Bila kita menyebut dan berbahas tentang operasi Riddah dan Nabi Palsu, sebuah nama tidak akan lari daripada perbahasan ini iaitu Tulaihah Al-Asadi. Tulaihah Al-Asadi merupakan seorang dukun/ bomoh dari Bani Assad yang mendakwa dirinya telah mendapat Wahyu dari Allah untuk menggantikan Nabi Muhammad SAW.

 

Pengaruhnya ini mulai meningkat bahkan mampu mengancam keamanan Umat Islam di Kota Madinah. Khalifah Abu Bakar telah menanggapi perkara ini sebagai suatu masalah yang harus diselesaikan dengan segera. Jika tidak, puak ini akan mulai menghapuskan dan mengancam umat Islam yang lain.

 

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah mengirim Khalid Al-Walid untuk menumpaskan gerakan ini daripada menular dan mengancam umat Islam. Kedua dua pasukan ini bertemu di Buzakha (kini terletak dalam Arab Saudi). Uyaiyah Ibn Hisn, panglima Tulaihah Al-Asadi telah bertempur bermati matian demi mempertahankan kepercayaannya kepada Tulaihah Al-Asadi.

 

Namun, sebaliknya Tulaihah Al-Asadi merasakan dirinya akan tewas maka dia memilih untuk berundur daripada medan pertempuran. Tinggallah pasukan Tulaihah yang sedang terkapai kapai dihenyak pasukan Muslimin.

 

Pengunduran Tulaihah Al-Asadi ini tidak lama, akhirnya Tulaihah Al-Asadi kemudiannya pergi ke Madinah untuk menyatakan Taubatnya di hadapan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan membaiah Khalifah Abu Bakar sebagai Khalifah dan mulai mematuhi segala perintah Allah SWT.

 

Bergulir Khalifah, kepimpinan bertukar kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Umar Al-Khattab telah menjawat sebagai Khalifah. Semboyan perang juga berbunyi. Kali ini Umat Islam dalam ekspedisi untuk menakluk Parsi.

 

Pasukan Islam yang dipimpin oleh Sayyidina Saad Ibn Abi Waqqas mulai mara ke arah Parsi. Usai jatunya Istana Madain, Saad Ibn Abi Waqqas menyambung ekspedisinya untuk menghapuskan Kerajaan Parsi.

Saki baki pasukan Parsi ini kemudiannya membentuk pasukan dan menghadang kemaraan pasukan Islam di pertempuran Nahawand (Kini di dalam Parsi). Pasukan Islam kemudiannya menyerbu pasukan Parsi di Kubu di Nahawand ini. Tulaihah Al-Asadi turut serta dalam pertempuran ini.

 

Beliau menunjukkan keikhlasannya dalam bertaubat dan akhirnya beliau telah syahid dalam pertempuran ini setelah diasak oleh pasukan Parsi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply