Kalau korang selalu tengok drama atau filem Korea, mesti korang perasan pasal ni. Budaya salam dan sapa mereka tak secara berjabat tangan, sebaliknya menunduk antara satu sama lain. Perasan tak?

 

Seawal era Tiga Kerajaan (57 SM hingga 669 M), orang Korea gunakan lebih daripada 100 isyarat untuk memberi salam, masing-masing sesuai mengikut situasi tertentu berkenaan dengan jantina, lokasi, tahap penghormatan dan ketinggian darjat seseorang. Tetapi isyarat paling mudah untuk menunjukkan tanda hormat kepada seseorang ialah dengan menunduk.

 

Pada masa kini, budaya tunduk di Korea merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian. Dan kadangkala tak lebih sebagai isyarat kecil untuk terima kasih atau meminta maaf.

 

Tunduk kepala ni pula ada beza pada setiap sudutnya.

 

Untuk buat tundukkan yang sopan, tundukkan bahagian atas badan kira-kira 15 darjah sebagai tanda hormat. Tunduk seperti ni biasanya semasa bertanya khabar kepada orang tua.

 

Tak perlu untuk menundukkan kepala sekiranya bertemu sahabat atau kawan rapat. Tunduk kepala ni biasanya digunakan dalam situasi yang formal terutamanya dalam menghormati usia dan pangkat seseorang.

 

Apabila pertama kali bertemu seseorang secara rasmi, korang kena tunduk lagi dalam sehingga kira-kira 30 darjah. Tetapi kadangkala tunduk yang berlebihan boleh menyebabkan orang lain rasa tak selesa.

 

Kerap tunduk ialah salah satu budaya yang paling lazim dan penting buat orang Korea. Jadinya, bila seseorang tunduk kepada korang, korang kenalah tunduk semula sebagai tanda hormat.

 

Bak kata pepatah Melayu kita, ikut resmi padi makin tunduk makin berisi.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Takkanlah tunduk je budaya Korea kan? Banyak lagi budaya Korea yang tak muat nak letak di trivia pendek ni seperti mitos Goblin Dokkaebi dan Gumiho yang terkenal dalam K-Drama! Tahu lebih lanjut berkenaan budaya Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA!

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply