Tahukah anda, semasa Darurat Tanah Melayu pada 1948-1960 dan era Konfrantasi Malaysia melawan Republik Indonesia, pasukan keselamatan Komanwel dan pasukan keselamatan Malaya bertempur dengan pengganas k0munis melibatkan siri-siri peperangan gerila dengan pengganas Partai K0munis Malaya (PKM) di hutan belantara Tanah Melayu dan di era Konfrantasi pula berdepan pasukan-pasukan khas Indonesia dan militian k0munis Pasokan Rakyat Kalimantan Utara / Pasokan Gerilya Rakyat Sarawak (PARAKU-PGRS) di hutan belantara perbatasan Sarawak/Sabah hingga ke Kalimantan.

ERA DARURAT (1948-1960)

Foto: Anggota keselamatan Komanwel dan askar Melayu yang keluar dari hutan mengangkut m4yat pengganas K0munis yang tewas.

Acapkali menimbulkan masalah bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali m4yat pengganas PKM dari hutan selepas operasi ketenteraan untuk diletakkan di depan balai-balai polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan Special Branch untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan perang saraf. Mengangkut m4yat-m4yat pengganas PKM dari hutan ke pekan mengambil masa berhari-hari dan amat memualkan apabila m4yat telah mula membusuk.

Dengan keterlibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk mem3nggal kepala m4yat-m4yat pengganas PKM untuk dibawa pulang ke pangkalan dari mengangkut keseluruhan tubuh m4yat bagi memudahkan pengangkutan dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan.

Aktiviti “ngayau” ini yang dilakukan oleh tentera Komanwel dan Sarawak Rangers adalah “rahsia terbuka” (open secret) dikalangan anggota keselamatan Malaya, dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas K0munis PKM. Pada April 1952, akhirnya “rahsia terbuka” itu diketahui ramai dikalangan rakyat awam Britain di United Kingdom dan Colonial Office pada masa itu terpaksa menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas PKM tersebar luas.

Foto: Seorang pegawai Royal Marine bergambar dengan dua kepala pengganas K0munis yang dip3nggal.

Amat menarik sekali, peranan Sarawak Rangers yang berbangsa Dayak Laut aka Iban dalam aktiviti “ngayau” di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan,” Dyaks should be used not only for tracking “but in their traditional role as head-hunters” (Kaum Dayak bukan sahaja harus digunakan sebagai penjejak malah sebagai tradisi mereka sebagai pem3nggal kepala) sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Office. Colonial Office turut mencatat rekod, “‘Templer “thinks it is essential that the practice (decapitation) should continue”, although this would only be necessary “in very rare cases” (Templer memikirkan ia amat penting amalan ini (ngayau) patut diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan dalam kes-kes terpencil).

Ini kerana Sir Gerald Templer amat keras memusuhi PKM dan ideologi K0munis-Maoist dibawa PKM tidak sesuai dengan jalan-jalan perundingan diplomasi oleh parti-parti politik Malaya menuju kemerdekaan Tanah Melayu. Templer beranggapan menghapuskan ancaman K0munis dengan apa acara sekali pun, “The hard core of armed communists in this country are fanatics and must be, and will be, exterminated” (Pengganas k0munis bersenjata yang tegar di negeri ini (Malaya) adalah fanatik dan mesti, dan akan, dibinasakan).

Akibat kegemparan isu “ngayau” ini, Colonial Office mencadangkan, “it would be well to delay any public statement on this matter for some months” (sebaik-baiknya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa bulan). Namun begitu akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan, “that the Dyaks “would be superb fighters in the Malayan jungle, and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use” (kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak mengerti apa-apa menentang penggunaan mereka ini).

Colonial Office sempat memberi amaran mengenai isu ini, “in addition to decapitation, “other practices may have grown up, particularly in units which employ Dyaks, which would provide ugly photographs” (sebagai tambahan kepada pem3nggalan (ngayau), amalan lain berkemungkinan turut diamalkan, terutamanya dalam unit-unit tempur yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada foto-foto gambar yang mengerikan).


Foto: M4yat pengganas K0munis yang tewas di tangan Polis Malaya dalam satu serbuan.

Dari sudut budaya, ia memenuhi norma adat “ngayau” dan citarasa bangsa Iban dan Dayak. Ingin diingatkan, kepala para pengganas k0munis yang dip3nggal / di-ngayau oleh anggota Iban Sarawak Rangers yang dikerah British ke Tanah Melayu untuk membantu Askar Melayu memerangi PKM era Darurat juga berperanan sebagai psy-ops juga (perang saraf) masa era Darurat kerana bila pengganas PKM mengutip kembali m4yat komrad mereka yang dip3nggal itu seolah-olah mengingatkan kembali era penjajahan Jepun dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dip3nggal. Pastinya anggota tentera berbangsa Iban ketika itu gembira mendapat “lesen sementara” dari British untuk “mengayau” kepala musuh setelah sekian lama adat tradisi “ngayau” diharamkan oleh Dinasti Di-Rajah Puteh Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun lamanya.

