Rakyat sekarang nampak penat dengan program imunisasi. Ikut sangkaan orang ramai, dua dos sudah mencukupi. Tetapi sekarang, kena beratur balik untuk dos penggalak. Kepenatan sebegini wajar difahami sebenarnya.

Kerana rakyat Malaysia tidak pernah mengharungi suatu penularan seperti COVID-19. Amerika Syarikat yang serba serbi faham pun masih ketinggalan dari segi peratusan penerima vaksin… ketinggalan jauh di belakang Malaysia. Padahal rakyat mereka setiap tahun perlu mendapat dos penggalak untuk Influenza.

Dos penggalak perlu diambil setiap masa selagi mana SARS-CoV-2 bebas tanpa ubat. Sekarang ini, vaksin hanya melindungi tubuh badan melalui pencegahan. Ubat pula akan melindungi tubuh badan dengan cara rawatan.

Itulah perbezaan antara pedαηg dan perisai. Tangan orang ramai masih belum ada seηjαtα untuk melαωαη SARS-CoV-2 balik. Setakat ini sekadar berlindung di sebalik perisai tebal yang menipis saban bulan.

Top up perisai.

Perkara ini berlaku kerana sains masih sedang cuba faham tentang SARS-CoV-2. Setiap bulan, ada saja ilmu baru yang mengukuhkan pemahaman saintifik. Pejam celik datang pula varian baru yang perlu dikaji secara teliti.

Jadi senang cakap, inilah masa paling sibuk untuk alam sains. Kerana ramai sedang mencari alternatif pada cara hidup sekarang. Gigihnya saintis cari… sampai terjumpa pula penawar semulajadi SARS-CoV-2.

Jasa Ikan Pada Manusia.

Pengaruh filem telah merosakkan pemikiran manusia dengan prasangka buruk terhadap ikan jerung. Tanpa disedari, manusia lagi cenderung untuk mαti akibat terjatuh daripada katil… berbanding mαti diserαηg jerung.

Tetapi setiap hari manusia cari katil. Dan setiap masa, asal pergi tepi pantai mesti terdengar irama pembυηυh daripada siri Jaws.

Sebenarnya, jerung banyak berjasa pada manusia. Saintis sudah lama tahu tentang minyak squalene yang dihasilkan dalam hati ikan jerung martil (Sphyrnidae).

Jerung martil.

Minyak ini membantu jerung hidup dalam suasana bertekαηαη tinggi di dasar laut. Tetapi kalau digunakan dalam bidang perubatan, squalene akan meningkatkan kualiti vaksin (Meneguzzi, 2020).

Squalene bantu dengan cara menguatkan sistem imun dalam badan, sekali gus menaikkan kadar keberkesanan vaksin itu sendiri.

Walaupun sangat bagus, pihak Pfizer dan Moderna mencari jalan tanpa squalene untuk Comirnaty dan Spikevax… kerana mereka tidak mahu menjejaskan populasi jerung yang sudah teruk dikerjakan tangan penyelυdυp.

Selain daripada squalene, jerung juga lengkap dengan protein unik yang mirip antibodi. Dalam bahasa saintifik, protein ini dipanggil VNAR (variable new antigen receptor) yang berpucuk daripada sistem imun jerung.

Dalam ujian saintifik, VNAR didapati mampu menewaskan WIV1-CoV. Untuk pengetahuan semua, WIV1-CoV adalah koronavirus yang mampu menjangkiti manusia tetapi sekarang tersebar dalam kelawar sahaja.

Mudah kata, SARS-CoV-2 adalah ‘anak luar nikah’ yang bermutasi daripada WIV1-CoV.

VNAR sangat berfungsi melαωαη  SARS-CoV-2 kerana saiznya sangat halus hingga boleh pergi ke bahagian sel yang tidak dapat dicapai antibodi semulajadi manusia.

Jerung ini pun ada VNAR.

Dengan VNAR, sistem imun badan mampu membentuk strategi lebih baik kerana mengenali struktur protein tidak dikenali antibodi semulajadi (Obinna, et al., 2021).

Setakat ini saintis mengenali tiga jenis VNAR daripada jumlah berbilion. Tiga jenis ini sangat ampuh untuk buat kerja pedαηg dan perisai. Salah satu daripada tiga ini adalah 3B4, yang melekat betul-betul pada protein manusia.

Protein inilah akan dicengkam pancang (spike) SARS-CoV-2 ketika jangkitan. Dengan 3B4, virus SARS-CoV-2 memang tiada harapan langsung.

Jenis 2C02 juga cukup kuat untuk mencegah SARS-CoV-2… tetapi tidak segagah 3B4. Jadi jawapan di sini memang jelas: alam semulajadi sudah menyediakan penawar.

Cuma buat masa sekarang, penawar ini tidak dapat digunakan atas kerakusan manusia sendiri yang mencelakakan populasi jerung. Sekarang semua boleh nampak kerugian jika sesuatu spesis pυpυs.

RUJUKAN:

Meneguzzi, J. (2020, November 13). Why a COVID-19 vaccine could further imperil deep-sea sharks. The National Geographic.

Obinna, C., et al. (2021). Mechanisms of SARS-CoV-2 neutralization by shark variable new antigen receptors elucidated through X-ray crystallography. Nature Communications. 12 (1).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply