Demokrasi moden hari ini mempunyai dua bentuk: 1) berpresiden dan 2) berparlimen. Dalam demokrasi berpresiden, pemimpin negara dipilih melalui sebuah proses pilihan raya yang keputusannya takkan boleh diubah (melainkan ada bukti penipuan).

Negara yang mengamalkan sistem ini melantik seorang pemimpin untuk kekal satu tempoh (atau jika pemimpin itu berundur). Andai kata meninggal dunia, timbalannya akan mengambil alih sehingga pilihan raya seterusnya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sistem ini menjaminkan kestabilan politik, cuma susah kalau ada pemimpin yang entah apa-apa.

Jika demokrasi berparlimen pula, pemimpin negara dipilih melalui sebuah proses pilihan raya yang menentukan wakil rakyat, dikenali sebagai ahli parlimen.

Kelompok ahli mana yang melepasi majoriti mudah dikira menang dan membentuk kerajaan.

Ini bermakna, parti paling banyak kerusi pun belum tentu diisytihar menang. Dan parti kerajaan pada bila-bila masa boleh jatuh jika ada yang melompat.

Bagi Malaysia, parti melompat adalah perkara baru. Ia belum berlaku dalam sejarah, sehingga 2020. Kalau di United Kingdom, rakyat rata-ratanya sudah lali.

Pada tahun 2019, United Kingdom mengadakan sebuah pilihan raya yang dimenangi Boris Johnson.

Belum cukup dua tahun lagi, 11 wakil rakyat sudah bertukar parti. Jeremy Corbyn yang menentang Johnson pun sudah tersing.kir daripada Parti Labour (Stewart, Elgot, & Parveen, 2020).

Jeremy Corbyn.

Kanada pun begitu; ada saja yang bertukar parti. Mereka enggan melaksanakan sebarang undang-undang untuk menghalang “floor-crossers”. Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada aliran semulajadi sistem demokrasi.

Wakil rakyat tiada sebab untuk kekal setia bersama parti yang sudah tukar halatuju. Undang-undang berkenaan juga tidak membawa sebarang manfaat.

Cuba kalau pemimpin Malaysia ingin memansuhkan dasar penjagaan kesihatan universal (rawatan percuma di hospital kerajaan). Takkan wakil rakyat dalam kalangan parti sama perlu akur. Mereka pun mesti menyokong atau menentang bajet yang dibentangkan. Jika bajet tidak diluluskan, apa guna ada kerajaan?

Walau bagaimanapun, ada negara yang melaksanakan undang-undang anti-lompat parti.

Targil Masriah

Pada 1 November 1988, Israel mengadakan sebuah pilihan raya bagi menentukan wakil rakyat dalam Knesset Ke-12. Banyak parti bertanding untuk 120 kerusi parlimen ini.

Likud (pimpinan Yitzhak Shamir) mendapat 40 kerusi, diikuti Alignment (pimpinan Shimon Peres) dengan 39 kerusi. Kedua-dua pemimpin – Shamir dan Peres – perlu meminang parti-parti kecil untuk membentuk kerajaan.

Yitzhak Shamir.

Mereka enggan bersusah-payah. Shamir membentuk kerajaan bersama Peres dengan empat buah parti kecil lain.

Dua tahun kemudian, ada peristiwa besar menggem.par politik Israel. Amerika Syarikat menggesa supaya Israel berunding dalam isu pengµs.iran warga Palestin. Peres menyokong gesaan ini.

Tetapi Shamir enggan, kerana perlu menuruti konsensus parti Likud. Lalu Peres berpaling tadah, bersama parti Shas.

Alignment kemudian membuat undi tidak percaya terhadap Shamir. Dan kerajaan dibubarkan pada 15 Mac, buat julung kalinya (Moskowitz, 2001).

Shimon Peres.

Semasa bersatu, tiada siapa cakap apa. Apabila berpe.cah balik, semua parti menjadi mµsµh.

Parti-parti Ortodoks digesa supaya tidak bekerjasama dengan parti-parti “pema.kan arnab dan babi” (sekular).

Barisan agamawan (mirip Dewan Ulama) Judaisme dalam parti Shas tidak mahu bekerjasama dengan Peres, yang berjaya membentuk kerajaan sekejap.

Banyak kebodohan berlaku pada masa ini. Peres ditipu hidup-hidup. Beliau katanya berjaya mengumpulkan tandatangan daripada 61 wakil rakyat.

Tetapi sebenarnya dua wakil rakyat (Eliezer Mizrahi dan Avraham Verdiger) tidak beri tandatangan pun. Mizrahi tiada dalam majlis tandatangan. Dan Verdiger buat tandatangan olok-olok (hayun pen di atas kertas) kerana tidak menyokong Peres.

Peres tewas dalam peristiwa Targil Masriah ini. Dan Shamir berjaya membentuk kerajaan. Kerajaan Shamir kemudian mendapat sokongan Knesset untuk mengadakan undang-undang anti-lompat parti.

Undang-Undang Tidak Membawa Makna

Keabsahan undang-undang ini dipertikaikan pada tahun 2020, apabila Benjamin Netanyahu menubuhkan kerajaan bersama Benny Gantz.

Tahun itu, Israel telah mengadakan beberapa pilihan raya yang tidak konklusif kerana tiada parti dapat menubuhkan kerajaan.

Oleh kerana kena COVID-19, Netanyahu dan Gantz mengetepikan ideologi supaya bersatu memer.angi pan.demik.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Persetujuan Gantz telah meme.cahkan partinya sendiri, apabila Yair Lapid mengeluarkan beberapa ahli penting (Lapid akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya seterusnya).

Buat sementara waktu, gandingan Netanyahu-Gantz menjadi… sampailah Knesset berbincang tentang belanjawan.

Di sini semuanya terbµrai, apabila mereka tidak dapat mencapai majoriti. Jadi persoalannya, apa guna undang-undang anti-lompat parti kalau tiada penyatuan dan kesatuan?

RUJUKAN:

Moskowitz, M.P. (2001, Jun 15). Israel’s National Unity Governments: A Retrospective. Peace Watch. 330.

Stewart, H., & Elgot, J., & Parveen, N. (2020, November 18). Keir Starmer denies Jeremy Corbyn Labour (ditapiskan) despite end of suspension. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.