Mengikut fakta sejarah, adat ngayau yang diharamkan oleh pemerintah Di-Rajah Puteh Brooke pernah “dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British” oleh gerila-gerila Iban dan Dayak lainnya yang dilatih oleh komando-komando Australia dan pasukan khas Special Force Z Tentera Berikat ke atas tentera Jepun semasa penjajahan Jepun ke atas Sarawak pada Perang Dunia Kedua (1941-1945). Gerila-gerila Dayak dari pelbagai etnik di Sarawak dilatih oleh sakibaki elemen tempur Sarawak Rangers dan Special Force Z di Divisyen Kapit memberi kesan ketara dalam kempen hutan menentang tentera Jepun. Kejayaan gerila-gerila Dayak berjaya menawan atau membvnuh lebih 1500 orang Tentera ImperiaI Jepun dari 1943-1945 dan ini antara menjadi faktor utama British “mengizinkan” ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu kepada Sarawak Rangers.

Pahlawan Sarawak Rangers yang bertugas di Malaya dikenali sebagai “Bujang Malaya” oleh sanak saudara mereka di Sarawak, dan mereka mendapat pujian dan pengiktirafan Sir Gerald Templer sebagai “World’s Best Team” dalam operasi COIN (Counter Insurgency).  Sarawak Rangers turut diiktiraf sebagai ‘’British Army-1st Elite Force South East Asia” pada tahun 1953 semasa Darurat berlangsung.

ERA KONFRANTASI (1963-1965)

Indonesia di bawah rejim Soekarno menentang penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dan mengisytiharkan kempen ketenteraan “Ganyang Malaysia” yang berlanjutan sehingga tahun 1965. Di bawah pengaruh PKI (Partai K0munis Indonesia) yang kuat dalam ABRI (Angkatan Bersenjata Republik Indonesia, kini dikenali TNI – Tentera Nasional Indonesia), pasukan khas ABRI iaitu dari Resimen Para Komando Angkatan Darat  (RPKAD) melatih dan mempersenjatai gerila militan PARAKU-PGRS (Pasokan Rakyat Kalimantan Utara / Pasokan Gerilya Rakyat Sarawak). Pasukan Khusus ABRI seperti KKO (Kor Komando Operasi) dan pengganas PARAKU-PGRS  menyusup perbatasan Sabah Sarawak melakukan serangan gerila seperti perang Long Jawai dan misi-misi serangan lain.

Foto: Ops Claret di Borneo 1963-1966

Pasukan Iban Trackers dan Sarawak Rangers berserta Pasukan Khusus Komanwel melawan balas menerusi Ops Claret dimana aktiviti penyusupan tempur jauh ke dalam kawasan Kalimantan. Difahamkan ada kalangan pasukan Sarawak Rangers mengambil kesempatan mengayau kepala komando Indonesia dan pengganas k0munis PARAKU-PGRS yang terkorban sepanjang Ops CLARET yang dipelopori pasukan keselamatan Malaysia dan Komanwel di Kalimantan.

Soekarno dulu megah dengan ucapan berapi-api beliau untuk mengganyang Malaysia, “Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu itu juga biasa. Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar! Kerahkan pasukan ke Kalimantan, kita ajar cecunguk Malayan itu! Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu. Doakan aku, aku bakal berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang enggan diinjak-injak harga dirinja.”

Apabila berita pasukan khas KKO tumpas di perbatasan Borneo dan kepala mereka ditebas di-ngayau Iban Trackers & Sarawak Rangers, Presiden Soeharto hanya mampu berkata, “Military Iban came uninvited, now go all my Army lost their lives – lot of divorced body and head. They were so fast that the human eyes cannot see.” (Tentera Iban datang tak diundang, sekarang habis tentara ku semua dihabisi – ramai tercerai tubuh dan kepala. Mereka sungguh pantas tiada mata manusia mampu melihatnya.)

AGI IDU AGI NGELABAN!

Notakaki: Artikel ini telah dikemaskini dari artikel lama saya pada 2016 di laman forum CARI dan CARIGOLD.

RUJUKAN:

1) Buku “Dayak, Iban Sarawak” oleh Harry Usup Umbar
2) Buku “Web Of Deceit: Britain’s Real Foreign Policy: Britain’s Real Role in the World” oleh Mark Curtis
3) Claret operations: The ANZAC Portal:
https://anzacportal.dva.gov.au/history/conflicts/australian-involvement-south-east-asian-conflicts/indonesian-confrontation-1

Artikel ini dikirimkan oleh Reza Shah untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Reza Shah telah berumur 40-series, seorang "self-declared" mecha-anime-gunjin Otaku-tua-kutuk-tak-sedar-diri. Juga peminat sejarah amatur serta sosio-geopolitik global, penulis di zaman mudanya adalah tersohor sebagai "keyboard warrior" dalam membela agama, bangsa & negara di laman mIRC, Internet Mailing List (IML) dan forum-forum, di Internet. Kini dia bersara dari dunia menghempas keyboard, dan lebih suka mengarang "fan-fiction" berbentuk fiksyen sejarah untuk Macross / Robotech. Oh, penulis telah berkhidmat 20 tahun dalam bidang pengajian tinggi dari sebuah Pusat Matrikulasi di Sarawak dan sudah sedekad bertugas di sebuah Universiti GLC di Semenanjung. Banzaiiiii!

Comments are closed.