Anda pernah tak baca kisah tragedi kapal yang tenggelam akibat kemalangan di laut? Seperti Titanic, Van Der Wijck dan Lusitania. Tapi, ini kali ini saya bawakan sebuah tragedi ke atas kapal utusan persahabatan Uthmaniyyah ke Jepun. Kapal tersebut ialah Frigate Ertugrul.
Kapal Frigate Ertugrul ini merupakan sebuah kapal perang yang moden berkuasa enjin stim dan dilengkapi dengan kemudahan eletrik. Kapal ini diterima semasa era pemerintahan Sultan Abdul Aziz (1861 – 1871) dan digunakan untuk beberapa kali pelayaran di Eropah.
Pada tahun 1878, pada era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, Uthmaniyyah menerima kunjungan diplomat dari Jepun untuk tujuan diplomatik antara dua negara. Turut bersama dalam utusan diplomasi ini ialah Putera Komatsu Akihito. Beliau telah menganugerahi anugerah Order of the Chrysanthemum kepada Kerajaan Uthmaniyyah. Sebagai balasan, Sultan Abdul Hamid II berjanji akan menghantar utusan kunjungan balas Uthmaniyyah ke Jepun.
Pada tahun 1889, Wazir Kamil Pasha telah mengeluarkan arahan kepada Hasan Husnu Pasha untuk memulakan pelayaran ekspedisi ke Jepun. Hasan Husnu Pasha mencadangkan agar Frigate Ertugrul digunakan bagi misi ini. Kapten Ali Osman Pasha telah ditugaskan untuk mengetuai misi ini ke Jepun.
Turut bersamanya Medal of High Honor daripada Empayar Uthmaniyyah buat kerajaan Jepun. Pada 14 Julai 1889, kapal ini mula berlayar dari Istanbul. Laluannya mudah, melalui Pelabuhan Said, Mesir kemudian Terusan Suez, Jeddah, Aden, Calcutta, Selat Melaka (Singapura), Saigon, Hongkong dan kemudiannya melanjutkan perjalanan sehingga ke Shanghai dan berakhir di Yokohama.
Pada tahun 1890, Frigate Ertugrul ini mula bersiap untuk berlayar pulang ke Turki. Dalam perjalananya pulang di sinilah bermulanya tragedi tersebut. Keadaan laut secara tiba tiba menjadi ganas, kapal ini kemudiannya terlanggar dengan terumbu laut di Kii Oshama dan akhirnya kapal ini terhempas di lautan. Seramai 607 orang yang berlayar dalam pelayaran ini, hanya 69 orang sahaja yang terselamat dalam tragedi ini.
Pihak Jepun kemudiannya mengevakuasi mangsa kapal Frigate Ertugrul ini dengan kapal mereka ke Istanbul semula. Pada tahun 1929, Emperor Hirohito membina tugu memorial kepada mangsa kapal Frigate Ertugrul di Kushimota, Wakayama. Peristiwa ini kemudiannya dikenang semula oleh Presiden Turki, Abdullah Gul pada 2008 ke Turki dan mengimbau perhubungan lampau Turki – Jepun dalam memorial 125 Tahun antara kedua negara tersebut.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih