Accepted merupakan sebuah filem yang ditayangkan pada tahun 2006, arahan Steve Pink, memaparkan pelakon-pelakon Hollywood yang tidak kurang hebat seperti Justin Long, Jonah Hill, Blake Lively dan yang lain-lain.
Bagi aku, filem Accepted ini boleh dikategorikan sebagai salah satu ‘underrated’ films. Mungkin bagi kebanyakan orang, filem ini tidak mempunyai mesej yang sarat, tiada aksi-aksi yang menarik seperti filem keluaran Marvel, mahupun plot thriller yang mampu mencabar pemikiran sang penonton. Namun, di sebalik plot yang ringan disertakan dengan babak-babak yang sarkastik dan lucu (what you usually get from Justin Long and Jonah Hill), tersirat ‘real’ mesej yang aku kira perlu dikongsi bersama setiap lapisan masyarakat, terutamanya masyarakat di Malaysia.
Bercakap tentang genre, ianya adalah sebuah filem genre comedy. Seperti yang aku sebut sebelum ini, plotnya tidak berat, boleh ditonton sambil bersantai bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Accepted, didefinisikan dengan mudah, dalam Bahasa Melayu, sebagai penerimaan. Tetapi filem ini lebih fokus ke arah ‘rejection’ atau penolakan. Accepted mengisarkan tentang seorang graduan high school (Bartleby Gaines) yang tidak berjaya melanjutkan pengajian ke kolej, kerana kesemua 7 kolej yang dipohon telah menolak permohonannya. Dalam bahasa ringkas, dia telah direject oleh setiap kolej yang dipohon. Untuk menggembirakan hati mak dan ayahnya yang telah meletakkan harapan yang agak tinggi untuk dirinya belajar di kolej yang berprestij, Bartleby dengan kerjasama kawan-kawannya yang senasib, telah ‘menubuhkan’ sebuah kolej mereka sendiri, secara illegal.
Ulasan yang aku tulis ini, ditujukan khas kepada anak muda remaja atau ‘youths’ mahupun golongan masyarakat dari setiap lapisan umur. Ulasan ini untuk mereka yang pernah melalui segala jenis ‘penolakan’ dalam hidup, terutamanya buat mereka yang tidak/belum berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Aku harap sedikit sebanyak, apa yang ditulis dapat memberi semangat dan dorongan untuk kalian terus berusaha dan tidak berputus asa.
1. EDUCATION IS NOT A MEASURE OF INTELLIGENCE.
Beberapa bulan yang lepas, aku terbaca sebuah artikel di newsfeed Facebook, di mana seorang pelajar sebuah universiti menulis dalam ‘rungutan’ dan ‘amarah’ kerana pengajiannya dilabel lebih mudah dan tidak berkualiti berbanding pelajar university yang lain. Komen-komen berkenaan artikel tersebut juga tidak kurang hebat ibarat menuangkan minyak tanah dalam api. Perbandingan demi perbandingan diketengahkan oleh pelajar-pelajar dari universiti masing-masing.
Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap suka membuat perbandingan. Tidak kira yang muda mahupun yang telah lanjut usia. Masing-masing hendak menang, hendak menjadi yang paling atas. Perbandingan mengenai anak siapa yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar Negara, mengenai langsir raya siapa paling cantik dan mahal, mengenai siapa yang menggunakan telefon pintar paling terkini mahupun siapa yang memiliki sehelai tudung yang berharga ratusan ringgit.
Aku kira tiada masalah kalau hendak membuat perbandingan. Melihat dari sudut positif, perbandingan atau ‘comparison’ adalah salah satu cara untuk memotivasikan diri untuk menjadi lebih baik, menguji diri mencapai lebih tinggi dari kedudukan asal. Tetapi jika perbandingan-perbandingan tersebut tidak bersifat reflective, malah menimbulkan perasaan hasad dengki dan angkuh, maka masyarakat kita sedang dilanda masalah yang cukup besar.
Jika aku disoal, apa yang akan aku lakukan jika dilabel sebagai graduan tidak berkualiti? Adakah aku perlu berhujah dan membentangkan setiap sebab mengapa aku tidak bersetuju? Adakah aku perlu lantang bersuara membela universiti dan rakan sepengajian? Persoalannya, if I were to do all of that, WOULD IT HELP?
Daripada meluangkan tenaga dan masa yang berharga untuk retaliate, cara yang aku kira paling berkesan adalah dengan MEMBUKTIKAN dengan diri aku sendiri kepada masyarakat bahawa aku tidak lah seperti yang dilabel. Pernah dengar pepatah, action speaks louder than words?
Manusia tidak seharusnya dilabel melalui pendidikan, tetapi melalui kebijaksanaan, sikap dan character masing-masing. Seorang graduan daripada universiti yang berprestij belum tentu boleh menjadi manusia yang bersikap toleransi dan menghormati pendapat orang lain. Manakala, graduan daripada universiti paling corot pula mampu menjadi yang paling bijak dan rendah diri di dalam dunia. Pendidikan seseorang itu tidak menjamin kebijaksanaan dan sikap yang terpuji. Kecenderungan terhadap ilmu mampu menjamin kebijaksanaan dan sikap kemanusiaan dalam diri seseorang mampu melahirkan character yang terpuji.
Definisi diri kalian tidak tertakluk kepada taraf dan kualiti pendidikan tetapi pada diri kalian sendiri.
Sebagaimana yang diketengahkan dalam filem Accepted, walaupun Bartleby tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di kolej jiran yang berprestij (Harmon Institute of Technology), dia telah menubuhkan sebuah kolej (South Harmon Institute of Technology, juga dikenali sebagai S.H.I.T). Perbezaan yang ketara mampu dilihat dari segi pemilihan pelajar di mana Harmon Institute of Technology lebih mengutamakan pelajar yang dilabel berkualiti dan mengikut ‘standard’ yang telah ditetapkan. Manakala, South Harmon pula menerima semua golongan pelajar dari berbagai latar belakang. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar ‘berkualiti’ dari Harmon Institute of Technology mempamerkan sikap yang negatif, membuli dan mendiskriminasikan golongan yang dianggap tidak mencapai ‘standard’ yang digubal oleh mereka sendiri.
2. PERANAN INSTITUISI PENDIDIKAN.
Berapa ramai di antara kalian yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang yang diminati? Atau adakah kalian hanya mengikuti arus atau ‘follow the flow’ yang telah sedia terbentang di hadapan mata? Adakah kalian menimba ilmu semata-mata untuk mempersiapkan diri menongkah alam pekerjaan di masa hadapan, membayar segala hutang dan komitmen? Adakah kalian mengaplikasikan kreativiti dalam sesi pembelajaran? Adakah sistem pendidikan pada zaman ini mengetengahkan cara ‘follow your heart’ atau ‘play it safe’?
Dalm filem Accepted, South Harmon Institute of Technology mengutarakan sistem pendidikan atau kurikulum yang bersifat bebas, di mana pelajar-pelajar bebas memilih jurusan yang diminati tanpa mengambil kira gred atau keputusan peperiksaan mereka. Oleh kerana kurikulum mereka fokus ke arah jurusan-jurusan dan skop yang diminati, setiap sesi pembelajaran dapat dilakukan dan dilalui dengan selesa dan kreatif sekaligus menambah kecenderungan pelajar untuk terus menuntut ilmu. Manakala, tradisi dan kurikulum di Harmon Institute pula memberikan tekanan yang besar bahkan melahirkan pelajar-pelajar yang ‘stress-freak’ dan ‘caffeine-addicts’.
Intitusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengembangkan kreativiti mereka dalam proses pembelajaran. Victor Pinchuk pernah berkata, ‘Seni, kebebasan dan kreativiti mampu mengubah masyarakat dalam kadar yang lebih cepat berbanding politik’.
Ilmu pengetahuan itu tidak seharusnya diguna pakai ketika menjawab soalan peperiksaan sahaja, tetapi sebagai satu elemen yang perlu ada di dalam diri setiap pelajar dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Persoalannya, adakah generasi muda masa kini mampu berfikir secara kreatif dan kritis jika kebebasan untuk menonjolkan kreativiti dirampas oleh sistem pendikan yang terlalu rigid?
3. BE THE CHANGE.
‘Everybody thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself.’-Leo Tolstoy.
Rejection hurts. Ianya adalah fitrah manusia untuk diingini, untuk diterima. To be accepted and to belong. Ianya juga adalah realiti kehidupan, bahawasanya, semua orang akan melalui rejection dalam hidup masing-masing, paling-paling tidak pun sekali seumur hidup kalau bernasib baik. Tidak kira lah di dalam perhubungan, dari segi permohonan kerja mahupun permohonan melanjutkan pelajaran. Aku juga pernah melalui proses rejection dalam hidup, malah lebih dari sekali.
Perkara paling penting yang kalian perlu tahu tentang rejection adalah bagaimana hendak melalui dan melepasi proses rejection tersebut. Adakah kalian memilih untuk menangis di bucu katil selama sebulan? Adakah kalian memilih untuk menyalahkan pihak lain dan menuding jari sambil merungut bagaikan tiada lagi harapan di dunia? Atau adakah kalian memilih untuk bangkit dari segala segi, mengubah diri dan membuktikan bahawa diri kalian yang hari ini lebih baik dari sebelumnya?
Pilihan di tangan kalian. Choose wisely.
Ingatlah, the world is full of endless possibilities. Segala kemungkinan, sekecil-kecil yang tidak tercapai dek akal, sedang menanti kalian di hujung hari. Take the big leap, keberanian dan semangat untuk teruskan perjuangan ada di dalam diri masing-masing, hanya perlu dicari. Daripada memfokuskan diri dengan pemikiran yang negative, adalah lebih baik untuk mengguna pakai segala peluang yang ada demi menjadi yang lebih positif. Daripada menunggu perubahan yang tidak mungkin tiba, mengapa tidak memilih untuk menjadi yang berubah? Be the change. Anda mampu mengubahnya.
Apabila permohonan Bartleby ke semua 7 kolej ditolak, dia tidak mengikut kata hati mahupun menuding jari di atas ‘rejection’ tersebut. Bahkan dia telah mencipta idea untuk menubuhkan kolej illegal yang di akhir hari, telah mewujudkan peluang yang besar untuk dirinya sendiri mahupun untuk pelajar-pelajar di South Harmon Institute of Technology.
Sebagai kesimpulan, filem Accepted mengetengahkan mesej penting tentang institusi pendidikan yang terlalu selektif dan menolak persepsi bahawa pendidikan adalah ukuran kebijaksanaan seseorang. Selain itu, Accepted juga mengajar tentang penerimaan terhadap diri sendiri. Terima lah kekurangan dan kelebihan diri kalian, walaupun tidak diterima oleh yang lain. Rejection does not define your self-worth and you are not the definition of those who have rejected you. Berhentilah membuat perbandingan yang tidak membina. Instead of comparisons, we need empowerments. Sebagai masyarakat majmuk, seharusnya kita menerima kekurangan, kelebihan dan perbezaan masing-masing.
Akhir kata, quoting Malique dalam lagu Mantera Beradu, ‘Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman.’ Renung-renungkan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih