Tahun 1540, bermulalah era pusat pentadbiran Johor di Johor Lama apabila Sultan Alauddin Riayat Syah II pilih tempat ni dan bina kubu di Tanjung Batu dengan nama “Kota Batu”.
Portugis pernah serang Kota Batu pada tahun 1576 dan 1578 atas sebab Johor ketika pemerintahan Sultan Ali Jalla menjalinkan hubungan baik dengan Jawa dan Acheh.
Portugis tak senang duduk kerana kedudukannya di Melaka dan juga monopoli perdagangan terancam. Banyak kapal-kapal Portugis diserang di perairan oleh orang Melayu.
Namun Portugis mulakan serangan terbesar mereka ke atas Kota Batu pada tahun 1587. Tindakan Sultan Ali Jalla menyerang Melaka menyebabkan Portugis serang balas. Serangan kali ni adalah gabungan antara 2 angkatan besar Portugis iaitu Angkatan Kapal Simao De Abreu dan Angkatan Kapal Antonio de Noranha.
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil titahkan sebahagian tenteranya menghilir Sungai Johor dari Kota Batu Johor Lama untuk menentang Portugis.
Pertempuran hebat berlaku dan pasukan Johor terpaksa berundur kerana Portugis banyak menggunakan Meriam dan bedil yang besar. Akhirnya, Portugis berjaya sampai ke Johor Lama pada 21 Julai 1587.
Pada hari yang sama, bermulalah pertempuran dasyat di kota ni. Portugis mula tembak sekitar Johor Lama dan Kota Batu. Tahanan-tahanan Portugis berjaya larikan diri dan tentera Portugis berjaya mendarat dan rampas sebahagian harta-harta kerajaan Johor.
Portugis akan teruskan pendaratan mereka di Johor Lama apabila kapal Paulo de Lima dari Goa sampai.
Pada 10 Ogos 1587, pasukan bantuan Portugis dari Goa tiba yang diketuai Paulo de Lima Pareira dan lancarkan serangan bertubi-tubi pada 15 Ogos 1587.
Akhirnya, pasukan Portugis menawan Kota Batu dipimpin Matheus Pareira. Portugis gunakan meriam di kota itu untuk bedil pasukan Johor yang melarikan diri dari kota. Hampir seluruh Bandar Johor Lama dibakar termasuk rumah-rumah, gudang-gudang serta Kubu Budak.
Sultan Ali Jalla dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke hulu sungai dan membina penempatan baru di Batu Sawar.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sultan Ali Jalla asalnya seorang sultan Kelantan di bawah Kerajaan Pattani Besar sebelum menjadi Sultan Johor Ke-4. Selam sama-sama sejarah sepanjang wujudnya Kesultanan Johor bersama TASJIL ANIS SALATIN 2: RAHSIA AGUNG JOHOR!
https://bit.ly/TASII
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih