9.32 pagi. Pangkalan TLDM, Lumut. Dalam kemeriahan persediaan sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, tiba-tiba berlaku satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM telah berlepas dari Padang Sitiawan untuk melakukan latihan lintas hormat dalam raptai untuk sambutan yang akan diadakan pada 27 April hingga 5 Mei nanti.

Namun, ia tidak berjalan seperti yang dirancang. Kedua-dua helikopter ini dilaporkan bertembung sewaktu cuba melakukan formasi penerbangan lintas hormat yang telah dirancang di ruang udara. Akibat pertembungan ini, kedua-duanya hilang kawalan sebelum terhempas. Helikopter HOM dikatakan telah terhempas di bahagian tangga Stadium TLDM, dan pesawat Fennec pula ditemui terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM, Lumut.

Berdasarkan laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia yang bergegas di tempat kejadian, seramai 7 orang kru berada dalam pesawat HOM, manakala 3 orang kru berada dalam pesawat Fennec. Apa yang menyayat hati, kesemua 10 orang mangsa ini dilaporkan telah terbunuh dalam kejadian malang ini. Mangsa yang terlibat membabitkan 7 orang pegawai lelaki dan 3 orang pegawai wanita.

Meskipun telah tiga kali menjalani raptai formasi berkenaan, namun siapalah kita yang mampu menghalang takdir yang berlaku. Berikutan kejadian ini, pihak TLDM sendiri telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat secara terperinci punca bagi kejadian yang berlaku ini. Dalam hal ini, apa yang perlu kita lakukan adalah tidak mengganggu proses siasatan yang dilakukan dengan penyebaran video mangsa demi menjaga sensitiviti dan menghormati keluarga mangsa.

Banyak pihak telah menzahirkan ucapan takziah buat seluruh mangsa yang terlibat termasuklah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, pihak Menteri Pertahanan sendiri sangat berdukacita atas kejadian yang berlaku beberapa hari sebelum berlangsungnya sambutan berkenaan.

Kesemua 10 orang anggota yang terkorban ini terdiri daripada para pegawai yang berjawatan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Ada yang berjawatan Komander, Leftenan Komander, Leftenan, Pegawai Waran, Bintara Muda dan Laskar. Dan, kesemuanya adalah wira negara yang harus kita sama-sama rasai kehilangan mereka. Marilah kita ambil masa sejenak untuk berdukacita dan sama-sama mendoakan kesejahteraan roh mereka yang telah terkorban.

Al-Fatihah dalam salam takziah buat kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden ini. Hanya doa yang mampu kami kirimkan buat kesemua perwira negara!

 

Oleh: Farahi Kamaruddin

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply