berjaya ditangkap. Seramai 12 anggota Tentera Kwantung Jepun dibicarakan di Khabarovsk atas tuduhan sebagai penje.nayah pera.ng kerana membuat dan menggunakan senj ata biologi semasa Per.an.g Dunia Kedua, mereka semua dijatuhi hu.kuma.n pen.jara yang berbeza tempoh.
Sebilangan besar kisah tidak berperikemanusiaan ini tidak pernah diketahui oleh masyarakat awam di Jepun. Pada tahun 1993, sebuah pameran yang dianjurkan secara tertutup mengenai Unit 731 telah melakukan jelajah di seluruh Jepun selama 18 bulan. Bekas anggota Unit 731, yang mungkin sudah tua, tampil dan mendedahkan rahsia yang telah mereka simpan selama hampir 50 tahun lamanya. Manakala pendedahan seterusnya pula melibatkan keterangan dari lebih ramai lagi bekas anggota-anggota Unit 731 pada tahun 1993 atau selepas itu.
RUJUKAN:
Hal Gold. Japan’s Infamous Unit 731. Rutland, Vermont. Tuttle Publishing, 2019.
Anthony Beevor. The Second World W.ar. London. Wiedenfeld and Nicholson, 2012
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih