Ramai juga terkejut bila berita “tiga kampung Indonesia masuk Malaysia” meletup. Ceritanya bermula di sempadan Pulau Sebatik, pulau kecil yang sejak zaman penjajah lagi memang terbelah dua antara Malaysia dan Indonesia. Garis sempadan di sini diwarisi daripada peta dan dokumen lama Inggeris-Belanda yang tak jelas rujukan geodetik, tanda sempadan kabur dan ada yang langsung tak selari dengan realiti. Bila diukur balik guna kaedah moden, memang akan ada kawasan yang “lari”.

Jadi melalui siri rundingan dua hala yang panjang termasuk Mesyuarat Bersama Indonesia–Malaysia ke-45 pada Februari 2025 di Sebatik, kedua-dua negara akhirnya memuktamadkan beberapa Outstanding Boundary Problems (OBP). Hasilnya, tiga kampung di daerah Nunukan—Kabungalor, Lipaga dan Tetagas yang sebelum ini berada dalam zon pertikaian kini diiktiraf berada di bawah pentadbiran Malaysia. Pada masa yang sama, Indonesia juga mengekalkan dan memperoleh semula kawasan lain di Sebatik termasuk sekitar 127 hektar tanah yang kekal sebagai wilayahnya.

Persoalan paling sensitif tentulah nasib orang kampung. Bila garisan sempadan dimuktamadkan, kedaulatan wilayah memang berubah. Tapi kerakyatan manusia tak bertukar secara automatik. Penduduk di tiga kampung itu kekal sebagai warganegara Indonesia selagi mereka tidak memohon dan melalui proses sah untuk menukar kewarganegaraan.

Di sisi Malaysia, mereka dianggap warga asing yang tinggal dalam wilayah Malaysia dan perlu ada status imigresen yang sah sama ada permit tinggal, pas khas atau mekanisme sementara yang dipersetujui kedua-dua kerajaan.

Kalau mereka memilih untuk kekal tanpa dokumen, implikasinya akses kepada sekolah, klinik, pekerjaan dan bantuan kerajaan boleh jadi rumit dan risiko penguatkuasaan undang-undang meningkat.

Sebab itu, biasanya akan diberi dua pilihan sama ada berpindah keluar untuk kekalkan kewarganegaraan asal atau kekal tinggal dengan status undang-undang baharu yang jelas. Permohonan menjadi warganegara Malaysia pula bukan kewajipan dan prosesnya berat kerana Malaysia tidak mengiktiraf dwi-kenegaraan. Status Bumiputera juga tidak datang automatik kerana ia tertakluk kepada takrif perlembagaan dan pengiktirafan rasmi.

Di pihak Indonesia, kerajaan telah memberi jaminan pampasan dan penempatan semula kepada penduduk yang terjejas. Data awal menunjukkan pemilik tanah dan pemegang dokumen di kampung-kampung berkenaan sedang disemak satu persatu untuk menentukan pampasan kewangan yang adil. Ini penting untuk elak ketidakpastian hak milik dan konflik sosial di zon sempadan. Inilah isu yang sering menghantui kawasan “kelabu” seperti ini.

Rasanya baik tukar IC Malaysia kot, paling-paling boleh dapat SARA dengan STR. Lepastu isi minyak RON 95 dengan subsidi. Tapi itulah, keputusan hanya akan dibuat ditangan mereka yang terbabit sahaja.

Hakikatnya, di Sebatik, kehidupan harian memang sentiasa lintas sempadan daripada urusan kerja hingga ke “smokol” atau perdagangan kecil yang dianggap keperluan hidup. Sebab itu, perubahan garis di peta ni sedikit sebanyak menyentuh identiti dan rutin seharian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.