800 tahun lalu, seorang individu muda dikebumikan di satu kawasan di pesisir tengah Peru. Individu-individu yang diamanahkan untuk memumiakannya membalut tubuh lelaki itu dengan kain, meletakkan tangan pada mukanya dan mengikat tangan dan kakinya dengan tali. Amalan pengebumian ini amat popular dalam kalangan penduduk yang menduduki wilayah pergunungan Andes.

Dan pada awal tahun ini, mumia ini dijumpai semasa kerja ekskavasi dijalankan di wilayah Lima, Peru. Bagi ahli arkeologi Pieter Van Dalen Luna dan Huamán Santillán, ia merupakan satu penemuan yang tidak dijangka tetapi hebat. Pasukan pengkaji berharap ia dapat memberi maklumat baru tentang komuniti yang menetap di kawasan berkenaan sebelum Empayar Inca mula dikenali sekitar 1400.

Mumia itu ditemui di dalam struktur bawah tanah yang ditemui di pinggir bandar Lima

Ini kerana tidak banyak diketahui tentang interaksi dan hubungan antara komuniti sebelum kedatangan Conquistador ke Dunia Baru. Jika ada sekalipun maklumat tentang ini, ia berkemungkinan dimu.sn.ahkan oleh pihak Sepanyol pada abad ke-16. Pada mereka, maklumat tentang kerajaan-kerajaan seperti Inca dan Aztec tidak sepenting kekayaan emas dan perak yang dimiliki kerajaan-kerajaan itu.

Walaupun jantina mumia masih belum dikenalpasti, Van Dalen Luna percaya mumia ini merupakan seorang lelaki berusia sekitar 25 hingga 30 tahun. Tetapi bagi mendapatkan maklumat usia dan kronologi hidupnya yang tepat, teknik pentarikhan karbon akan digunakan. Mumia ini dikebumikan dalam sebuah kubur berbentuk bujur di bawah dataran bandar Cajamarquilla.

Cajamarquilla yang terletak di luar had sempadan Lima merupakan kota yang didirikan daripada batu-bata lumpur. Huaman menyifatkan kota tersebut sebagai petempatan pra-Sepanyol terbesar yang masih kurang dikaji oleh komuniti arkeologi hari ini. Dengan status tersebut, ramai percaya Cajamarquilla pada satu ketika merupakan hab perdagangan yang sibuk di sepanjang pesisir pantai Lima.

Van Dalen Luna percaya mumia ini berkemungkinan seorang pedagang yang berpindah dari kawasan pergunungan Andes ke Cajamarquilla. Tambahnya lagi, lokasi kuburnya yang boleh diakses menerusi tujuh anak tangga menunjukkan dia seorang tokoh berpengaruh di kota berkenaan.

Gambaran dari dekat.

Huaman menambah, mereka turut menemui sisa moluska dan tu.la.ng sekitar kawasan luar makam. Ini menunjukkan penduduk terus membuat persembahan untuk mumia itu bertahun-tahun selepas dia tiada. Antara persembahan yang dibawa ialah daging llama, sayur-sayuran, makanan laut, seramik dan peralatan batu.

Semasa Empayar Inca berada di kemuncak, penduduk empayar kerap memumiakan figura golongan atasan mereka termasuk menjadikannya sebahagian daripada ritual upacara mereka. Ini diharap dapat memanjangkan lagi pengaruh mereka walaupun selepas ma.ti. Apabila Conquistador tiba di Amerika Latin pada pertengahan abad ke-16, orang Inca menolak pengaruh mereka dengan menyembunyikan mumia mereka dan mengebumikannya secara rahsia.

RUJUKAN

Aquino, M. (2021, 27 November). Archaeologists find 800-year old mummy in Peru. Reuters.

McGreevy, N. (2021, 30 November). Archaeologists Unearth 800-Year-Old Mummy in Peru. Smithsonian Magazine.

Sumber gambar: Universidad Nacional Mayor de San Marcos


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.