Semua pasti sudah biasa dengar tentang sambutan Halloween, iaitu perayaan untuk memperingati para saint dan martyr di sisi agama Kristian.
Mereka menyambut dengan cara tersendiri. Tetapi budaya bangsa Ireland hari ini sudah menguasai sambutan Halloween. Setiap 31 Oktober, semua akan membuat ukiran pada labu. Ini kiranya adalah pengaruh budaya Ireland. Mereka akan membuang kandungan labu yang diisi sebatang lilin.
Boleh bayang setiap tahun, 454 juta kilogram labu dibazirkan begitu saja menurut dapatan Waste Dive. Pihak We Forum pula memetik daripada Jabatan Tenaga Amerika Syarikat: “semua labu di tempat pelupusan sampah akan mengeluarkan gas methane.”
Jadi banyak pihak sekarang sedang menggerakkan pencegahan, seperti 1) guna kandungan labu sebagai baja, 2) hentikan budaya baling labu dan 3) derma saki baki untuk kegunaan haiwan liar dan zoo (Poon & CityLab, 2019).
Asal-Usul Budaya Labu
Pengaruh budaya apabila disambut besar-besaran boleh menyebabkan pembaziran besar. Selain daripada Halloween, Bazar Ramadan pun sama. Bukan salah anjuran. Salah individu yang menyertai. Kalau tengok dalam budaya Ireland terdahulu, memang libatkan labu… yang dilμpμskan dengan cara betul. Tetapi sebelum datangnya labu, orang Ireland (atau lebih tepat, bangsa Celtic) menggunakan lobak putih.
Bangsa Celtic sentiasa menunggu sambutan Samhain (tarikh sama dengan Halloween). Tenggelam saja Matahari pada malam Samhain, mereka percaya roh nenek moyang akan datang.
Untuk menghalau roh jahat, mereka ukir muka bengis pada lobak putih dan ubi (sangka muka bengis akan takutkan roh jahat). Ada sebab kenapa roh ini dianggap jahat.
Mereka terdiri daripada mμsμh-mμsμh silam yang mαti di jalan perαηg. Jadi Samhain adalah jendela untuk mereka buat hal.
Orang kaya akan guna tanglung berukir muka yang diperbuat daripada besi. Tetapi golongan miskin hanya mampu mengukir sayur sajalah.
Semakin lama, seni ini ditokok tambah. Dulu ukir luar; kemudian buang bahagian dalam untuk masukkan sumber cahaya (Bachelor, 2020). Berabad-abad, sayur-sayuran sebegini memang digunakan puak Celtic.
Hantu perlu dihalau setiap tahun, supaya dapat bergembira dengan sanak saudara yang sudah pergi. Dengan arus kemajuan, bangsa Ireland pun semakin celik tentang asal-usul budaya. Ramai menolak kewujudan hantu dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Dan di sini, mereka sangat suka pada kelembutan labu. Lagi senang ukir, berbanding lobak putih.
Bila orang sudah tidak percaya hantu, masakan mereka akan patuh pada pαηtαηg larang nenek moyang (Gutoskey, 2021). Maka secara berperingkat, labu mengambil alih dan menjadi popular. Tidak patuh sekalipun, tradisi tetap disambung.
Orang ramai tetap mengukir sayur (yang kemudian dimasak) dan mengenakan pakaian khas. Kena tengok musim juga.
Selalunya 31 Oktober memang kena dengan musim menuai. Lambakan ini barangkali mempengaruhi mentaliti orang ramai untuk sekadar bazir sesuka hati. Tambah pula Amerika Syarikat bangkit menguasai dunia, sekali gus menghamburkan budaya Ireland ini ke serata tempat.
Oleh yang demikian, kena ada pembaharuan pada budaya. Zaman dulu malam memang bergelap habis. Nampak pokok bergerak pelik sikit; semua melompat kata “Nenek Siobhan dah kembali!” Padahal pokok bergerak sebab ada sepasang beruk datang musim.
Tetapi zaman sekarang, dengan ada elektrik bagai, semua boleh nampak free show di atas pokok. Elektrik telah menghidupkan kawasan yang sebelum ini gelap gelita. Maka budaya harus dibudayakan semula… supaya lebih mesra alam dan alam lebih mesra.
RUJUKAN:
Bachelor, B. (2020, Oktober 28). The twisted transatlantic tale of American jack-o’-lanterns. National Geographic.
Gutoskey, E. (2021, Oktober 26). Before we carved pumpkins for Halloween, people carved turnips. Mental Floss.
Poon, L., & CityLab. (2019, November 10). What to do with that rotting pumpkin (ditapiskan). The Atlantic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih