Hubungan Rusia dengan Dunia Barat mendingin sejak krisis Crimea. Sejak hari itu, segala sangkaan dan harapan yang dua dunia ini akan berdamai habis meleset. Tiga presiden sudah berkuasa di White House.
Walaupun Donald J. Trump kelihatan agak mesra Rusia, hubungan dua hala tidak pulih pun sebenarnya. Ada saja tindakan Rusia dikecam Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Rusia; ada saja pendirian Amerika Syarikat yang tidak kena dengan Kremlin. Baru-baru ini, Amerika Syarikat dan Rusia bertelagah lagi.
Kali ini punca pergaduhan melibatkan satelit Cosmos 1408 yang dilancarkan pada 16 September 1982 sebagai pengganti Cosmos 1378. Jelas sekali satelit isyarat ini sudah ada di langit sejak zaman Kesatuan Soviet lagi.
Bagi yang tidak tahu, banyak satelit Soviet sudah tidak beroperasi… tetapi masih ada di langit. Perkara ini mendatangkan masalah pada Rusia, kerana satelit-satelit ini semakin turun ke Bumi (Wall, 2021).
Untuk menyelesaikan masalah (elak satelit jatuh ke kawasan bandar raya), Rusia menguji satu sistem perseηjαtααη baru yang bertujuan untuk tεmbαk satelit semasa berada di orbit.
Masalahnya, jalan penyelesaian ini membuka pintu ke masalah baru. Sebelum ini, satelit Cosmos 1408 terletak seketul elok. Selepas ditεmbαk, Cosmos 1408 terpecαh seribu yang berapungan di bahagian orbit dalam bentuk serpihan tajam. Dan ketika itu pula, Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) ada di situ.
Semua Lari Lintang Pukang
ISS adalah sebuah bangunan yang diperbut daripada keluli, Kevlar dan titanium bergred tinggi. Bahan binaan ini ringan tetapi tidak mudah bocor. Walau bagaimanapun, tiada pihak berani menguji ISS dengan ηyαωα tujuh orang angkasawan.
Empat anggota ini berasal daripada Amerika Syarikat, yakni dibawah pemantauan NASA yang juga bertanggungjawab membina ISS. Sekalipun negara lain memberi sumbangan kecil, nama NASA sentiasa terpahat sebagai pemilik utama.
Apabila NASA terlibat, maka Amerika Syarikat pun terlibat sekali. Dan naratif sekarang mudah – Rusia menyebabkan serpihan yang boleh musnahkan ISS.
Tujuh angkasawan dalam ISS bergegas mengenakan pakaian angkasa dan lari masuk dalam kapsul anak kapal (Gohd, 2021). Gelabah habis semua, dengan sistem ISS sedia melepaskan kapsul-kapsul ini andai kata terkena serpihan.
ISS pula mengelilingi Bumi sekali setiap 93 minit. Jadi setiap minit itulah mereka perlu berjaga-jaga. Dua kali mereka berlindung dalam kapsul, kerana ISS melintasi ruangan penuh dengan bαηgkαi satelit.
Krisis Geopolitik
Rusia pernah bersetuju dengan pihak antarabangsa untuk tidak sama sekali merencanakan sebarang peperαηgαη melalui alam angkasa. Tetapi persetujuan ini tidak mengharamkan sebarang operasi anti-satelit, sekalipun menggunakan bahan lεtυpan roket.
Lagipun sejak tahun 2014 lagi, Rusia sudah menguji sistem perseηjαtααη yang digunakan. Cuma inilah julung kalinya mereka menjatuhkan sebuah satelit.
Pihak Amerika Syarikat tidak bising bab penggunaan seηjαtα. Sebaliknya Jabatan Negara bengang kerana seηjαtα tersebut meninggalkan 100,000+ serpihan yang meηgαηcαm keselamatan ISS. Dan serpihan ini dijangka kekal dalam orbit selama bertahun (barangkali beberapa dekad).
Pada 16 November, serpihan berada dalam zon thermosphere (440 hingga 520 kilometer). Sehari kemudian, serpihan sudah merebak jauh sampai masuk bahagian exosphere (330 hingga 1,100 kilometer).
Bak kata pentadbir NASA, “tak sangka Rusia sanggup membαhαyαkan ηyαωα bukan saja angkasawan Amerika… tetapi ηyαωα angkasawan sendiri.” Tindakan ini katanya meηgαηcαm Stesen Angkasa China sekali.
RUJUKAN:
Gohd, C. (2021, November 15). Did Russia just launch an anti-satellite test that created a cloud of space junk? Space.
Wall, M. (2021, Oktober 21). Failed Russian spy satellite falls to Earth in brilliant fireball (video). Space.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih