Kalau zaman sekarang orang cari duit haram dengan scam, zaman dulu orang bela toyol. Goyang kaki je, makhluk halus tu akan carikan duit untuk tuannya.

Toyol adalah sejenis belaan yang digunakan untuk mencuri duit. Ia didapatkan oleh bomoh dengan cara memuja janin yang sudah mati dengan ilmu hitam. Siapa yang nak bela toyol, beli je dari tok bomoh dengan bayaran lumayan.

Orang dulu-dulu, kalau barang kemas atau duit asyik hilang kat rumah akan salahkan toyol. Apa cara nak elak masalah ni? Letakkan jarum kat duit kita sebab toyol takut tercucuk jarum.

Bukan orang Melayu je tahu pasal toyol. Masyarakat Cina memanggilnya guǐ zai, sementara etnik Hokkien memanggilnya kwee kia. Kedua-duanya bermaksud hantu budak.

Dengan rupa seperti budak kecil yang berwarna hijau, penampakan toyol memasuki rumah pernah kecoh dan memenuhi dada akhbar sebelum ini. Penduduk kampung mengaku nampak toyol masuk rumah diorang. Duit dan barangan berharga pun lesap.

Orang dulu-dulu percaya, toyol akan leka kalau dekat lantai ada tabur manik atau kacang hijau. Ia akan ralit main sampai terlupa perintah tuannya untuk mencuri. Toyol juga kononnya takut dengan bawang putih. Kalau duit letak atas cermin pun, toyol tak berani nak dekat pasal terkejut tengok rupanya sendiri yang hodoh.

Korang yang baca ni, ada ke pengalaman nampak toyol?

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Toyol ini boleh dikira makhluk halus yang legend. Korang ada pengalaman tak terserempak dengan makhluk ghaib. Rasai pengalamannya dalam Mahakarya – Sate Untuk Jembalang. Klik https://bit.ly/SateUntukJembalang


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply