Setiap kali tiba musim durian, pasti permintaan terhadap raja buah itu meningkat secara mendadak. Tidak kiralah baka musang king, udang merah atau kampung sekali, rakyat Malaysia tetap berpusu-pusu untuk mendapatkan durian. Malah trend sebegini membuatkan beberapa restoran makanan segera mengadaptasi durian dalam menu mereka. Antaranya adalah Mekdi yang pernah menawarkan Mcflurry durian D24.

Bukan setakat itu, durian juga telah diinovasikan menjadi pelbagai jenis makanan oleh rakyat Malaysia. Paling terkenal sekali pasti adalah tempoyak yang selalu dimasak dengan ikan patin ataupun dimakan bersama lada. Kalau nak unik sikit, ada yang hasilkan burger durian dan durian frappuccino. Senang cerita, durian memang memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun peningkatan harga durian dari tahun ke tahun sangat menggusarkan hati rakyat Malaysia. Pada mulanya harga durian masih lagi munasabah kerana dijual secara longgok ataupun di dalam bakul. Harga mula menjadi agak gila apabila ramai peniaga menjual durian secara timbang. Hal ini telah memberikan rasa kurang puas hati kepada pihak pelanggan kerana mereka seperti telah ditipu.

Rasanya siapa yang mulakan durian timbang kilo ni?

Katanya, kulit durian yang sangat berat akan memberikan kesan terhadap harga raja buah tersebut. Padahal isi durian yang diperolehi itu hanya sedikit sahaja dan tidak berbaloi membayar banyak wang untuk kulit semata. Segala rungutan ini tidak dipedulikan oleh peniaga kerana mereka jual mahal macam mana sekalipun, durian tetap mendapat permintaan tinggi.

Malah peniaga tidak perlu risau jika pelanggan tempatan tidak mahu beli durian lagi kerana mereka boleh eksport ke China dengan harga lebih tinggi. Namun situasi itu tidak bertahan lama kerana China mula melaksanakan polisi zero covid lantas menutup pintu negaranya kepada dunia luar. Secara tidak langsung, para peniaga mula terjejas kerana China yang selalu menjadi pelanggan setia telah hilang.

Mahu tak mahu peniaga durian terpaksa bergantung kepada pasaran tempatan. Perkara ini memberikan kegembiraan kepada kita semua kerana bekalan durian semakin banyak dan tidak akan habis. Masalahnya sekarang peniaga masih lagi nak jual guna timbang kilo sehingga membuatkan pelanggan tawar hati nak beli. Maka peniaga terpaksa turunkan harga dan pelanggan masih lagi tak beli sebab guna timbang kilo.

Durian Hainan yang mampu mengambil alih kuasa pasaran.

Buktinya pada awal tahun ini, buat pertama kalinya durian tidak laku biarpun dijual sepanjang jalan utama di Jerantut. Lebih memeranjatkan lagi, kereta yang melalui jalan tersebut hanya melihat dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Keadaan ini telah membuatkan ramai peniaga durian rugi kerana mereka menjangka kita semua akan berebut-rebut untuk dapatkannya. Jadi kalau nak bagi laku, jangan jual secara timbang kilo.

Tambah parah lagi, China telah mengumumkan bahawa mereka akan menanam pokok durian daripada baka musang king dan duri hitam di ladang seluas 20 hektar. Dengan keluasan tersebut sebanyak 200,000 pokok durian berjaya ditanam bagi memenuhi permintaan domestik pada masa hadapan.

Ini merupakan tamparan hebat kepada peniaga-peniaga durian di Malaysia kerana negara kita adalah pengeksport utama raja buah tersebut ke pasaran China. Buktinya Malaysia telah mengimport sebanyak 7700 tan durian yang berharga $67 juta kepada China pada tahun 2019. Itu merupakan angka yang cukup besar dan menjadi asbab peniaga kekal tenang biarpun pelanggan kurang membeli durian di pasaran tempatan.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tapi peniaga tidak boleh terlalu selesa kerana China telah membangunkan ladang durian sendiri. Mungkin setakat hari ini mereka baru sahaja tanam 20 hektar sahaja. Di masa hadapan, jika mereka bertindak untuk menanam durian dalam ladang seluas beratus hektar, pasti durian Malaysia tidak akan lagi diperlukan.

Jadi akan berlaku lambakan di pasaran tempatan dan pasti akan mengembirakan rakyat Malaysia. Kalau situasi itu terjadi dan peniaga masih lagi jual timbang kilo, pasti akan membuatkan mereka terciduk. Nak kekal relevan, sila jual durian seperti biasa sebelum era timbang kilo.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Roselan Ab Malek. (2022, Januari 16). Durian tak dapat sambutan. Harian Metro. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/800513/durian-tak-dapat-sambutan

Produce Report. (2022, Mei 10). Guangdong Province’s first durian orchard is fruiting. Dipetik daripada https://www.producereport.com/article/guangdong-provinces-first-durian-orchard-fruiting


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply