Tlatoani merupakan individu yang menduduki puncak hierarki dalam sesebuah altepetl (negara-kota) Aztec. Dalam bahasa Nahuatl, tlatoani bermaksud ‘dia yang bercakap’. Walaupun tlatoani mempunyai beberapa hak keistimewaan berbanding individu-individu lain, beliau juga memikul tanggungjawab untuk memerintah rakyat dan mewakili suara mereka.

Walaupun setiap negara-kota Aztec mempunyai tlatoani masing-masing, sejak penubuhan Empayar Aztec pada tahun 1430 M lagi raja-raja Tenochtitlan menyandang gelaran ‘Huey Tlatoani’ yang bermaksud ‘Tlatoani Agung’ sekaligus menjawat kedudukan sebagai pemerintah tertinggi dalam empayar.

Acamapichtli, tlatoani Tenochtitlan yang pertama, sebagaimana yang digambarkan dalam Kodeks Tovar

PROSES PELANTIKAN TLATOANI

Jawatan tlatoani bersifat warisan, memandangkan ia dikekalkan dalam jalur-jalur keluarga tertentu dalam setiap negara-kota Aztec. Hal ini penting kerana masyarakat Aztec mempercayai bahawa seseorang tlatoani itu dikurniakan mandat untuk memerintah hanya kerana beliau mempunyai darah yang layak.

Bagaimanapun, kedudukan ini tidaklah diwariskan secara langsung dari bapa kepada putera. Akan tetapi, ia dipilih oleh sebuah lembaga penasihat kota dan sejurus selepas calonnya dilantik, beliau dituntut untuk berkhidmat sehingga akhir hayat. Namun, lembaga penasihat ini juga mempunyai hak untuk menggugurkan gelaran tlatoani seandainya beliau didapati tidak berkebolehan untuk memerintah.

Setelah seseorang tlatoani itu ditabalkan, sebuah upacara pemahkotaan akan diadakan. Bagi huey tlatoani, upacara tersebut dilangsungkan selama beberapa tempoh dan merangkumi beberapa bahagian, di mana setiap bahagian berfungsi untuk mempersiapkan tlatoani sebelum menggalas tanggungjawabnya secara rasmi.

Bahagian pertama upacara pemahkotaan tersebut lebih bercirikan keagamaan dan melibatkan pengasingan diri sambil berpuasa dan bermuhasabah. Di samping itu, sepanjang berlangsungnya bahagian pertama ini juga huey tlatoani akan melakukan kunjungan-kunjungan hormat ke kuil suci Huitzilopochtli, membakar setanggi, dan melangsungkan upacara menumpahkan dan menadah darah raja, kononnya bagi memperoleh pengiktirafan dewa-dewa.

Lukisan dari artisan Eropah yang menggambarkan sebuah kuil Aztec, diambil dari ‘Americae, nona et postrema pars’ (1602). Imej Huitzilopochtli turut terselit di bahagian belakang lukisan ini

Bahagian ketiga upacara pemahkotaan ini pula adalah upacara ‘p3r4ng pemahkotaan’ yang direka khusus untuk menguji kegagahan huey tlatoani dalam medan tempur. Dalam upacara ini, beliau dituntut supaya turun ke medan p3r4ng bagi mendapatkan ufti dari wilayah-wilayah taklukan dan menangkap sebanyak mungkin tahanan-tahanan perang untuk dikorbankan semasa kelangsungan pesta pengesahan.

Huey tlatoani Aztec yang terunggul, iaitu Ahuitzotl, dicatatkan berjaya menangkap seramai 80 400 orang tahanan p3r4ng. Sementara itu, Tizoc pula hanya mampu menangkap 40 orang sahaja sekaligus menandakan bahawa beliau tidak layak untuk memerintah.


Ahuitzotl (ditulis di sini sebagai Ahuitzotzin, sebagai panggilan hormat), sebagaimana yang dilukiskan di dalam Kodeks Mendoza

Keadaan ini menunjukkan betapa bakat kepimpinan khususnya di medan p3r4ng merupakan antara ciri paling penting yang menentukan kelayakan seseorang tlatoani. Bagi masyarakat Aztec, matlamat pep3r4ngan bukan sekadar untuk memperoleh ufti dan memperluaskan wilayah taklukan, akan tetapi turut bertujuan untuk mengekalkan kitaran alam semesta.

Mereka percaya bahawa manusia perlu sentiasa dikorbankan demi menenteramkan dewa-dewa sekaligus menjamin kelangsungan alam semesta. Mangsa-mangsa korban ini kebiasaannya diambil dari tahanan p3r4ng, sekaligus hal tersebut menyuntik nuansa kesucian dalam setiap pep3r4ngan mereka.

TANGGUNGJAWAB TLATOANI DAN BARISAN PEMBANTUNYA

Tlatoani juga bertanggungjawab dalam beberapa hal lain. Misalnya, dalam hal pentadbiran negara-kota, atau bagi huey tlatoani, empayar. Mereka juga berperanan sebagai pendeta tertinggi, pengutip ufti dari wilayah-wilayah taklukan, dan pelerai dalam sebarang urusan kehakiman. Tlatoani menyandang kuasa mutlak dan dianggap sebagai wakil pemerintah yang diutus oleh dewa-dewa. Namun, hal ini tidaklah menghalang tamadun Aztec untuk membentuk struktur pentadbiran yang tersusun rapi.

Tugu Cuauhtemoc, tlatoani terakhir Aztec

Misalnya, seseorang tlatoani itu dibantu oleh orang kanan yang disebut sebagai cihuacoatl (bermaksud ‘wanita ular’, walaupun hakikatnya jawatan ini lazimnya disandang oleh kaum lelaki). Cihuacoatl bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran dari sehari ke sehari, sekaligus menjadikan beliau sebagai seorang individu yang berpengaruh. Apapun, tetap juga setiap tindakannya memerlukan restu dan perkenan daripada huey tlatoani.

Selain cihuacoatl, seseorang pemerintah Aztec turut dibantu oleh ‘Lembaga Empat Penasihat’ yang dianggotai oleh empat orang pembesar yang masing-masing merupakan penasihat merangkap calon pengganti tlatoani.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.