Bagi peminat francais The Conjuring yang dikendali James Wan, pasti masak dengan kisah patung Annabelle. Dari Annabelle (2014) hingga Annabelle Comes Home (2019), patung ini sentiasa mengundang kece.la.kaan kepada pemiliknya sehinggalah ia disimpan dan dijadikan bahan pameran Muzium Ilmu Ghaib milik Ed dan Lorraine Warren di Monroe, Montana. Tetapi versi sebenar Annabelle sebenarnya jauh lebih menakutkan.

Mengikut keterangan pasangan Warren, patung Annabelle merupakan patung yang dimiliki oleh seorang pelajar kejururawatan. Pada suatu hari, wanita itu merasa terganggu dengan gangguan paranormal sekitar rumah yang didiami. Lantas, dia mengambil keputusan untuk berjumpa seorang pakar psikik untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila pakar itu memeriksa patung berkenaan, dia memberitahu patung ini dihuni oleh roh seorang budak perempuan bernama Annabelle. Tetapi selepas diperiksa buat kali kedua oleh pasangan Warren, ia sebenarnya dirasuk oleh semangat jahat.

Sejak itu, patung Annabelle disimpan dalam kotak khas di muzium dengan papan tanda tidak boleh diusik diletakkan di hadapannya dan terdapat roh jahat di dalamnya. Begitupun, proses membawa dan menyimpan Annabelle bukan sesuatu yang mudah. Malah, mengikut satu laporan Newsweek, Lorraine memberitahu patung tersebut merosakkan brek mereka semasa perjalanan dengan tujuan membu.n.uh mereka dalam kema.la.ngan.

Rajah 1: Pasangan Warren dengan patung Annabelle.

Begitupun, itu tidak menghalang sesetengah pengunjung yang tidak bertanggungjawab daripada menyentuh dan mengejek anak patung tersebut. Dalam sesetengah kes, ada yang hilang nyawa kerana permainan nakal mereka itu.

Contohnya, kisah seorang penunggang motosikal yang ma.ti dalam satu kema.la.ngan jalan raya. Sebelum itu, dia telah datang ke muzium sebelum sengaja menyentuh kotak pameran Annabelle dengan niat memperolokkan patung tersebut. Selepas dihalau keluar dari muzium dengan diiringi oleh kurator, dia kemudiannya ma.ti dalam satu kema.la.ngan jalan raya.

Bagi menantu pasangan Warren dan penyiasat paranormal John Spera, apa yang berlaku ke atas pengunjung itu sememangnya menyedihkan. Tetapi pada masa sama, ia menunjukkan perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh.

Spera yang kini berperanan sebagai pemilik muzium turut menafikan khabar angin Annabelle telah berjaya melepaskan diri dari muzium. Khabar angin ini timbul susulan kesilapan seorang pemilik YouTube China, Hi Tech semasa menterjemah temubual dengan pelakon filem Annabelle, Annabelle Wallis.

Dalam temubual tersebut, pelakon The Mummy itu menceritakan pengalamannya beraksi bersama Tom Cruise di set penggambaran. Tetapi kesilapan terjemahan Hi Tech mengakibatkan terjemahan tersebut berbunyi Annabelle terlepas. Akibatnya, ia mencetuskan keributan di laman media sosial.

Bagi meredakan ketakutan orang ramai, Spera memuatnaik videonya di muzium bersama bahan-bahan pameran lain termasuk Annabelle. Dalam video tersebut, dia turut mengingatkan sekiranya patung itu hilang, dia pasti akan mengetahuinya dengan pantas.

Ini kerana muzium tersebut dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih. Selain itu, sekiranya berlaku insiden pecah masuk, ia pasti diketahui oleh pihak berkuasa. Spera kemudiannya mengingatkan jika Annabelle dapat keluar sekalipun, tiada siapa yang mahu bermain dengannya kerana sejarah patung itu yang berda.ra.h.

RUJUKAN

King, C. (2020, 15 Ogos). ‘I’d be concerned if Annabelle really did leave’: Museum owner puts DITAPIS doll escape rumors to rest. KSAT.

Fahey, R. (2021, 29 Oktober). DITAPIS true story of Annabelle doll ‘DITAPIS by DITAPIS’ that ‘DITAPIS man’ and ‘escaped’. Daily Mirror.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.