Genghis Khan mungkin merupakan khan yang diletakkan pada kedudukan paling tinggi oleh bangsa Mongol dan memerintah Empayar Mongol yang merupakan empayar kedua terbesar di dunia dan empayar berdampingan yang terbesar pernah wujud dalam sejarah, tetapi untuk mencapai semua itu bukanlah kerja yang mudah, dia sendiri mendapat tentangan dari suku-suku nomad yang lain di wilayahnya sejak awal kebangkitanya, termasuklah orang-orang dari suku Merkit.

Suku Merkit tinggal di antara enam suku-suku lain di sempadan selatan yang memisahkan mereka dengan penduduk hutan Rusia, di utara sempadan suku Kereit dan di barat China. Tanah mereka berada di tenggara Tasik Baikal.  Mereka adalah penggembala nomad tetapi juga kadang-kala mereka juga turut bertani.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tidak banyak yang diketahui tentang sejarah dan asal usul suku Merkit, rujukan sejarah tentang mereka kebanyakannya diambil dari arkib sejarah China, kerana mereka pernah bersekutu dengan suku Kereit dalam usaha memer.angi Dinasti Liao yang pernah mendominasi utara China pada abad ke-11 Masihi.

Dan apabila suku Mongol akhirnya berjaya menundukkan, membun.uh dan memperhambakan suku Merkit, ibu Temujin sendiri seperti yang sedia diketahui oleh Genghis Khan di awal kehidupannya juga merupakan seorang wanita yang ada pertalian keluarga dengan suku Merkit kerana dia berasal dari suku Olkhunut dan dikahwinkan dengan orang Merkit, tetapi dia kemudian dicu.lik oleh bapa Temujin dan dibawa ke dalam suku Mongol yang ketika itu merupakan suku dominan di dalam federasi Khamag.

Suku Merkit dikenali di antara suku-suku lain yang berdekatan dan orang-orang China Barat yang hidup menetap sebagai kaum pejuang yang sering berpera.ng. Walaupun nama suku itu bermaksud ‘kebijaksanaan’, mungkin kita boleh mempersoalkan tahap kebijaksanaan mereka dalam cubaan mengatasi suku Mongol.

Seorang pemimpin federasi Khamag dari suku Mongol yang bernama Yesugei Baatur telah menc.ul.ik seorang wanita Olkhunut yang baru sahaja dikahwinkan dengan lelaki dari suku Merkit, bahkan telah pun mempunyai anak. Wanita itu bernama Hoelun yang kemudiannya berkahwin dengan Yesugei dan akan menjadi ibu Temujin.

Suku Mongol dan Merkit terus berpe.ran.g tanpa sebarang rundingan. Suku Merkit bahkan turut menghadapi konflik dengan suku-suku jiran yang lain. Tetapi permusuhan mereka terhadap Mongol akhirnya akan menjadi punca kemus.nahan mereka. Genghis Khan akan menjadi kuasa yang terlalu kuat bagi mereka nanti.

Empayar Mongol sekitar tahun 1207; kedudukan Merkit berada di tengah-tengah peta pada tahun itu.

Tidak banyak yang ditulis mengenai suku Merkit sehinggalah mereka mula memainkan peranan di dalam sejarah dan kehidupan Genghis Khan. Orang-orang Merkit cuba membalas dendam di atas perbuatan silam Yesugei dengan menc.uli.k isteri Temujin iaitu Borte.

Ketika itu Temujin belum lagi bergelar seorang khan. Operasi untuk menyelamatkannya memakan masa berbulan-bulan. Setelah Temujin berjaya menyelamatkan dan membawa Borte pulang, dia mendapati Borte telah pun hamil. Namun Temujin tetap menerima anak itu sebagai anaknya dan menamakannya sebagai Jochi.

Petikan filem Mongol yang memaparkan Genghis Khan dan isterinya Borte

Kerana itulah, Jochi pada zaman dewasanya sering bertengkar dengan adik beradiknya kerana dia selalu dise.rang secara psikologi dengan dakwaan bahawa dia bukan anak Genghis Khan tetapi anak berketurunan suku Merkit.

Semasa ser.an.gan mengejut untuk mendapatkan kembali isteri Temujin, orang-orang Merkit berpecah dan tersebar ke serata tempat. Selepas ser.angan itu, Merkit sering menjadi sasaran sera.ngan yang kerap dilakukan oleh suku Mongol dan suku Kereit. Sebagai tindak balas, Merkit menjalinkan pakatan dengan suku Naiman dan dengan Jamukha dari Kerait, pesaing utama Temujin untuk merebut kuasa dominan.

Toqtoa Beki, seorang tokoh penting di kalangan suku Merkit, mengukuhkan persekutuan Merkit dan Naiman melalui perkahwinan anak lelakinya dengan Toregene, wanita yang kemudian akan dikahwinkan dengan Ogedei Khan lalu dikenali sebagai Toregene Khatun selepas Genghis menghapuskan suku Merkit.

Pada pertemp.uran Charikmaut pada tahun 1204, para pejuang Merkit bertem.pur bersama pejuang Naiman melawan suku Mongol. Tetapi pada tahun berikutnya dalam perte.mp.uran Qaradal Juja-ur, suku Merkit akhirnya tewas dan terpaksa tunduk menyerah di bawah ketuanan Mongol.

Namun, beberapa orang Merkit yang setia kepada Toqtoa Beki melarikan diri dan bergabung semula dengan orang-orang Naiman di seberang Pergunungan Altai. Orang Mongol dan musuh-musuh mereka iaitu Merkit dan Naiman, kemudian berte.mpu.r lagi, di Sungai Irtysh, dan di sanalah para pejuang Mongol telah membu.nuh Toqtoa Beki.

Kekalahan Merkit dan Naiman membuatkan mereka berpecah dan melarikan diri ke arah yang berbeza-beza. Suku Naiman mendapatkan perlindungan dibawah Empayar Qara Khitai (Dinasti Liao Barat). Suku Merkit menuju ke padang rumput Kipchak dan mendapat perlindungan di sana di kalangan orang Kipchak, tetapi ianya tidak lama, kebangkitan Empayar Mongol terlalu pantas. Empayar Qara Khitai yang dirampas kuasanya oleh suku Naiman akan dimu.sn.ahkan sepenuhnya oleh Genghis dan bangsa Kipchak akan diserap ke dalam bangsa Mongol melalui negeri Ulus Jochi (Golden Horde).

Gambar hiasan

Merkit bangkit memberon.tak melawan Genghis Khan pada tahun 1216, tetapi tentera Mongol yang dipimpin oleh Subutai menyapu habis tentera Merkit pada tahun 1218. Genghis Khan berpendapat bahawa Merkit mungkin akan membe.ron.tak lagi jika anak-anak lelaki Toqtoa Beki kembali, jadi, dia mengerahkan pasukan tentera di bawah Subutai untuk menekan mereka sepenuhnya.

Selepas itu, Mongol memperhambakan kesemua orang-orang Merkit yang masih hidup dan mereka yang selebihnya kemudian diserap untuk beradaptasi ke dalam bangsa Mongol.

Tradisi Merkit

Walaupun beberapa jiran Merkit memeluk agama Kristian Nestorian, para sejarawan percaya Merkit mengekalkan kepercayaan mereka terhadap ajaran Tengrisme. Tradisi budaya Merkit sama seperti Mongol, iaitu menjalani kehidupan secara nomad dan menjadi pemburu, tetapi ada juga yang bekerja secara sambilan sebagai petani.

Merkit merupakan salah satu dari lima suku-suku nomad utama yang menjadi asas penubuhan Empayar Mongol yang didominasi oleh suku Khamag Mongol. Suku-suku ini ialah Khamag, Merkit, Kerait, Naiman dan Tatar.

Kawasan pertama Empayar Mongol adalah Gurun Gobi, walaupun Empayar Mongol yang menakluk akan memperluaskan tanah mereka sejauh ke seberang di sebahagian besar Eurasia. Orang-orang Mongol, Merkit, Kereit, Naiman dan seluruh suku nomad lain di padang pasir dan padang rumput terkenal kerana kemahiran menunggang kuda mereka.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mongol dapat menakluki begitu banyak wilayah kerana pergerakan kuda yang pantas oleh mereka dan kemahiran serta keganasan mereka sebagai pejuang. Kemahiran dan bilangan mereka yang bertambah unggul bermaksud kepupusan suku Merkit sudah tidak dapat dielakkan seperti beberapa suku yang lain kerana mereka semua akan terserap menjadi satu ras bangsa yang baharu iaitu Mongol, dan semua itu dicapai Genghis Khan dengan melaksanakan ‘pembersihan etnik’ terhadap keturunan ibunya sendiri.

RUJUKAN:

Weatherford, Jack (2005). Genghis Khan and the Making of the Modern World. Crown/Archetype.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.